Tuesday 25 June 2013

ANALISIS KOMPONEN MAKNA


1.0 Pengenalan

Berdasarkan sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum tahun 1930, kajian semantik telah memberi fokus kepada aspek kajian tradisional, iaitu perubahan makna. Tetapi, selepas tahun 1930, perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula melihat masalah deskriptif dan struktur dalam semantik (Ullmann, 1996). Tahun 1931 merupakan detik bersejarah dalam sejarah semantik. Hal ini kerana pada tahun itu telah muncul tulisan Gustaf Stren yang berjudul Meaning and Change of Meaning with Special Reference to English Language. Penerbitan tulisan ini telah membawa trend baharu dalam bidang semantic. Dalam hal membina ayat, aspek makna atau semantik hendaklah diberi perhatian yang sewajarnya, selain aspek tatabahasa. Jika ayat yang dibina tidak memberi perhatian kepada aspek makna, maka sudah tentu ayat yang dibina atau diujarkan itu akan menimbulkan ketaksaan atau ambiguiti. Oleh yang demikian, aspek makna tidak boleh dikesampingkan ketika membina atau mengujarkan ayat. Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripada konteks atau teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat. Ahli falsafah dan ahli bahasa lebih menitik beratkan tentang hubungan makna-makna perkataan. Persoalan ini nempaknya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan rujukan.

1.1 Teori Analisis Komponen Makna

Kajian yang didasari oleh kaedah analisis komponen makna ini diasaskan oleh Katz dan fodor dan telah diperluaskan oleh Jackson (1988) dan John Lyons (1995). Kajian ini merupakan usaha pertama yang menerapkan kaedah analisis komponen makna ke dalam kerangka tatabahasa transformasi. Katz juga merupakan salah seorang penganjur penting yang berjuang untuk meletakkan komponen semantik dalam tatabahasa transformasi, telah memberi satu huraian yang lebih terperinci, tetapi dengan penerangan yang lebih berasas sedikit, iaitu menurutnya: Penanda makna ialah gagasan teoritis bertujuan mewakili satu konsep yang menjadi sebahagian erti morfem dan unsur lain dalam bahasa semula jadi. Dalam pengertian ini, konsep yang kami maksudkan itu

bukanlah imej atau buah akal fikiran atau idea tertentu. Konsep ialah kesatuan mujarad. Konsep tidak dimiliki oleh mana-mana pengalaman sedar seseorang, walaupun konsep itu mungkin difikirkan sebagaimana pemikiran kita terhadap konsep bulatan. Konsep tidak bersifat dipunyai oleh seseorang. Namun, kedua-dua pencirian ini menyatakan makna perkataan tidak lebih daripada satu (himpunan) konsep, telah ditolak oleh Ruth M. Kempson atas alasan tidak bernas.(Kempson,1991:23). Menurut Ruth kempson (1991:22), makna perkataan bukan sebagai unit konsep yang tersendiri tetapi sebagai himpunan yang terdiri daripada komponen makna dan komponen itu sendiri merupakan „inti makna‟.
Menurut John Lyons (1981), motivasi secara teori bagi analisis komponen ini cukup jelas dan menyediakan cara yang sistematik, berprinsip dan ekonomik kepada para ahli bahasa untuk memerihalkan hubungan makna yang didukung oleh leksem dalam sesuatu bahasa serta dengan satu andaian iaitu, komponen ini bersifat universal dan merentasi pelbagai bahasa. Melalui analisis komponen makna ini, perhubungan-pengertian yang mengait-ngaitkannya di antara satu sama lain dapat diformalkan secara mutlak. Dalam menyatakan makna, fitur-fitur (sifat-sifat) tersebut akan diberikan tanda + atau -. Tanda-tanda ini mempunyai pengertian khusus dalam memberi makna tersebut. Tanda + membawa makna fitur tersebut wujud pada perkataan yang dianalisis maknanya, dan sebaliknya bagi tanda - yang bermaksud fitur tidak wujud bagi perkataan tersebut. Sebagai contoh:
Binatang + bernyawa
Batu - bernyawa
Selain itu wujud juga lambang ± yang bermakna bahawa fitur itu mungkin atau tidak hadir, tetapi tidak terdapat percubaan untuk menyatakan sama ada ketiadaan sesuatu fitur itu adalah relevan dalam konteks tersebut. Eugene A. Nida (1996:171) memberi pandangan bahawa kehadiran lambang ini bergantung pada data budaya bahasa dibincangkan

Bachelor
(Noun)
(Human) (Animal)
(male) [who has the first or lowest academic degree] (male)
[who has [young knight serving under (young)
never maried] the standard of another knight]
[Fur seal when without mate during the breeding]
Rajah : Katz dan Fodor bagi menganalisis komponen kata „bachelor‟.
Berdasarkan Rajah di atas, kata „bachelor‟ tergolong dalam golongan kata nama (noun) yang dikelompokkan kepada dua fitur atau sifat utama iaitu fitur manusia (+human) dan fitur haiwan (+animal). Kata „bachelor‟ yang dikelompokkan dalam fitur manusia (+human) mempunyai tiga kemungkinan fitur atau sifat makna iaitu:
a) lelaki (+male) pahlawan muda
b) lelaki (+male) lelaki yang belum berkahwin
c) lelaki (+male) pemegang ijazah pertama
Sekiranya „bachelor‟ yang dipilih adalah fitur lelaki (+male) pahlawan muda, maka komponen makna yang perlu dimasukkan ialah :
i. „bachelor‟: [+noun, +human, +male, -male, -married, -animal, +young knight, -who has the lowest academis degree]
Dalam konteks ini , makna sepenuh „bachelor‟ adalah pahlawan muda. Bagi „bachelor‟ yang dipilih adalah lelaki yang belum berkahwin, maka komponen makna yang perlu dimasukkan ialah:

ii. „bachelor‟:[+noun, +human, +male, -male, -married, -animal, -young knight, -who has the lowest academis degree]
Seterusnya „bachelor‟ yang merujuk kepada pemegang ijazah pertama pula mempunyai komponen makna iaitu:
iii. „bachelor‟:[+noun, +human, +/-male, +/-married, -animal, -young knight, +who has the lowest academis degree]
Dalam konteks ini pula, makna sepenuhnya bagi „bachelor‟ adalah seseorang yang mempunyai ijazah pertama atau ijazah akademik terendah. Akhirnya bagi „bachelor‟ yang merujuk haiwan (+animal), komponen makna yang dimasukkan ialah:
iv. „bachelor‟:[+noun, -human, +male, -married, +animal, -young knight, -who has the lowest academic degree, +young fur seal without mate during breeding]
Dalam konteks ini, makna sepenuhnya bagi „bachelor‟ dalam fitur haiwan (+animal) ialah anjing laut muda yang tidak mempunyai pasangan ketika mengawan.
Dalam aspek makna kekeluargaan yang berkaitan dengan generasi pula, walaupun terdapat kesukaran dalam menangani aspek ini yang memerlukan tiga cara perbezaan, namun menurut Howard Jackson ia dapat diselesaikan dengan membenarkan penggunaan komponen bukan binari (duaan): iaitu komponen pelbagai nilai. Dalam mengendalikan komponen bukan binari ini. Howard Jackson telah memberikan contoh iaitu komponen nilai „0‟ bagi generasi yang sama, komponen nilai „+1‟ bagi satu generasi di atas ego, komponen nilai „1‟ bagi generasi di bawah ego dan seterusnya komponen nilai ini boleh ditambah kepada „+2‟ dan „-2‟ masing-masing bagi generasi datuk, nenek dan cucu (Abdullah Yusof et. al (2009:155).

