Barang siapa MEMPERMUDAHKAN kesulitan orang lain...Maka ALLAH MEMPERMUDAHKAN urusannya di dunia dan akhirat: HR Muslim.
Wednesday 28 November 2012
CONTOH RPH KSSR Bahasa Malaysia
Perancangan yang praktikal dan seakan mengingatkan guru supaya mempelbagaikan kaedah P&P agar menarik minat murid..
Templat RPH Bahasa Melayu Tahun 1 KSSR
Sumber:Zul Helmi Elias
Sunday 25 November 2012
KATA MAJMUK
15 PERKATAAN YANG SUDAH MANTAP
antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasa kakitangan kerjasama
olahraga matahari setiausaha sukarela suruhanjaya tandatangan
tanggungjawab warganegara pesuruhjaya peribadi peribahasa dinihari
hulubalang perikemanusiaan sukacita dukacita kepada daripada apabila manakala
padahal darihal barangkali kadangkala apakala walhal bagaimana
Saturday 24 November 2012
SISTEM EJAAN RUMI BAHARU
KERANCUAN MEMBUNYIKAN HURUF “e”
emak enak strategi erat bestari adegan debat esa komunisme sosialisme buletin gamelan opera pegang wisel bakteria definisi generator kategori peka tragedi gelatin kriteria seka efektif evolusi deskriptif ekstrem delegasi generasi
Bunyi “e” Membezakan Makna
Strategi Pengajaran Bahasa Melayu
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
- Pendekatan berpusatkan murid
- Kepelbagaian teknik
- Kepelbagaian sumber bahan
- Penggunaan tatabahasa yang tepat
- Pengajaran dan pembelajaran bertema
- Bacaan luas
- Penggabungjalinan
- Penyerapan
- Penilaian
- Pemulihan
- Pengayaan
Guru yang baik mestilah menguasai bidangnya. Guru yang baik sewajarnya lebih banyak belajar daripada mengajar tanpa ilmu yang kukuh.
Tuesday 20 November 2012
SOALAN PEMAHAMAN-Petikan dialog
PETIKAN
DIALOG
Baca
petikan di bawah dengan teliti dan fahaminya. Kemudian, jawab
soalan-soalan berikutnya.
Ramli
:
|
Ajis, awak
tak ke mana-mana petang nanti?
|
Sudin
:
|
Kami ada
suatu rancangan yang baik untuk kita lakukan.
|
Ajis
:
|
Apakah yang
kamu berdua cakapkan ni, petang nanti kan ada kelas tambahan.
Kalau kamu ponteng, nanti cikgu melaporkan kepada ayah dan ibu
kamu, nahas kamu nanti.
|
Mustar
:
|
Hei, Ajis,
tadikan Cikgu Ros dah beritahu yang kelas itu terpaksa dibatalkan
kerana Cikgu Sharif akan ke Muar. Guru gantinya cikgu Murni dan
Cikgu Salmah pula tidak dapat hadir pada hari ini.
|
Ajis
:
|
Eh, tadi
aku tak dengar apa-apa pun!
|
Sudin
:
|
Awak ni
memang pekak badaklah. Kami semua mendengarnya tadi.
|
Ajis
:
|
Kalau
begitu apa rancangan kamu semua?
|
Ramli
:
|
Bagaimana
kalau kita pergi melastik burung di pinggir hutan di kampung kita.
Di situ banyak burung punai.
|
Sudin
:
|
Yalah
Ajis, awak kan pandai melastik. Awaklah harapan kami. Ramli dan
Mustar ni pula tak boleh diharap. Takkan saya seorang saja.
|
Ramli
:
|
Sudahlah
tu, dia cuba angkat dirilah tu.
|
Ajis
:
|
Minta
maaflah kawan-kawan, sejak saya disengat lebah tempoh hari, saya
bertekad untuk tidak melastik burung lagi. Kalau kamu nak pergi
terpulanglah kepada kamu.
|
Sudin
:
|
Cis, buang
masa saja kita mengajaknya! Mari kita ke kantin!
|
- Mengapa mereka berjumpa dengan Ajis?
B. Kerana mereka hendak memberitahu Ajis bahawa kelas tambahan telah dibatalkan.
C. Kerana mereka hendak mengajak Ajis ponteng kelas tambahan.
D .Kerana mereka hendak mengajak Ajis melastik burung.
- Pada pendapat anda di manakah perbualan itu berlaku?
A. Di
luar bilik darjah. C. Di dalam bilik darjah
B. Di kantin sekolah. D. Di rumah Ajis
- Rancangan kawan-kawan Ajis itu tidak baik kerana perbuatan itu……….
A. telah
diharamkan oleh kerajaan. C. menganiayai haiwan
B. berbahaya D.
tidak disukai Ajis
C. Kerana dia terpaksa menghadiri kelas tambahan.
D. Kerana dia tidak suka dengan kawan-kawannya.
C. Sudin dan kawan-kawannya enggan mengajak Ajis melastik burung.
D. Sudin dan kawan-kawannya bercadang melastik burung
SILA BERIKAN JAWAPAN DI DALAM KOTAK KOMEN
- Mengapakah Ajis tidak mahu mengikut kawan-kawannya?
