SOALAN MODUL TATABAHASA


MORFOLOGI 1


KATA GANTI NAMA

1.”Tarian yang _______________ persembahkan di hadapan _______________ merupakan tarian istana Melayu zaman silam,” kata Norli kepada pemberita.

A.  aku ...tuanku

B.  patik...tuanku
C.  saya...baginda
D.  hamba...baginda

(UPSR 2005)

2. “Mengapakah tuan puteri bersedih? Katakanlah kepada ______________,” kata Inang
Suri kepada Tuan Puteri Mayang Sari.

A.  beta
B.  patik
C.  hamba
D.  tuan hamba

(UPSR 2006)

3. “Tolong telefon setiausaha ______________ apabila _______________ sampai nanti,”
kata Dato’ Rauf kepada pemandunya.

A.  saya ...kita
B.  awak...dia
C.  kita... mereka
D.  kamu...awak

(UPSR 2007)

4. Menurut rakan Hashimah yang juga berjaya dalam pelajaran, antara faktor kejayaan
_______________ adalah kerana kerap mengadakan perbincangan.

A.   kita
B.  saya
C.  kamu
D.  mereka

(UPSR 2008)

5. “Doktor Nora ada di klinik? Saya ingin berjumpa dengan _____________.” tanya Amran
kepada jururawat.

A.  dia
B.  anda
C.  kamu
D.  beliau

(UPSR 2009)


6. “Tuan puteri, izinkan _____________ ke taman untuk memetik bunga mawar itu,” kata
dayang kepada Puteri Intan.

A.  beta
B.  patik
C.  adinda
D.  kakanda

(UPSR 2010)

7. Bapa Farah seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta. ______________ bertugas di hospital itu
sejak tiga tahun yang lalu.

A.  Beliau
B.  Saya
C.  Dia
D.  Aku

(UPSR 2011)

8.”Permaisuri sedang bersantap bersama-sama keluarga _______________, “ kata dayang kepada
Laksamana.

A.  beta
B.  patik
C.  tuanku
D.  baginda

(UPSR 2011)

KATA ADJEKTIF

1.Sejak kebelakangan ini badannya semakin ______________ kerana hilang selera makan.

A.  kecil
B.  nipis
C.  susut
D.  kempis

( UPSR 2005 )

Gambar 1


2. Puan Rozana memotong kaki seluar anaknya kerana terlalu ___________.

A   lebar
B.  besar
C.  labuh

(UPSR 2006)

3. Cikgu Hafiz menjelaskan bahawa rasa pisang itu ______________ kerana belum cukup
masak.

A.  manis
B.  kelat
C.  pahit
D.  tawar

(UPSR 2008

4. Navin menekan loceng bas apabila ______________ tiba di pasar tani.

A.  jauh
B.  jarang
C.  hampir
D.  nyaris
(UPSR 2011)

5. Nenek ______________ akan cucunya yang telah lama tidak pulang ke kampong.

A.  gembira
B.  rindu
C.  segan
D.  hormat

((UPSR 2011)


KATA ARAH

1.Zaki gagal ____________ pertandingan akhir kerana dia kalah pada peringkat separuh
akhir.

A.  di
B.  ke
C.  dalam
D.  hingga
( UPSR 2009 )

Gambar 9

2.Aina dan ibunya sedang duduk di _____________ tangga rumahnya.

A.  atas
B.  depan
C.  sudut
D.  tengah
(UPSR 2010)



KATA PERINTAH

1.”____________ letakkan buku yang dibaca di tempat asal,”kata Nabilah kepada
rakan-rakannya.

A.  Sila
B.  Tolong
C.  Jangan
D.  Usah
( UPSR 2005)


2.”______________ ambil makanan yang terhidang di meja itu,” kata Puan Kamariah
kepada tetamunya.

A.  Tolong
B.  Minta
C.  Harap
D.  Sila
(UPSR 2006)



KATA PENGUAT

Gambar 10

1.”Wah, _________________indah pemandangan di puncak gunung ini! Kata Faizal.