2.0 Perkataan Kawan
Kawan
Kata nama
Penjodoh bilangan manusia benda
haiwan Lelaki wanita makanan
( kumpulan ) (dimakan dengan sesuatu
Sedikit ramai sebagai pelengkap
( pengikut )
( orang yang bersama- sama melakukan sesuatu)
Berdasarkan rajah di atas, kawan tergolong dalam golongan kata nama yang dikelompokkan kepada tiga fitur iaitu fitur manusia (+) , fitur makanan (+) dan fitur haiwan (+).Kata kawan, yang dikelompokkan dalam fitur manusia (+) mempunyai dua kemungkinan fitur atau sifat makna iaitu:
a. Lelaki (+) dan wanita(+) sebagai pengikut
b. Lelaki (+) dan wanita(+) yang bersama-sama melakukan sesuatu
Kata kawan, yang dikelompokkan dalam fitur makanan (+) mempunyai satu kemungkinan fitur atau sifat makna iaitu dimakan dengan sesuatu sebagai pelengkap.
Manakala kata kawan yang dikelompokkan dalam fitur haiwan (+) mempunyai sifat makna iaitu kumpulan.

2.1 Sekiranya kawan yang dipilih adalah fitur lelaki (+) dan wanita (+) sebagai pengikut , maka komponen makna yang perlu dimasukkan ialah:
kawan : [+ kata nama, +manusia, +wanita, +lelaki, +sedikit, +ramai,-haiwan,
+- kumpulan,-benda, -makanan,-dimakan dengan sesuatu sebagai
pelengkap, -orang yang bersama-sama melakukan +pengikut, ]
2.2 Sekiranya kawan yang dipilih adalah fitur lelaki (+) dan wanita (+) sebagai orang yang bersama-sama melakukan sesuatu , maka komponen makna yang perlu dimasukkan ialah:
kawan : [+ kata nama, +manusia, +wanita, +lelaki, +sedikit, +ramai,
-haiwan,+-kumpulan,-benda, -makanan,+pengikut,
,-dimakan dengan sesuatu sebagai pelengkap
+orang yang bersama-sama melakukan sesuatu]
2.3 Sekiranya kawan yang dipilih adalah fitur haiwan (+) sebagai kumpulan, maka komponen makna yang perlu dimasukkan ialah:
kawan : [+ kata nama, -manusia, -wanita, -lelaki, -+sedikit, -+ramai,
+haiwan,+-kumpulan,-benda, -makanan, ,-dimakan dengan sesuatu sebagai pelengkap-pengikut,-orang yang bersama-sama melakukan sesuatu ]
2.4 Sekiranya kawan yang dipilih adalah fitur makanan (+) sebagai dimakan dengan sesuatu sebagai pelengkap, maka komponen makna yang perlu dimasukkan ialah:
kawan : [+ kata nama, -manusia, -wanita, -lelaki, -sedikit, -ramai, -haiwan,
-kumpulan,-pengikut,-orang yang bersama-sama melakukan sesuatu,
+benda, +makanan, +dimakan dengan sesuatu sebagai pelengkap ]

3.0 Perkataan Ibu
I
bu
Kata Nama
Manusia Tempat
Wanita (orang yang melahirkan anak ) bangunan
( panggilan lebih hormat bagi yang berumur ) ( bahagian terpenting
Pada sesuatu / pusat )
Berdasarkan rajah di atas, ibu tergolong dalam golongan kata nama yang dikelompokkan kepada dua fitur iaitu fitur manusia (+) dan fitur tempat (+).Kata ibu yang dikelompokkan dalam fitur manusia (+) mempunyai dua kemungkinan fitur atau sifat makna iaitu:
a. Wanita (+) orang yang melahirkan anak
b. Wanita (+) panggilan lebih hormat bagi yang berumur
Manakala kata ibu yang dikelompokkan dalam fitur bangunan (+) mempunyai satu sifat makna iaitu bahagian terbesar pada sesuatu / pusat.
3.1 Sekiranya ibu yang dipilih adalah fitur wanita (+) orang yang melahirkan anak , maka komponen makna yang perlu dimasukkan ialah:
Ibu : [+kata nama, +manusia, +wanita, +berkahwin, +berumur, +dihormati,
-bangunan, -bahagian terbesar, +sibuk, +penyayang, ]
3.2 Bagi ibu yang dimaksudkan adalah fitur wanita (+) panggilan lebih hormat , maka komponen makna yang perlu dimasukkan ialah:

Ibu : [+kata nama, +manusia, +wanita, +berkahwin, +berumur, +dihormati
-bangunan, -bahagian terbesar, -+sibuk, -penyayang]
3.3 Bagi ibu yang dipilih adalah fitur tempat (+) bahagian terbesar pada sesuatu/pusat , maka komponen makna yang perlu dimasukkan ialah:
Ibu: [+kata nama, -manusia, -wanita , -berkahwin, -berumur , -dihormati
+bangunan, +bahagian terbesar, +sibuk, -penyayang]
4.0 Perkataan Darah
Darah
Kata nama
Benda Manusia Abstrak
[ cecair ] [sanak-saudara] [jiwa/bakat]
[berwarna merah terdapat dalam tubuh] [sifat semula jadi]
haiwan manusia keturunan seni gemuruh
panas
sejuk
Berdasarkan rajah di atas, darah tergolong dalam golongan kata nama yang dikelompokkan kepada tiga fitur iaitu fitur benda (+), fitur manusia(+) dan fitur abstrak (+).Kata darah yang dikelompokkan dalam fitur benda (+) mempunyai fitur atau sifat makna iaitu cecair yang berwarna merah terdapat dalam tubuh manusia dan haiwan.

Manakala kata darah yang dikelompokkan dalam fitur abstrak (+) mempunyai sifat makna iaitu jiwa atau sifat semula jadi .Kata darah yang kelompokkan dalam fitur manusia (+) iaitu sanak saudara.
4.1 Sekiranya darah yang dipilih adalah fitur cecair (+) berwarna merah terdapat dalam tubuh ,maka komponen makna yang perlu dimasukkan ialah:
Darah : [+kata nama, +benda, +cecair, +merah, +tubuh, +haiwan,+manusia
+panas, +sejuk , -sanak-saudara, -keturunan, -abstrak, -jiwa, -sifat
semula jadi,-bakat, -seni, -gemuruh]
4.2 Bagi darah yang dimaksudkan adalah fitur sanak-saudara (+) keturunan , maka komponen makna yang perlu dimasukkan ialah:
Darah : [+kata nama, -benda, -cecair, -merah, -tubuh, -haiwan,+manusia
-panas, -sejuk ,+-sanak-saudara, +keturunan, -abstrak, -jiwa, -sifat
semula jadi,-bakat, -seni, -gemuruh]
4.3 Bagi darah yang dimaksudkan adalah fitur jiwa (+) sifat semula jadi , maka komponen makna yang perlu dimasukkan ialah:
Darah : [+kata nama, -benda, -cecair, -merah, +-tubuh, -haiwan,+manusia
+panas, -sejuk ,--sanak-saudara,-keturunan, +abstrak,+jiwa,+sifat
semula jadi,+bakat, +seni, +gemuruh]