A. Kerana
dia takut disengat lebah.
B. Kerana
dia telah insaf dan tak mahu melastik burung lagi.C. Kerana dia terpaksa menghadiri kelas tambahan.
D. Kerana dia tidak suka dengan kawan-kawannya.
- Apakah yang tidak benar tentang petikan ini?
A. Mereka
berbual pada waktu rehat.
B. Sudin
panas hati terhadap Ajis.C. Sudin dan kawan-kawannya enggan mengajak Ajis melastik burung.
D. Sudin dan kawan-kawannya bercadang melastik burung
SILA BERIKAN JAWAPAN DI DALAM KOTAK KOMEN
SOALAN PEMAHAMAN-Petikan rencana
PETIKAN
RENCANA
Baca
petikan di bawah dengan teliti dan fahaminya. Kemudian, jawab
soalan-soalan berikutnya.
Orang
Mesir Purba merupakan pakar bedah yang sangat cekap. Pelbagai teknik
dan kaedah telah digunakan. Orang Mesir Purba memang mahir tentang
ilmu anatomi manusia. Buktinya boleh dilihat menerusi amalan
pengawetan mayat yang dilakukan oleh mereka. Orang Mesir Purba juga
percaya bahawa roh orang mati, atau Ka akan mati jika mayat (jasad)
dibiarkan reput.
Jadi untuk memastikan roh ini tidak ‘mati’ penyediaan ‘rumah’
bagi roh ini, harus dilakukan secermat yang mungkin.
Proses dimulakan dengan
pembersihan mayat. Selepas itu, otak dan organ dalaman seperti
jantung, hati, dan paru-paru dikeluarkan dan dibasuh dengan wain
(sejenis arak). Organ-organ itu kemudiannya diawet dengan herba
pengawet. Balang-balang yang berwarna-warni digunakan untuk
menyimpan organ-organ ini. Mayat itu seterusnya dibubuh pewangi dan
resin lalu dijahit. Mayat itu kemudian ditutup dengan natron iaitu
sejenis campuran garam natrium supaya lembapan dapat diserap. Mayat
dibiarkan kering selama 35 hari.
Akhir sekali, mayat itu disalut
dengan resin, dibungkus dengan linen dan letakkan di dalam sebuah
keranda kedap udara.
- Roh orang Mesir Purba yang mati juga dikenal sebagai __________.
A.Pa B. Fa C. Ka D. Ma
- Kemahiran ilmu anatomi orang Mesir Purba dibuktikan menerusi __________
.A. amalan pengawetan mayat C. amalan mengeringkan mayat selama 35 hari
Perkataan
reput
bermakna __________
A. berkecai-kecai B.
lapuk C. baru D.
pecah-pecah
4.‘….. untuk memastikan roh
ini tidak mati, penyediaan rumah …..’. Fasa penyediaan rumah
merujuk kepada __________.
A. ilmu
anatomi B. baling C. organ-organ D.
mayat
A. mengeluarkan otak dan organ dalaman
B. organ-organ dalaman dibuang
D. mayat diletakkan di dalam
sebuah keranda kedap udara
ANDA BOLEH BERIKAN JAWAPAN DALAM KOTAK KOMEN..TERIMA KASIH
Saturday 17 November 2012
Kesalahan tatabahasa yang biasa dilakukan..
YANG SALAH YANG BETUL CATATAN
Pra tonton Pratonton Awalan pra tidak boleh
berdiri sendiri dan dieja
sebagai satu perkataan.
Contoh:
Prabayar
Prasekolah
Prapenerbitan
Pratonton
Jendela klasik Jendela Klasik Kata nama khas, dengan
demikian konsonan k
dieja dengan huruf besar.
Gotong royong Gotong‐royong Kata berganda, dieja
dengan tanda sempang.
Sosio politik Sosiopolitik Awalan sosio tidak boleh
berdiri sendiri dan dieja
sebagai satu perkataan.
Contoh:
Sosioekonomi
Sosiobudaya
Sosiopolitik
Sosiodrama
Y.B YB Tidak perlu tanda noktah
Pasca Kabinet Pasca‐Kabinet, Awalan pasca tidak boleh
pascakabinet berdiri sendiri
dan dieja sebagai satu
perkataan apabila bertemu
perkataan umum,manakala
tanda sempang apabila
bertemu kata nama khas.
Contoh kata umum:
Pascabayar
Pascapenerbitan
Pascakabinet
Contoh kata nama khas:
Pasca‐Merdeka
Pasca‐Kabinet
Thursday 15 November 2012
Kebaikan Internet
Ada individu begitu seronok apabila disebut internet,ada juga yang mencebik. Hakikatnya, dalam apa bidang sekalipun, pasti ada pro dan kontranya. Begitulah juga halnya dengan internet.
Kita bicarakan dahulu kebaikannya :
- Internet merupakan saluran maklumat yang paling mutakhir,pelbagai ilmu dapat digarap dan dikongsikan dengan cepat,mudah dan murah.