A.  Benar sekali
B.  Terlalu amat
C. Sungguh nian
D. Terlalu paling
(UPSR 2005)


KATA BILANGAN

1._________________ orang mudah hilang sabar jika selalu menghadapi ____________
situasi yang memalukan mereka.

A.  Setengah...setiap
B.  Sebahagian...satu
C.  Sesetengah...sesuatu
D.  Sekalian...beberapa
(UPSR 2006)

2.Projek yang telah dirancang itu akan melibatkan ______________ orang ibu bapa murid.

A.  para
B.  semua
C.  beberapa
D.  sesetengah
(UPSR 2008)

KATA SENDI / KATA HUBUNG / KATA BANTU

1.Bola sepak adalah ________________ permainan yang amat digemari di negara kita.

A.  bagi
B.  antara
C.  seperti
D.  umpama
(UPSR 2005)

2.Encik Muthu akan terus menabur bakti kepada masyarakat ___________ terdaya.

A.  jika
B.  selagi
C.  apabila
D.  sehingga
(UPSR 2006)

3.Encik Helmi mendapat kad undangan ke majlis perkahwinan ____________ sahabat
lamanya ___________ minggu lepas.

A.  daripada ...pada
B.  daripada ...di
C.  dari...pada
D.  dari...di
(UPSR 2007)

4.Puan Zaleha mengambil selimut ____________ menyelimutkan anaknya yang kesejukan
Itu.

A.  lalu
B.  kerana
C.  sambil
D.  sementara
(UPSR 2008)

5. Encik Ramli tidak sedar ____________ dia telah terbeli makanan di dalam tin yang telah
luput tarikhnya.

A.  bahawa
B.  apabila
C.  sewaktu
D.  kerana
(UPSR 2009)

6.Hamzah telah mendapat pekerjaan _____________ dia berjanji kepada keluarganya untuk membiayai
Persekolahan adiknya ______________ dia mampu.

A.  dan …selagi
B.  maka…sehingga
C.  ketika…sekiranya
D.  kerana …sementara
(UPSR 2011)

7. __________________ pihak lawan cuba merampas bola itu _________________ Rokiah, dia
melemparkannya kepada Hanim.

A.  Ketika …dari
B.  Apabila …daripada
C.  Tatkala…kepada
D.  Semasa …pada
(UPSR 2011)

8. Dahlia sungguh bangga _________________ sikap sopan santun yang ditunjukkan oleh adiknya
_____________________ orang-orang tua.

A.  dengan …pada
B.  pada…dengan
C.  akan…terhadap
D.  terhadap…kepada
(UPSR 2011)

Gambar 11

9. Klinik Hassan terletak di ______________ bank ______________ Restoran Muhibah.

A.  sebelah ….dan
B.  samping …serta
C.  tengah…antara
D.  antara…dengan
(UPSR 2011)










PENGIMBUHAN
Gambar 12

1.Anak kecil itu ___________ dari pangkuan ibunya kerana hendak bermain-main.

  1. berlungsur
  2. melungsur
  3. melungsuri
  4. melungsurkan
(UPSR 2007)

2.Encik Chong ____________ kebunnya dengan kawat berduri supaya tidak dicerobohi
binatang liar.

  1. dipagari
  2. pagarkan
  3. memagar
  4. dipagarkan
(UPSR 2008)

Gambar 13
3.Akhir-akhir ini, kerja ______________ semakin menarik minat generasi muda.

  1. membatik
  2. pembatik
  3. batikan
  4. berbatik
(UPSR 2009)




4.Dalam adat ______________ masyarakat Melayu, pihak pengantin lelaki akan membawa
sirih junjung.

  1. peminangan
  2. meminang
  3. peminang
  4. pinangan
(UPSR 2009)

5. Seseorang pengarang akan sentiasa mencari idea-idea baharu dalam ____________
sesebuah karya.

  1. penghasilan
  2. dihasilkan
  3. berhasil
  4. hasilan
(UPSR 2010)


PENJODOH BILANGAN


1.Beberapa _______________ poster telah dilekatkan oleh Cikgu Yeop di belakang
kelas kita.