5.0 Perkataan Bunga

Bunga
Kata nama
Benda Abstrak
[bahagian tumbuh-tumbuhan] [ sesuatu yang dianggap cantik ]
[berwarna –warni ] [ gambar ] [ wang] [ corak ] [ tanda/alamat ]
[ bermulanya sesuatu]
[ perhiasan ] [ diperoleh kerana [ yang timbul ]
meminjamkan / memberikan modal
kasut tayar
Berdasarkan rajah di atas, bunga tergolong dalam golongan kata nama yang dikelompokkan kepada dua fitur iaitu fitur benda (+), dan fitur abstrak (+).Kata bunga yang dikelompokkan dalam fitur benda (+) mempunyai empat kemungkinan fitur atau sifat makna iaitu:
a. Tumbuh-tumbuhan (+) berwarna-warni
b. Gambar (+) sebagai perhiasan
c. Wang (+) diperoleh kerana meminjamkan atau memberikan modal
d. Corak (+) yang timbul pada kasut, tayar

Manakala kata bunga yang dikelompokkan dalam fitur abstrak (+) mempunyai dua sifat makna iaitu :
a. Sesuatu yang dianggap cantik (+) seorang gadis
b. Tanda / alamat (+) akan bermulanya sesuatu
5.1 Sekiranya bunga yang dipilih adalah fitur bahagian tumbuh-tumbuhan (+) berwarna- warni ,maka komponen makna yang perlu dimasukkan ialah:
Bunga : [+kata nama, +benda, +tumbuh-tumbuhan,+berwarna-warni,
+perhiasan,-gambar, -wang, -corak, -timbul, -tayar, -kasut, -abstrak, +-sesuatu yang dianggap cantik, -gadis,-tanda, -bermulanya sesuatu, - meminjamkan, -memberikan, -modal, ]
5.2 Sekiranya bunga yang dipilih adalah fitur gambar (+) sebagai perhiasan ,maka komponen makna yang perlu dimasukkan ialah:
Bunga : [+kata nama, +benda,-tumbuh-tumbuhan,+berwarna-warni,
+perhiasan,-gambar, -wang, + -corak, -timbul, -tayar, -kasut, -abstrak, +-sesuatu yang dianggap cantik,-gadis, -tanda, -bermulanya sesuatu, -meminjamkan, -memberikan, -modal, ]
5.3 Sekiranya bunga yang dipilih adalah fitur wang (+) diperolehi kerana meminjamkan dan memberikan modal ,maka komponen makna yang perlu dimasukkan ialah:
Bunga : [+kata nama, +benda,-tumbuh-tumbuhan,-berwarna-warni,
-perhiasan,-gambar, +wang, -corak, -timbul, -tayar, -kasut, -abstrak, -sesuatu yang dianggap cantik,-gadis, -tanda, -bermulanya sesuatu +meminjamkan,+-memberikan, +modal, ]

5.4 Sekiranya bunga yang dipilih adalah fitur corak (+) yang timbul pada kasut, tayar ,maka komponen makna yang perlu dimasukkan ialah:
Bunga : [+kata nama, +benda,-tumbuh-tumbuhan,-berwarna-warni,
-perhiasan,-gambar, -wang, +corak, +timbul,+tayar, +kasut,
-abstrak, -sesuatu yang dianggap cantik, -gadis,-tanda, -bermulanya sesuatu ,-meminjamkan, -memberikan,-modal, ]
5.5 Sekiranya bunga yang dipilih adalah fitur suatu yang dianggap cantik(+)seorang gadis,maka komponen makna yang perlu dimasukkan ialah:
Bunga : [+kata nama, -benda,-tumbuh-tumbuhan,-berwarna-warni,
-perhiasan,-gambar, -wang, -corak,-timbul,-tayar, -kasut,
+-abstrak, +sesuatu yang dianggap cantik,+-gadis,-tanda, -bermulanya sesuatu, -meminjamkan, -memberikan,-modal, ]
5.6 Sekiranya bunga yang dipilih adalah fitur tanda/alamat (+) akan bermulanya sesuatu,maka komponen makna yang perlu dimasukkan ialah:
Bunga : [+kata nama, -benda,-tumbuh-tumbuhan,-berwarna-warni,
-perhiasan,-gambar, -wang, -corak,-timbul,-tayar, -kasut,
+-abstrak, +sesuatu yang dianggap cantik,+-gadis,-tanda, -bermulanya sesuatu, -meminjamkan,-memberikan,-modal, ]

6.0 Perkataan Jalan

Jalan
Kata nama
Tempat Abstrak
[ lalu lintas ] [perkembangan] [ ikhtiar] [ gerakan ]
[Manusia Kenderaan] laju
[ Peristiwa Cerita ] [ cara akal ]
Yang dibina daripada perlahan
Tar, tanah merah

6.1 Berdasarkan rajah di atas, jalan tergolong dalam golongan kata nama yang dikelompokkan kepada dua fitur iaitu fitur tempat (+), dan fitur abstrak (+).Kata jalan yang dikelompokkan dalam fitur abstrak (+) mempunyai tiga kemungkinan fitur atau sifat makna iaitu:
a. Perkembangan (+) peristiwa, cerita
b. Ikhtiar (+) cara, peristiwa
c. Gerakan (+) laju,perlahan
Manakala kata jalan yang dikelompokkan dalam fitur tempat (+) mempunyai sifat makna iaitu lalu lintas(+) untuk manusia,kenderaan

6.2 Sekiranya jalan yang dipilih adalah fitur perkembangan (+) peristiwa, cerita ,maka komponen makna yang perlu dimasukkan ialah:
Jalan : [+kata nama, +abstrak, -lalu lintas manusia atau kenderaan ,-yang dibina daripada tar,tanah merah,+perkembangan, +cerita, +peristiwa,-ikhtiar,-cara, -akal,
-gerakan, -laju,-perlahan ]

6.3 Sekiranya jalan yang dipilih adalah fitur perkembangan (+) peristiwa, cerita ,maka komponen makna yang perlu dimasukkan ialah:
Jalan : [+kata nama, +abstrak, -lalu lintas manusia atau kenderaan ,-yang dibina daripada tar,tanah merah,+perkembangan, +cerita, +peristiwa,-ikhtiar,-cara, -akal,
-gerakan, -laju,-perlahan ]

7.0 Penutup

Terdapat banyak teori yang telah dikembangkan oleh sarjana-sarjana ilmuan semantik melalui kajian-kajian mereka berkenaan konsep makna dalam ilmu semantik. Salah satu daripada teori-teori semantik yang dibincangkan dalam semantik ialah Analisis Komponen Katz dan Fodor. Analisis Komponen Katz dan Fodor juga turut dikenali sebagai teori analisis komponen. Analisis makna melalui komponen makna sesuatu kata memperlihatkan suatu perkembangan baru hasil daripada nahu generatif transformasi. Palmer (1992:119), analisis menurut komponen- seluruh makna sepatah perkataan boleh dilihat dalam satu jumlah unsur yang berbeza atau komponen-komponen makna. Pengertian komponen tidaklah memperkenalkan suatu perhubungan yang lebih maju, tetapi ia memberi satu rangka kerja teoretis untuk memperlakukan semula hubungan yang telah dibincangkan. Teori ini menganalisis menggunakan kata-kata kekerabatan. Analisis menurut komponen ialah satu teknik menganalisis makna dan pertalian yang terdapat antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Makna-makna yang terkandung pada setiap perkataan itu dapat dianalisis dan didefinisikan melalui komponen makna perkataan itu. Makna bagi sesuatu perkataan bukan dianalisis secara unitary atau sebagai satu unit tetapi sebagai komponen – komponen yang kompleks.