- Peningkatan jumlah pengguna internet telah mewujudkan banyak peluang perniagaan yangberasaskan teknologi komputer.Antaranya ialah e;dagang, kafe siber, multimedia, online shoping dan sebagainya.
- Teleperubatan iaitu amalan perubatan dengan menggunakan komunikasi audio, visual dan data.Doktor-doktor pakar luar negara dapat berhubung terus dan bekerjasama untuk meningkatkan kualiti perubatan.
- Internet mengendalikan aktiviti perbankan dan pasaran dengan lebih cekap.
- Pembelajaran e-learning sangat memudahkan untuk seseorang yang ingin menyambung pelajaran separuh masa. Kebanyakan universiti telah melaksanakannya, di mana pelajar berkomunikasi dengan pensyarah melalui alam maya sahaja.
SEJARAH MAAL HIJRAH
Sekadar berkongsi ilmu dengan tetamu-tetamu blog ini.Mudah-mudahan mendapat manfaat dan diberikan pahala olehNYA dengan menuntut ilmu pelbagai cara.
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
KISAH HIJRAH RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.
Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.
Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam ker ana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.
Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.
Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT. Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.
Sumber:Ahmad Wiraputra,myguru3

Wednesday 14 November 2012
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434-JOM TENGOK VIDEO UAI
Dah masuk tahun baru ....Sambil bercuti ni ,jom tambah ilmu agama secara santai dengan hayati fenomena ustaz Azhar Idrus di Astro Oasis
Tuesday 13 November 2012
KAJIAN TINDAKAN
Setiap tahun guru-guru Johor mesti menjalankan kajian tindakan untuk tingkatkan profesionalisme demi kebaikan murid-murid.Sekadar kongsikan panduan andai boleh diaplikasikan.
Panduan Kajian Kes
SELAMAT BERCUTI WARGA SKAT 5
Semoga percutian yang panjang ini membawa
manfaat dan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan
SELAMAT BERCUTI SEMOGA BERGEMBIRA
Saturday 10 November 2012
Panduan Mengarang Penulisan Nilai Murni
Kepada para ibu bapa , bolehlah bantu anak-anak menulis bahagian C:nilai-nilai murni menggunakan teknik yang terbukti berkesan ini.
Teknik Pengajaran Penulisan Nilai Murni Bahasa Malaysia UPSR
Tuesday 6 November 2012
SEKADAR BERKONGSI MUTIARA KATA
Semoga mutiara kata bergambar yang dipaparkan disini memberi peringatan kepada kita semua dalam melalui kehidupan sehari-hari.
Sumber: Rakan-rakan facebook.
Sumber: Rakan-rakan facebook.
Soalan-soalan perumpamaan
Cuba jawab soalan di bawah ini.
1 Keadaan Aliff Imran ______________________ menyebabkan dia tidak mahu
menyertai perlumbaan jalan kaki.
A
bagai cicak makan kapur
B
bagai kumbang putus tali
C
bagai itik pulang petang
* D
bagai balak terendam
2
Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana
seringbergaduh walaupun perkara itu kecil.
A
bagai ayam disambar helang
B
bagai anjing dengan kucing
C
bagai katak di bawah tempurung
D
bagai melepaskan batuk di tangga
3
Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ________________________
kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak
kerajaan.
A
bagai bulan jatuh ke riba
B
bagai kaca jatuh ke batu
C
bagai duri dalam daging
D
bagai ayam disambar helang
4
Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli keluarganya
telah maut dalam kemalangan itu.
A
bagai melepas anjing tersepit
B
bagai dihiris dengan sembilu
C
bagai ayam disambar helang
D
bagai kaca jatuh ke batu
5 Oii
Sik Lee dianggap ________________________ kerana tidak dapat
menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
A
seperti lipas kudung
B
seperti ayam berak kapur
C
seperti bulan penuh purnama
D
seperti kera sumbang
6
Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya
_________________________________ .
A
bagai mendukung biawak hidup
B
bagai ayam mengeram telur
C
bagai pahat dengan penukul
D
bagai wau putus tali
7
Encik Badarudin _________________________ setelah menerima panggilan
ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.
A
bagai mencurah air ke daun keladi
B
bagai menghitung bulu kambing
C
bagai berumah di tepi pantai
D
bagai anjing buruk kepala
8 Mak
Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak
dan jiran tetangganya __________________________________ .
A
seperti rumput di tepi jalan
B
seperti tikus jatuh ke beras
C
seperti mendukung biawah hidup
D
seperti sudah jatuh ditimpa tangga
9
Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan
bengkang-bengkok seperti __________.
A bumi
dengan langit
B aur
ditarik songsang
C
pinang dibelah dua
D ular
kena palu
10
Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Kumaresan
telah melupakan ibu bapanya di kampung seperti
_________________________ .
A enau
dalam belukar
B
kacang lupakan kulit
C aur
dengan tebing
D
dakwat dengan kertas
Subscribe to:
Posts (Atom)