  1. helai
  2. bidang
  3. keping
  4. lembar
(UPSR 2006)

Gambar 14

2.Budaya hidup masyarakat kampung itu telah dikaji oleh ______________ penyelidik dari
universiti tempatan.

  1. segerombolan
  2. seangkatan
  3. sepasukan
  4. sekawan
(UPSR 2009)

3.Faizal telah menjamu kawan-kawannya dengan dua _____________ langsat dan
beberapa _______________ cempedak goreng.

  1. longgok...buah
  2. gugus...ulas
  3. tangkai...ketul
  4. ikat...butir
(UPSR 2009)

Gambar 15

4.Terdapat se______________ tepak sirih dan se_____________ kacip di atas meja itu.

  1. buah...bilah
  2. bentuk...buah
  3. kapur...pasang
  4. ikat...batang
(UPSR 2010)

Gambar 16
5.Puan Rokiah menggunakan beberapa _______________ daun sirih untuk membuat ______________
_______________ sempena perkahwinan anak saudaranya.

  1. ikat…gubahan
  2. tangkai…susunan
  3. helai…hiasan
  4. jambak…karangan
(UPSR 2011)






SIMPULAN BAHASA/ PERIBAHASA

1.Janganlah membuat tuduhan secara ____________ sehingga kita mendapat bukti yang
kukuh.

  1. bidan terjun
  2. separuh tiang
  3. serkap jarang
  4. hentam kromo
(UPSR 2005)

2.Zulkifli telah meluahkan __________________untuk memiliki sebuah komputer kepada
ibunya.

  1. ada hati
  2. isi hati
  3. ambil hati
  4. jantung hati
(UPSR 2007)


3.”Nampaknya kita terpaksa _______________ kerana bekalan makanan semakin sedikit,”
kata ketua pengakap itu kepada rakan-rakannya.

  1. alas perut
  2. ikat perut
  3. makan hati
  4. makan garam
(UPSR 2008 )

4.Penduduk kampung itu mendapat ______________sebagai sebahagian daripada
pampasan selepas tanah mereka diambil bagi pembinaan lebuh raya.

  1. wang kopi
  2. wang muka
  3. wang hangus
  4. wang belanja
(UPSR 2009)

5. Keluarga Encik Ramli __________________ kerana sebaik sahaja mereka tiba di rumah saya, makanan
telah terhidang.

  1. langkah kiri
  2. langkah kanan
  3. langkah seribu
  4. langkah bendul
(UPSR 2011)




6. Rumah itu tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan jika pekerjanya bersikap _____________

  1. seperti gergaji dua mata
  2. seperti tikus membaiki labu
  3. seperti pahat dengan penukul
  4. seperti kerbau dicucuk hidung
(UPSR 2011)

KATA GANDA

1.Sementara menunggu pintu pagar dibuka, penonton _____________ di luar stadium.

  1. lalu-lalang
  2. bolak-balik
  3. simpang-siur
  4. mundar-mandir
(UPSR 2006)

2.Petinju negara ____________ lawannya sebelum melepaskan tumbukan.
  1. melaga-laga
  2. mengacu-acu
  3. melibas-libas
  4. mengacah-acah
(UPSR 2007)

3.Rajan __________apabila diminta untuk menjawab soalan itu kerana dia sedang
berkhayal.

  1. tersentak-sentak
  2. terpinga-pinga
  3. terlihat-lihat
  4. terkial-kial
(UPSR 2008)

4.Ahli jawatankuasa PIBG akan ________________ cadangan ibu bapa bagi meningkatkan
prestasi murid sekolah ini.
  1. mencari-mencari
  2. meminta-minta
  3. mengamat-amati
  4. mengagak-agak
(UPSR 2009)

5.Semua peserta pertandingan perahu layar itu _____________ mengawal perahu
masing-masing.