8.0 Bibliografi
Abdullah Yusof, (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (1989).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Monday 3 June 2013

ALLAH TIDAK PERNAH JAUH

Menghayati bait kata-kata @ ulasan buku Suhana Amiril terbitan Karangkraf...


Melepaskan Luka-luka Kehidupan

KITA ini manusia. Dalam kehidupan manusia, sememangnya kita bersifat tidak sempurna. Maka, banyak kelemahan dan keburukan tingkah ada pada diri, sama ada kita sedari atau tidak. Yang Maha Sempurna itu adalah ALLAH SWT.

Manusia tidak sempurna. Tetapi ia bukanlah alasan untuk tidak memperbaiki diri. Malah, Islam menyeru penganutnya untuk sentiasa bermuhasabah dan membersihkan hati serta jiwa agar sentiasa dalam ketenangan.

Apabila tidak sempurna, maka tentu ada cacat celanya. Pasti ada ujian mahu pun perkara dalam hidup ini yang menjadikan kita rasa hambar. Ujian; sama ada diuji dengan mereka yang dikenali mahupun tidak, yang rapat atau tidak, atau pun keadaan sekeliling, perjalanan hidup pasti meninggalkan kesan yang bernama ‘luka’.

Pahit manis dalam kehidupan itu lumrah yang pasti dilalui kita semua.


Manis Tidak Selamanya

Kalau boleh, apa yang ingin dipinta kepada-NYA adalah kita langsung tidak mahu ada sebarang masalah yang kadangkala boleh membuatkan jiwa sesak, fikiran menjadi sempit.

Tapi bagi yang berfi kir dengan akal yang dipandu iman, perkara sebegitu memanglah mustahil. Mana ada manusia hidup tanpa diduga, kan?

Hidup ini pasti bosan jika laluannya landai tanpa ada masalah... tiada luka atau parut akibat ujian-ujian yangdilalui. Tanpa ada sebarang tangis sedih terhadap diri. Kerana yang membuatkan kehidupan itu berwarna-warni adalah ujian demi ujian yang diturunkan.

Namun diakui, bukanlah mudah untuk menempuhinya. Tidak semudah melangkahkan kaki kanan untuk digerakkan. Susah? Ya, sangat susah.

Dalam konteks kehidupan kita contohnya. Baru semalam kita melalui hari dengan gembira, gelak tawa, gurau senda dan perkara-perkara yang membuatkan kita tersenyum ceria. Tiba-tiba hari ini, lain pula yang berlaku.

Kita bertukar sebaliknya; menumpahkan air mata, sakit fizikal dan hati, serta dilukai dan melukai dengan kata-kata yang melukakan. Dan itu sememangnya sakit.

Macam mimpi, bukan? Semalam suka, gembira. Hari ini, pedih dan sedih.

Rasanya, jika ada di antara kita yang apabila diminta menceritakan perkara yang membuatkan hati berasa sedih dan terluka, ramai yang dapat menghitungnya. Malah, mungkin ada yang siap ingat tarikh dan masa!

Tetapi, perlukah kita terikat dengan peristiwa yang menyakitkan itu? Nah, di sini sebenarnya persoalan untuk ditembak pada diri sendiri. Apakah apabila kitamengenangkan kelukaan itu, hati kita senang? Atau dalamerti kata lain, hati kita merelakan? Ataukah apabila kitaterkenang setiap peristiwa yang melukakan itu, hati jadi berdendam? Malah, mungkin kita mencari-cari kesalahan orang lain pula.

Apa yang bermain di hati, kita lebih tahu daripada orang lain. Perlukah kita menjadi pendendam untuk lukaluka kehidupan yang telah dan pernah kita lalui? Perlukah kita mengotori hati semata-mata untuk menyimpan barah hasad dalam diri?


Berdamailah Dengan Luka, Lepaskanlah

Kamu tahu, sahabat. Apabila kita dilukai, kita ada dua pilihan. Sama ada kita membalas untuk melukai kembali. Atau kita bersabar lalu memuhasabah diri, membersihkan hati dan membiarkan DIA memainkan peranan-NYA kerana DIA Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku.

ALLAH SWT tidak pekak dan buta, wahai sahabat!

Kehidupan memang sentiasa akan ditonyoh-tonyoh. Semua kita berhadapan dengan ujian masing-masing. Berbeza-beza. Tapi apa yang lebih membezakan di antara kita semua adalah bagaimana kita berhadapan dengan ujian yang diberikan.

Jangan pernah berdendam walau betapa sakit pun perjalanan yang dirasai kerana ia hanya menyuburkan kedengkian dan mewujudkan lebih banyak penyakit hati. Kita manusia biasa, kan? Sakit hati itu memang ada pada kita semua. Tapi cepat-cepatlah merawat hati sendiri. Jangan dibiarkan melarat.

Tapi, jika kita melihat luka-luka kehidupan dengan skop yang lebih besar dan melalui jendela cinta akhirat, ia sebenarnya ada membawa mesej daripada TUHAN. Mesej? Ya. Mesej.

ALLAH SWT sebenarnya mahu mengajar kita. Mengajar untuk menjadi lebih kuat. Untuk lebih pandai menilai sesuatu perkara. Untuk lebih mengenal manusia yang mana kawan, yang mana lawan. Untuk kita lebih matang dalam melayari kehidupan. Lebih penting lagi, ALLAH SWT sebenarnya mahu mengajar kita bahawa kita ini siapa pada DIA.

Sahabat, banyak perkara dalam kehidupan ini yang jika jalan perdamaian itu lebih menyenangkan serta membahagiakan, mengapa memilih untuk menjauh dan berdendam? Ingatlah, dengan ego yang tinggi melangit, kita tidak akan ke mana-mana.

Lepaskanlah luka-luka kehidupan. Relakanlah. Pasrahlah.

DIA ada sebagai tempat untuk bergantung. Bahkan, DIA sangat suka pada orang yang sabar.

Sebenarnya, hati berasa malu apabila menyoroti kisah Rasulullah SAW yang banyak kali dilukai. Tetapi baginda langsung tidak memilih untuk berdendam. Kita tahu siapa baginda?

Baginda Rasulullah, Kekasih ALLAH SWT yang telah dijanjikan syurga. Jika mahu, boleh saja baginda membalas kesemua perbuatan orang yang melukai dirinya dengan 1000 kali lebih sakit daripada apa yang dirasainya. Tetapi baginda memilih untuk tidak melakukan itu walaupun ditawarkan.

Maka, siapa kita ini untuk memilih berdendam?

Ego dunia apa yang tersimpan di pundak kita?

Darjat apa yang ada pada diri kita?

Damaikanlah hatimu, wahai manusia lindungan Tuhan.

Bersihkanlah jiwamu, wahai manusia kecintaan Tuhan.
 

