Tuesday 25 September 2012

Struktur Peribahasa Melayu

Salam 1Malaysia..


Di harapkan melalui blog ini dapat memudahkan lagi pemerolehan ilmu kita tentang peribahasa dengan cara yang santai.


PERIBAHASA


Simpulan Bahasa
  • mempunyai dua makna
  • berlainan tetapi mempunyai makna yang sama 

Perumpamaan
  • menyebut perbandingan
  • tidak menyebut perbandingan

Pepatah

Bidalan

Monday 24 September 2012

Makna Peribahasa



  • Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
  • Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.
  • Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda umpama pelangi menghiasi panorama alam.

    Sumber:Wikipedia



Peribahasa Melayu:Memartabatkan Bahasa Meninggikan Budaya Bangsa

Bismilahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

 Saya terpanggil  mewujudkan sebuah blog yang berkisar mengenai Peribahasa Melayu untuk perkongsian ilmu dengan rakan-rakan siber demi memartabatkan Bahasa Melayu.

 Era Teknologi kini, menyaksikan Peribahasa Melayu semakin dilupai dan tidak diketahui oleh generasi muda dan tidak dapat dihayati keindahan susun katanya yang mempunyai maksud yang tersirat.

Dengan demikian diharap blog ini dapat membuka minda bagi mengenali dengan lebih dekat lagi Peribahasa Melayu warisan zaman berzaman.