  1. berulang-alik
  2. bertungkus-lumus
  3. terumbang-ambing
  4. terpontang-panting
(UPSR 2010)

6.Aini sekeluarga ________________bercuti ke luar Negara pada bulan lepas.
  1. baik-baik
  2. cuba-cuba
  3. harap-harap
  4. senyap-harap
(UPSR 2011)
Gambar 17

7. Rumah itu dipasang dengan______________ pada tingkap untuk menjamin keselamatan.

  1. jejari
  2. kekisi
  3. sesiku
  4. tetulang
(UPSR 2011)

PERKATAAN BERLAWAN

1.Persatuan Bulan sabit Merah sekolah itu telah ditubuhkan pada bulan lepas.

Perkataan berlawan bagi ditubuhkan ialah

  1. ditutupkan
  2. dibatalkan
  3. dibubarkan
  4. dimansuhkan
(UPSR 2006)

2.Mereka bekerjasama untuk melakukan kerja-kerja menyokong bumbung pondok itu.

Perkataan berlawan bagi menyokong ialah

  1. membina
  2. memasang
  3. merobohkan
  4. merobekkan
(UPSR 2007)





3.Hanya murid yang beremangat kental akan dipertimbangkan untuk menyertai program
kembara itu.

Perkataan berlawan bagi kental ialah

  1. lemah
  2. longlai
  3. lembut
  4. lesu
(UPSR 2008)

4.Air muka budak perempuan itu berseri selepas menerima berita yang baru disampaikan
oleh kakaknya.
Pilih perkataan berlawan bagi berseri

  1. muram
  2. pudar
  3. kerut
  4. lesu
(UPSR 2009)

5.Kain itu mahal kerana hasil buatannya sangat halus.
Pilih perkataan berlawan bagi halus.

  1. nipis
  2. kasar
  3. keras
  4. jarang
(UPSR 2010)

6. Lampu di dalam bili itu terpadam secara tiba-tiba.
Pilih perkataan berlawan bagi terpadam

  1. menyala
  2. bersinar
  3. bersilau
  4. mengerlip
(UPSR 2011)

PERKATAAN SEERTI

1.Istana lama itu unik kerana dibina daripada kayu tanpa menggunakan sebatang
paku pun.
Perkataan seerti bagi unik ialah

  1. istimewa
  2. canggih
  3. ganjil
  4. pelik
(UPSR 2006)
2.Petani itu bermandikan keringat kerana bekerja dengan gigih di bawah panas matahari.

Perkataan seerti bagi gigih ialah

  1. tegap
  2. tekun
  3. tekad
  4. tegas
(UPSR 2007)

3.Wakil rakyat selalu mengingatkan masyarakat di kawasannya supaya menjauhi
persengketaan.
Perkataan seerti bagi persengketaan ialah
  1. pertarungan
  2. perdebatan
  3. perbalahan
  4. persaingan
( UPSR 2008)

4.Penduduk Taman Cempaka mengekalkan cara kehidupan yang mementingkan
perpaduan melalui aktiviti Rukun Tetangga.
Pilih perkataan seerti bagi mengekalkan.
  1. membaiki
  2. memelihara
  3. melaksanakan
  4. mengutamakan
(UPSR 2009

5.Mata keris lama itu diperbuat daripada besi tempawan manakala gagangnya pula
diperbuat daripada perak.

Pilih perkataan seerti bagi gagang

  1. sarung
  2. ukiran
  3. pangkal
  4. hulu
(UPSR 2010)

6.Dia telah mengemukakan usul dalam mesyuarat itu.
Pilih perkataan serti bagi usul.


  1. rumusan
  2. cadangan
  3. keterangan
  4. rancangan
(UPSR 2011)


PENANDA WACANA

1.Pak Cik Sani sudah berusia 84 tahun. _______________, dia masih berupaya untuk
mengusahakan kebun buah-buahannya.

  1. Namun demikian
  2. Di samping itu
  3. Sekalipun
  4. Walhal
( UPSR 2008)


1 comment:

Unknown said...

saya mohon gunakan nota puan. terima kasih