RUMPUN BAHASA MELAYU


PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu (Abad ke-13 hingga 18 Masihi)

Pada zaman ini tiga buah batu bersurat yang menunjukkan perkembangan bahasa Melayu telah dijumpai :

  1. Batu Bersurat Pagar Ruyong, Minangkabau (1356 M) – ditulis dalam tulisan India dan memperlihatkan pengaruh Bahasa Sanskrit.
  2. Batu Nisan di Minye Tujuh, Acheh (1380 M) – juga ditulis dalam tulisan India dengan beberapa perkataan Arab
  3. Batu Bersurat Terengganu – dijumpai di Sungai Teresat, Kuala Berang Terengganu. Tarikh sebenar tidak dapat dipastikan, tetapi ia dipercayai ditulis antara tahun 1303 M hingga 1387 M. Ia ditulis dalam tulisan Jawi.

Abad ke –13 adalah waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab.

Zaman penting bagi bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi “lingua franca” para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.

Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 masihi tidak menamatkan pengaruh bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah :

  1. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Ia merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan adalah daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya bahasa Melayu tersebar.

  1. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

  1. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis mengenai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan bahasa Melayu seperti berikut :
Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”

Satu bukti tentang tingginya martabat bahasa Melayu dan luas penggunaannya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-raja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :

  1. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)
  2. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)
  3. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)

Ketiga-tiga surat ini tersimpan di Perpustakaan Bodelein, London

Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi.

Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah telah menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Antara tokoh-tokoh di Acheh ialah :

  1. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”)
  2. Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)
  3. Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”)
  4. Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)

Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab “Hikayat Al-Salakin”.

Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga muncul di tempat-tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan “Syair Rakis”, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-Banjari dengan kitab “Sabil Al-Muhtadin”. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan “Matla’al Badrain” dan “Furu’ Al-Masail”.


Bahasa Melayu (Abad ke-19 dan 20 Masihi)

Kemuncak kegiatan alam persuratan Melayu melalui bahasa Melayu dan tulisan Jawi adalah di Penyengat, sebuah pulau di Kepulauan Riau yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Johor-Riau. Di sinilah dari abad ke 19 hingga awal abad ke 20, tertumpunya kegiatan keintelektualan Melayu-Islam dan perkembangan bahasa Melayu selanjutnya.

Banyak karya serta kitab diterbitkan di pulau ini, seperti kitab “Al-Hakim” oleh Tajuddin Abdul Fadzil Ahmad ibn Abdul Karim (1863 M) dan “Sabil Al-Hidayat” oleh Sayyed Aluwi Ba’aluwi (1899 M)

Hasil penulisan yang terkenal dan terpenting dalam dunia persuratan Melayu ialah karya Raja Ali Haji, iaitu “Bustan Al-Katibin” (1857 M), “Pengetahuan Bahasa” (1859 M), “Salasilah Melayu dan Bugis” (1865 M) dan “Tuhfat Al-Nafis” (1865 M). Pada masa itu juga di Johor terdapat beberapa hasil penulisan seperti “Hikayat Negeri Johor” dan “Kitab Pemimpin Johor”.

Kerajaan Melayu Johor-Riau terus menjadi pusat pengembangan bahasa Melayu sehingga ia menjadi bahasa persatuan di seluruh Nusantara.

Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu, bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas agama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu.

Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan.

Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford.

Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan bahasa Melayu mula terancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap bahasa Melayu membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baru yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi “tuan” dan segala yang bersangkutan dengan cara hidup mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka.

Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem persekolahan. Dalam keadaan bahasa Melayu menerima tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendiakawan berpendidikan barat tetapi cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau Arab.

Kemerosotan bahasa Melayu tidak berterusan. Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan bergema dan orang-orang Melayu mula mengorak langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru Melayu dan ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan cita-cita ini. Akhbar dan majalah menjadi saluran utama untuk menyuarakan hasrat ini. Perjuangan bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik membebaskan tanah air daripada penjajahan.

Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa “Bahasa Kebangsaan negara ini adalah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”. Dengan perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagi seluruh Kepulauan Melayu.

MODEL PENGAJARAN ASSURE


MODUL ASSURE
APLIKASI DALAM RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

1.0 PENGENALAN

Pengajaran merupakan satu sistem aktiviti-aktiviti yang ditujui kepada murid-murid
dengan tujuan membawa perubahan-perubahan tingkah laku di kalangan mereka. Menurut
Highet,G (1968),pengertian pengajaran adalah tidak lengkap jika ia dianggap sebagai sains
sahaja. Sebaliknya,pengajaran boleh dianggap sebagai satu seni kerana ia melibatkan emosi
dan nilai-nilai manusia.Profesor Elliot Eisner di Standford Universiti, California, misalnya
mengkaji pentingnya ‘pendidikan seni’ untuk dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah supaya
pendidikan di sekolah lebih seimbang dan memperkayakan pemikiran murid. Menurut Yaxley
B.G. (1991)Pengajaran merupakan aktiviti intelek di mana suatu tindakan bertujuan untuk
membawa perubahan dari segi kepercayaa nilai dan makna.
Oleh yang demikian,guru yang berpengalaman, kreatif, dan cekap mempunyai seni atau
gaya pengajarannya yang tersendiri berupaya untuk mengajar pelbagai mata pelajaran kepada
pelbagai jenis murid.
Pembelajaran pula merupakan perubahan tingkah laku yang kekal serta berterusan, dan
dapat dilihat kesan perubahannya.Pembelajaran sebarang mata pelajaran sekolah merupakan
satu proses yang aktif, kreatif, dan konstruktif (Noddings,1990).Pembelajaran juga dikatakan
telah berlaku apabila seseorang individu telah berjaya mengaitkan pengetahuan baru dengan
pengetahuan sedia ada (Ee Ah Meng,1994). Menurut Gagne, proses pembelajaran terdiri
daripada beberapa fasa, iaitu motivasi/perhatian, jangkaan, perolehan ingatan kembali,
pemilihan persepsi, mengkod dan penyimpanan jangka panjang, gerak balas.
Proses pengajaran adalah kompleks, malah lebih kompleks daripada yang disedari.Ia
mencakupi pelbagai aspek dan fungsi yang saling berkaitan dan mestilah bertindak secara
bersama agar mencapai kejayaan. Pelbagai kaedah, gaya dan teknik pengajaran digunakan
untuk menghasilkan pembelajaran murid sebagaimana yang dituntut oleh masyarakat dan
negara.Banyak kajian telah dibuat untuk mengkaji bagaimana kaedah pengajaran boleh
dirancang dan direka bentuk untuk memberi kesan yang optimum kepada pembelajaran murid.
Pakar-pakar mengkaji proses dan hasil pengajaran dengan lebih sistematik dengan
melihatnya dalam bentuk model.


1.1. Model Pengajaran

Model pengajaran merupakan rangka kerja untuk melaksanakan pengajaran
menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang disusun atur untuk mencapai objektif
atau hasil pembelajaran.Model pengajaran boleh menjadi alat yang berkesan untuk merancang
proses perkembangan pengajaran daripada unit-unit kecil menjadi satu konsep keseluruhan
atau daripada yang mudah kepada kompleks.Model-model ini dipengaruhi oleh pelbagai disiplin
ilmu seperti psikologi pendidikan, psikologi sosial dan komunikasi, serta sosiologi
pendidikan.Menurut C.M Charles, psikologi boleh didefinisikan sebagai kajian tentang tingkah
laku. Dapatan-dapatan daripada kajian-kajian tersebut dapat digunakan untuk meningkatkan
lagi pembelajaran dan pengajaran.Crow dan Crow pula mentakrifkan psikologi sebagai kajian
tingkah laku dan perhubungan manusia. Tingkah laku ini bukan sahaja merujuk kepada tingkah
laku yang boleh dilihat tetapi merangkumi juga tindak balasnya terhadap pengaruh keadaan
batinnya, serta pengaruh alam sekitarnya (seperti orang lain, benda atau satu-satu situasi).
Terdapat tiga aliran ilmu psikologi yang utama mempengaruhi pendekatan membina
kurikulum dan pengajaran iaitu aliran psikologi behaviourisme, aliran psikologi kognitif, yang
lebih dikenali sebagai mazhab konstruktivisme dan aliran psikologi sosial.
Aliran Psikologi Behaviourisme
Pendekatan behaviourisme adalah dipelopori oleh John.B. Watson di Universiti John Hopkins,
Amerika Syarikat pada tahun 1913.Teori-teori psikologi behaviourisme memberi perhatian dan
mengkaji tingkah laku manusia, kerana tingkah laku manusia boleh dilihat dan diukur.Menurut
pendekatan ini, tingkah laku boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori ini juga menegaskan
pentingnya pengukuhan melalui ganjaran untuk merangsang dan mempengaruhi apa dan
bagaimana manusia melakukan sesuatu, termasuk bagaimana murid belajar.
Selain daripada J.B. Watson, ahli-ahli psikologi behaviourisme yang lain ialah B.F. Skinner, I.P.
Pavlov dan E.L. Thorndike.Berdasarkan teori ini, Skinner terkenal dengan pelaziman operasi
yang mengukur ganjaran dan dendaan.Skinner telah mereka bentuk pendekatan dan
rancangan pengajaran yang terancang dinamakan 'programmed instruction'.

Aliran Psikologi Kognitif:Konstruktivisme
Aliran psikologi kognitif lebih menekankan perkembangan corak pemikiran manusia, cara ia
berfikir dan membentuk makna, berbanding dengan aliran behaviourisme yang lebih
menekankan tingkah laku manusia.Ahli-ahli psikologi kognitif menekankan bahawa kita
bukanlah penerima rangsangan-rangsangan yang pasif. Sebaliknya otak kita secara aktif akan
memproses maklumat yang diterimanya dan menukarkan kepada bentuk-bentuk serta kategorikategori
baru. Ahli psikologi kognitif yang terkenal ialah Brunner, Ausubel,Jean Piaget dan John
Dewey.
Aliran Psikologi Sosial
Psikologi sosial memberi tumpuan kepada kesan perkembangan pemikiran dan sosio emosi
individu apabila ia berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain, samada secara berdua
atau secara kumpulan.Albert Bandura, menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku
dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu.Bandura memeprkenalkan Teori
Perlakuan Model.Seseorang banyak belajar dari peranannya dalam sesuatu kumpulan: dalam
keluarga, rakan sebaya,kumpulan dalam kelas atau ko-kurikulum.Melalui aktiviti perbincangan,
ia memahami orang lain, meniru orang lain,dari pelbagai aspek.
Berdasarkan tiga aliran psikologi tersebut maka terbentuklah beberapa model pengajaran
seperti Model Tyler,Model Masteri,Model Inkuiri dan Model ASSURE.Yusuf Hashim (2006)
menyatakan bahawa model ASSURE ini sangat meluas digunakan oleh guru-guru untuk
merancang pengajaran pembelajaran secara sistematik.

1.2. Model Pengajaran ASSURE

Model ini berasaskan buku Robert Gagne, Events Of Instruction (1992).Heinich,
Molenda, Russell, Smaldino (1999) telah mengemukakan satu model yang boleh digunakan
oleh guru untuk merancang pengajaran.Untuk menghasilkan sebuah perancangan pelajaran
seorang guru perlu menentukan :
i. Objektif khas yang eksplisit, atau hasil pembelajaran yang spesifik, boleh dicapai, boleh
diukur, dan boleh dilaksanakan dalam lingkungan masa yang ditetapkan mengikut aras -aras
tertentu.
ii. Kemahiran, pengetahuan, dan sikap yang ingin dibentuk
iii. Bahan dan strategi yang akan digunakan.
iv. Penstukturan, turutan, penyampaian, pengukuhan, dan pengayaan isi kandungan.
v. Kaedah penilaian menjurus kepada pencapaian hasil pembelajaran.
Model ASSURE merupakan satu proses perancangan yang telah diubah suai untuk
membolehkan guru mereka bentuk dan membina persekitaran yang sesuai dengan
kumpulan murid yang menjadi sasaran seperti yang dikehendaki oleh syarat-syarat di
atas.
Model ASSURE telah menggabungkan garis panduan langkah-langkah pelajaran dan
hubungannya dengan proses kognitif yang dikemukakan oleh Robert Gagne untuk memastikan
berlakunya pembelajaran berkesan.
ASSURE merupakan akronim atau 'neumonik' daripada beberapa perkataan iaitu:
A Analyze Learners: menganalisa kesediaan dan gaya pembelajaran murid.
S State Objectives : menyatakan objektif atau hasil pembelajaran.
S Select Methods : memilih kaedah,media dan bahan pengajaran pembelajaran.
U Utilize Media :menggunakan media dan bahan sumber.
R Require Learner : tindak balas pelajar.
E Evaluate and Revise : menilai hasil pembelajaran dan menyemak semula bahan.
Menurut Smaldino, Russel, Heinich dan Molenda (2005), model ini merupakan prosedur
atau panduan untuk merancang dan menguruskan sesuatu courseware yang mengambil kira
media dan teknologi. Kesimpulannya, model ini menitik beratkan pembinaan rancangan
pengajaran yang sesuai di bilik darjah.Walau bagaimanapun, apakah rasionalnya model
ASSURE ini?

1.3. Rasional Perlaksanaan Langkah-langkah Model ASSURE

1.3.1 Analyze Learners( menganalisa kesediaan dan gaya pembelajaran murid.)

Langkah pertama Modul ASSURE ialah menganalisis murid. Asasnya, sebelum
rancangan pengajaran dibina guru harus mengenal pasti murid sama ada dari segi umur, latar
belakang sosioekonomi, kesediaan belajar, dan sebagainya. Kesediaan belajar membolehkan
murid menikmati pembelajaran dengan berkesan.
Aras pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid-murid
perlu diambil kira supaya rancangan pengajaran yang dibina mencapai objektifnya.
Contohnya,sekiranya guru ingin mengajar topik tentang destinasi pelancongan yang menarik di
Malaysia, guru perlu mengenal pasti latar belakang murid sama ada pernah melancong atau
tidak. Sekiranya murid tidak pernah pergi melancong, guru perlu menyediakan suatu alternatif
yang memberikan murid-murid pengalaman atau pengetahuan tersebut.Guru boleh
menayangkan video destinasi pelancongan untuk topik ini.Guru juga boleh meminta murid
mencari keratan-keratan akhbar mengenai tempat-tempat yang menarik.
Guru juga perlu membuat diagnosis terhadap gaya pembelajaran muridnya bagi
memastikan pengajaran pembelajaran berlaku dengan berkesan.Murid-murid dalam bilik darjah
memiliki gaya pembelajaran yang berbeza.Untuk memulakan teknik yang dirancang guru perlu
kenalpasti sama ada murid-murid dalam kelasnya mempunyai gaya pembelajaran yang
dominan dalam salah satu daripada tujuh kecenderungan gaya pembelajaran pelajar iaitu
linguistik,logical matematik,spatial,bodily kinesthetic,musical,interpersonal dan
interapersonal.Contohnya, guru kenalpasti beberapa orang muridnya cenderung kepada
interpersonal,maka murid ini akan dipilih oleh guru untuk menerajui perbincangan sama ada
dalam kumpulan atau secara berpasangan.
Pengajaran yang dimulai dengan perkara yang diketahui kepada yang belum diketahui
merupakan satu amalan pengajaran yang baik. Menurut Smaldino (2005): sekiranya guru dapat
mengetahui latar belakang murid dengan baik, guru berupaya menyampaikan isi pengajaran
dengan mudah dan menarik. Dengan demikian guru mampu mewujudkan suasana pengajaran
dan pembelajaran yang menyeronokkan di dalam bilik darjah.

1.3.2 State Objectives ( menyatakan objektif atau hasil pembelajaran.)

Langkah seterusnya adalah menentukan objektif atau hasil pembelajaran yang ingin
dicapai.Menurut Ee Ah Meng (1997),Objektif pengajaran pembelajaran menentukan arah dan
tahap pencapaian murid-murid dalam bilik darjah.Oleh itu,objektif yang dinyatakan oleh guru
mestilah realistik, iaitu tidak terlalu tinggi sehinggakan sukar untuk dicapai.Sebaliknya, objektif
yang terlalu rendah tahapnya tidak mendatangkan apa-apa cabaran kepada murid-murid.
Keadaan ini akan menyebabkan murid-murid berasa bosan dan gelisah.
Nicholson (1996) di dalam artikelnya menyatakan bahawa penetapan objektif bagi
sesuatu pengajaran amat perlu bagi memastikan keberkesanan semasa pengajaran dan
pembelajaran.Yusuf (2006) menyatakan objektif haruslah berdasarkan peringkat prestasi atau
hasilan yang ingin dicapai.
Contoh pernyataan objektif dalam topik pelancongan dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu, guru menetapkan setelah diberi penerangan, murid dapat menyatakan 4 cara untuk
menarik pelancong ke satu-satu destinasi pelancongan.Rasionalnya, objektif pengajaran amat
penting kerana ia memberi panduan kepada guru untuk melaksanakan aktiviti pengajaran
pembelajaran yang afektif dan sistematik.

1.3.3 Select Methods : memilih kaedah,media dan bahan pengajaran pembelajaran.

Kebelakangan ini,pengajaran tidak terhad kepada buku dan papan tulis sahaja,
sebaliknya memerlukan penggunaan segala media yang boleh merangsang murid untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan afektif.Oleh itu Model ASSURE
menyarankan langkah yang ketiga iaitu memilih kaedah dan media serta bahan pengajaran
yang sesuai.
Kaedah pengajaran
Guru perlu mengetahui semua kaedah yang wujud, dengan demikian guru dapat
memastikan kaedah pengajaran pembelajaran yang mana digunakan bersesuaian dan
mengikuti beberapa kriteria bagi menjamin keberkesanan kaedah tersebut.Kriteria tersebut
terdiri daripada:

*mengambil kira faktor kesediaan murid
*menggalakkan pemindahan pembelajaran
*mewujudkan motivasi
*mengekalkan ingatan
*meningkatkan pengamatan dan penanggapan
*menggalakkan pemikiran
*memupuk nilai dan sikap yang positif
Pengajaran dan pembelajaran perlu di rancang . Kemahiran guru merancang apa yang
akan di ajar di dalam kelas perlu dilakukan dengan memikirkan dan memilih kaedah yang
hendak digunakan agar ianya sesuai dengan tajuk yang hendak di ajar pada hari tersebut.
Pastikan hasil pembelajaran yang dinyatakan sesuai dengan latar belakang atau pengalaman
sedia ada pelajar.Pemberian fakta semata-mata dan bersifat sehala seperti teknik syarahan
merupakan cara tradisional di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu
sediakan gerak kerja dan aktiviti yang sesuai untuk mengalakkan pelajar berfikir dan
menyelesaikan masalah yang diberikan.. Sesungguhnya,setiap pendekatan dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagai teknik pengajaran tertentu .
Dalam suatu pengajaran bahasa,guru kebiasaannya menggabungkan beberapa teknik
pengajaran agar dapat menghasilkan pengajaran bahasa yang berkesan.Contohnya,guru ingin
menyampaikan isi pelajaran bertajuk Kempen Keselamatan Jalan Raya kepada murid tahun 6.
Sebelum topik ini diajar, guru telah memilih teknik bersoal jawab untuk mencungkil pengetahuan
murid, kemudian guru menggunakan media tayangan video dan teknik penerangan, ianya
bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman dan kemahiran berbahasa murid dari aspek lisan
(mendengar, memahami dan bertutur), seterusnya guru menggunakan teknik perbincangan
kumpulan menggunakan media seperti kad arahan, kad tanda isyarat jalan , dan borang
pengurusan grafik.Teknik seterusnya ialah main peranan. Semasa aktiviti perbincangan dan
main peranan guru menggunakan teknik pembelajaran berpusatkan murid, dimana murid akan
menentukan sendiri pencapaian hasil pembelajaran mereka. Guru bertindak sebagai fasilitator.

1.3.4 Utilize Media(menggunakan media dan bahan sumber.)

Merujuk Model ASSURE, terdapat 5 prinsip bagi menggunakan media.Bagi memastikan
kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh
guru.
Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas.
Guru hendaklah mengkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum
digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan
kumpulan murid, objektif pengajaran dan pembelajaran.Guru juga hendaklah memastikan
media yang akan digunakan tidak bermasalah.Mengenal pasti lokasi dan persekitaran yang
sesuai.Guru juga memastikan media yang digunakan mampu memberi pengalaman baru
kepada murid dan mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta menarik
minat.
Rasional menggunakan media dan bahan sumber jelas dinyatakan melalui kajian
(Pike,1989)Menambah visual kepada pelajaran dapat menambahkan daya ingatan daripada 14
kepada 38 peratus.Kajian juga menunjukkan ada peningkatan sehingga 200 peratus apabila
kosa kata diajar dengan menggunakan alat bantu pandang(gambar,video,slaid dan lain-lain)
Kesimpulannya, penggunaan media yang mencakupi prinsip-prinsip yang ditetapkan mampu
mewujudkan pengajaran pembelajaran yang sangat berkesan. Walau bagaimanapun,
penggunaan media perlu juga mengambil kira kemudahan infra struktur,kos dan waktu
pengajaran.

1.3.5 Require Learner ( tindak balas pelajar.)

Apabila pengajaran pembelajaran berpusatkan murid yang dilaksanakan oleh guru,murid
melakukan kebanyakan kerjanya. Murid-murid menggunakan minda mereka untuk mengkaji
idea, menyelesaikan masalah, melahirkan perasaan dan menerapkan apa yang
dipelajarinya.Antara aktiviti yang melibatkan pelajar seperti simulasi,
perdebatan,perbincangan,projek, main peranan dan lain-lain lagi.

Konfusius pernah mengatakan :
“Apa yang saya dengar, saya lupa. Apa yang saya lihat,saya ingat.Apa yang saya buat, saya
faham.”
Mel Silberman(2004) pula memperkenalkan'Credo Pembelajaran Aktif' hasil pengubahsuaian
dan memperluas kebijaksanaan Konfusius iaitu :
“Apa yang saya dengar, saya lupa. Apa yang saya dengar dan lihat, saya ingat
sedikit.Apa yang saya dengar, lihat dan bertanyakan soalan tentangnya ataupun
membincangkannya dengan orang lain, saya mula memahaminya.Apa yang saya
dengar, lihat, bincang dan buat, saya memperolehi pengetahuan dan kemahiran. Apa
yang saya ajarkan kepada orang lain, saya menguasainya”
Kesimpulannya, pembelajaran berpusatkan murid menggalakkan pelajar untuk
memainkan peranan yang aktif dan merangsang minda pelajar. Contohnya pembelajaran
secara perbincangan mengenai etnik di Sabah.Murid-murid telah diberikan masa untuk mencari
maklumat daripada pelbagai sumber. Pada permulaan kelas, guru meminta beberapa orang
murid menyampaikan maklumat yang diperolehi.Bahan-bahan yang diperolehi itu dijadikan topik
perbincangan dalam kumpulan kecil dan kumpulan besar. Selepas perbincangan , wakil-wakil
kumpulan akan menyampaikan idea atau kesimpulan perbincangan yang akan dibincangkan
pula dalam kumpulan besar. Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai pula dapat
membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses belajar, Gambar foto, slaid
gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea
dan juga menjalankan aktiviti penyelesaian masalah.
Rancangan pengajaran yang kreatif dan sistematik dan mampu melibatkan murid secara
aktif , mendorong ke arah mencapai objektif pembelajaran.Jelaslah di sini, rancangan harian
berpandukan Model ASSURE berupaya mendorong menghidupkan suasana kelas, sesetengah
aktiviti menyeronokkan dan memberikan pengalaman baru kepada murid.

1.3.6 Evaluate and Revise (menilai hasil pembelajaran dan menyemak semula bahan.)

Peringkat terakhir model ASSURE merupakan langkah yang penting.Penilaian
seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan
pemilihan objektif, media dan bahan sumber, penilaian pengajaran sesuai dengan keupayaan
pelajar. Di samping itu guru perlu merefleksi untuk menentukan sama ada elemen-elemen yang
digunakan sangat berkesan atau perlu diubah serta ditukar ganti dalam pengajaran masa akan
datang.Pengubahsuaian pula boleh dilakukan pada setiap aspek pengajaran seperti objektif,
penerapan nilai, isi pelajaran, strategi, sumber pengajaran pembelajaran dan sebagainya. Ia
dilakukan dengan tujuan agar pengajaran guru lebih berkesan dan pembelajaran murid dapat
ditingkatkan lagi.Ini bertepatan dengan saranan Yusup(2006):
a. Adakah objektif pembelajaran tercapai?
b. Adakah alat / media yang digunakan membantu proses pengajaran dan pembelajaran?
c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/ bahan media dengan cara yang betul?
d. Adakah peluang pemerhatian individu diberi?
e. Adakah suasana pembelajaran selesa dan kondusif?
Penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian formatif atau penilaian alternatif.Penilaian
perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu serta menyeluruh disemua peringkat untuk
memberi gambaran sejauhmana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar
serta bertepatan dengan objektif atau hasil pembelajaran yang dikehendaki (Heinich, 1982)

1.4 Kebaikan Model ASSURE

Terdapat beberapa kebaikan dalam menggunakan Model ASSURE ini iaitu:
a. Proses pengajaran menjadi lebih berkesan kerana pengajaran yang bersistematik.
b. Model ASSURE bukan hanya berpusatkan guru tetapi ia juga berpusatkan kepada
murid di mana murid aktif dalam menyertai pembelajaran dan dapat meningkatkan
kefahaman.
c. Guru lebih mahir dalam menggunakan alat berteknologi seperti komputer, kamera
digital, rakaman video dan sebagainya.
d. Hubungan di antara guru dan pelajar akan menjadi lebih rapat kerana model ASSURE
menitikberatkan guru mengenali latarbelakang murid termasuk latarbelakang sosio
ekonomi, kesediaan belajar dan gaya pembelajaran murid.
e. Penggunaan model ini akan menggalakkan para guru sentiasa menggunakan alat
bantu bahan mengajar (ABBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PnP).
f. Memastikan bahan media yang digunakan adalah sesuai dengan peringkat umur dan
persekitaran pelajar.
g. Aplikasi dalam model ini dalam pembelajaran mempunyai objektif yang jelas.
h. Pelajar juga akan tertarik dengan pengajaran guru.
i. Pembelajaran akan lebih berkesan dengan adanya bahan media yang sesuai semasa
pengajaran guru.

1.5 Kelemahan Model ASSURE

Terdapat beberapa kelemahan dalam menggunakan Model ASSURE ini iaitu:
a. Penyediaan bahan media dalam Reka Bentuk Pengajaran tidak bersesuaian dengan
analisis pelajaran.
b. Kemudahan alatan teknologi yang kurang dan tidak lengkap.
c. Guru kurang kreatif dalam menyediakan reka bentuk pengajaran yang bersesuaian
dengan analisis pelajaran.
d. Guru terpaksa menggunakan banyak tenaga dan usaha untuk menyediakan, meneliti dan
menyemak semula bahan pengajaran sebelum menggunakannya.

1.6 Kesimpulan

Model ASSURE dapat membantu guru merancang pengajaran yang dapat
memanfaatkan penggunaan media di dalam bilik darjah masing-masing. Oleh sebab itu,
dengan perancangan yang sistematik dan penuh ketelitian, guru akan dapat mencapai
kompetensi dalam pengajaran, manakala murid pula memperoleh pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang diharapkan.
Dengan melibatkan murid secara optimum,murid belajar menggunakan maklumat untuk
menyelesaikan masalah dan mereka melaksanakannya secara berinteraksi dengan guru,
rakan sebaya, media dan bahan sumber.
Semua elemen dalam Modul ASSURE saling berkaitan dan semestinya diberikan
perhatian oleh guru untuk merancang pengajaran supaya matlamat utama yang diharapkan dari
pengajaran tersebut akan tercapai.Sesungguhnya, keenam-enam langkah yang terdapat dalam
model ASSURE adalah sangat penting bagi dijalankan oleh guru dalam setiap pengajaran
hariannya didalam kelas. Kesimpulannya, penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE
adalah lebih baik berbanding model-model yang lain kerana ianya lebih lengkap dan
bersistematik.


RUJUKAN
Azman Wan Chik-Editor(1985),Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru dan
Bahan.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka..
Chin Yoon Poh.(2009)Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Kuala Lumpur:Kumpulan
Budiman.
Ee Ah Meng (1991),Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu.Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.
Ee Ah Meng.(1999).Psikologi Pendidikan.Edisi Kedua.Kuala Lumpur:Penerbit Fajar Bakti.
Esah Sulaiman (2003), Modul Pengajaran : Asas Pedagogi. Skudai: Jabatan Asas
Pendidikan , Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia
Fatimah Bt Hj Daud.(2003)Modul Pembelajaran Kursus Bestari.Jabatan Pengajian
Melayu,Maktab Perguruan Kota Bharu.
Juriah Long,Raminah Hj Sabran, Sofia Hamid.(1990),Perkaedahan Pengajaran Bahasa
Malaysia.Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.
Mel Silberman.(2009)Pembelajaran Aktif:101 Strategi Untuk Mengajar Apa Jua Subjek.Kuala
Lumpur:Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Yusuf Hashim.(1997),Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan.Shah Alam:Penerbit
Fajar Bakti