Friday 17 October 2014

Bahasa Melayu bahasa pengantar

Ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa adalah sesuatu yang keramat bagi yang memahami kepentingan bahasa membangunkan citra berfikir pengucapnya. Bahasa tidak saja sebagai alat komunikasi yang sifatnya mekanistik dan arbitrari, tapi ia terkandung pemikiran yang memberi pedoman kepada manusia tentang buruk-baik akan sesuatu atau manfaat-musibatnya terhadap sesuatu.

Oleh itu Bahasa Melayu yang ingin dimartabatkan kembali adalah bahasa yang terkandung dalam dirinya sistem nilai, kualiti ilmu dan etika. Memartabatkannya dalam sistem pendidikan bermakna memartabatkan ciri-ciri berfikir yang beretika dan upaya pengucapan yang serasi dengan fitrah. Apabila Bahasa Melayu melalui proses keMalaysiaan ia berkembang dalam lingkungan masyarakat majmuk yang pada hakikatnya amat mengutamakan kepentingan nilai dan etika. Lalu pengucapan masyarakat penggunanya menjadi lebih tertib kerana bahasa itu adalah cerminan bangsa Malaysia itu sendiri. Terbukti sejak usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem, baik di sekolah mahupun di institut pengajian tinggi awam ribuan pelajar kita berjaya dengan cemerlang dan sebahagiannya mampu membuat bidang kepakaran dan perlanjutan pengajian hingga ke tahap yang tertinggi dalam Bahasa Inggeris. Kalau dengan Bahasa Melayu para pelajar kita boleh berjaya dengan cemerlang atas alasan apa subjek Matematik dan Sains perlu diajar dalam Bahasa Inggeris. Berdasarkan Hajah Noresah bt. Baharom (Ketua Editor), 2005, Kamus Dewan, (Edisi Ke-4), Ampang: Dewan Bahasa dan Pustaka, takrifan bahasa merujuk kepada, “Sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain”. Konklusinya, bahasa itu pada dasarnya ialah bunyi suara atau bahasa lisan. Ghalibnya, manusia mengaplikasikan bahasa lisan sebelum bahasa tulisan sebagaimana anak-anak belajar berbicara sebelum belajar menulis. Justeru, pengucapan lisan dan proses penulisan itu merupakan lambang bahasa. Selanjutnya, merujuki Kamus Dewan, definisi wahana ialah saluran atau perantaraan yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai. Oleh itu, pengertian wahana amat signifikan dengan metode atau medium untuk merealisasikan sesuatu objektif atau misi. Seterusnya, penyatuan dapat dikaitkan dengan perihal menyatukan (mengumpulkan menjadi satu supaya lebih kuat, kukuh, dan teguh).
Peranan Bahasa Melayu: Bahasa Kebangsaan
Dalam senario perancangan peranan bahasa, Malaysia mempunyai dasar bahasa yang cukup jelas yang merangkumi empat dasar utama iaitu dasar bahasa kebangsaan, dasar bahasa rasmi, dasar bahasa pendidikan, dan dasar bahasa untuk maksud-maksud tertentu atau khusus. Senario sebegini rentetan daripada persepsi bahawa bahasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa ibundanya. Isu bahasa merupakan salah satu pokok perbincangan semasa permuafakatan kontrak sosial. Isu ini dapat diselesaikan dengan toleransi dan permuafakatan antara kaum-kaum utama di Tanah Melayu. Secara ringkasnya, dapat dirumuskan seperti berikut: Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan. Hal ini bertepatan dengan Perenggan 152 para 1 dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa Melayu dinaikkan taraf sebagai bahasa kebangsaan.
Peranan Bahasa Melayu: Bahasa Rasmi
Perlembagaan Persekutuan
Dasar bahasa kedua mengiktiraf peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Perenggan 152, para 1 dalam Perlembagaan Malaysia menjelaskan bahawa bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai bahasa kebangsaan. Tanggal 1 September 1967, bahasa Melayu telah dimantapkan dengan dinobatkan sebagai bahasa rasmi bagi Persekutuan Malaysia yang telah diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Hal ini berlaku selepas 10 tahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Namun demikian, pada masa yang sama bahasa-bahasa lain yang digunakan oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia, bebas digunakan seperti bahasa Mandarin oleh orang Cina dan bahasa Tamil oleh orang India. Sejajar dengan fungsi bahasa Inggeris yang mendominasi bahasa perdagangan dan perindustrian sarwa negara, kerajaan Malaysia juga menggalakkan rakyatnya menguasai bahasa antarabangsa tersebut khususnya untuk bidang pelancongan dan perdagangan antarabangsa.

Peranan Bahasa Melayu: Bahasa Pendidikan
Ketiga, dasar bahasa pendidikan Malaysia jelas, iaitu peranan bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama bagi semua sistem pendidikan formal peringkat sekolah rendah kebangsaan, menengah, dan pengajian tinggi. Pengiktirafan ini telah diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961. Selain itu, peranan dan status bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan terutamanya di institusi-institusi pendidikan tinggi swasta mengalami perubahan atau penambahbaikan apabila pihak Parlimen Malaysia meluluskan Akta Pendidikan 1996. Berpaksikan Seksyen 2 dalam Akta 1996, dapat ditafsirkan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa pengantar di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Namun demikian, menurut Seksyen 17 (1) menteri diberi peruntukan kuasa untuk mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sesebuah institusi pendidikan. Peruntukan tersebut secara jelas memastikan bahawa peranan dan status bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah mengalami perubahan yang positif dan dinamik.

Peranan Bahasa Melayu: Bagi Maksud dan Tujuan Tertentu
Peranan bahasa yang keempat adalah amat penting dalam masyarakat apatah lagi dalam masyarakat yang pelbagai bangsa, berbilang agama,dan mengamalkan cara hidup yang berlainan. Bahasa Melayu diyakini berperanan sebagai alat penyatuan kaum, yang menjadi jambatan menghubungkan pelbagai etnik. Kendatipun ada bahasa kebangsaan, tiada sesiapapun yang dilarang daripada menggunakan, belajar, atau mengajar apa-apa bahasa lain. Oleh itu, hal ini tidak menghalang kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil) di Malaysia. Bahkan bahasa Inggeris juga diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Bahkan, di negara-negara liberal yang memperjuangkan hak asasi manusia pun tiada jaminan sebegini seperti yang dilaksanakan di Malaysia.

Kepentingan Bahasa Melayu: Alat Komunikasi
Tidak dapat dinafikan bahawa sarwa manusia amat mengiktiraf kepentingan bahasa sebagai wahana komunikasi antara manusia. Tanpa batasan sempadan, bahasa merupakan alat perantara bagi manusia menyampaikan perasaan atau pemikiran dalam bentuk tulisan, lisan, atau isyarat. Oleh sebab itu, kemahiran berbahasa perlu diusahakan dan bukan hanya berserah kepada teori transformasi generatif semata.

Selain itu, sering kali idea yang sederhana dan kurang bermutu diterima dan diguna pakai kerana dapat disampaikan dengan bahasa yang gramatis serta berkualiti. Sebaliknya, banyak idea yang jitu, bernas, dan tuntas ditolak atau diketepikan begitu sahaja kerana tidak dapat disampaikan dengan menggunakan bahasa yang betul, jelas, dan meyakinkan.

Seterusnya, amat ketara kepentingan bahasa bagi menghasilkan komunikasi berkesan dan keberhasilan proses penitisan ilmu. Oleh sebab itu, perlu diperluaskan penguasaan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa asing. Hal ini akan mempertingkatkan lagi perhubungan dan menambah kualiti komunikasi antara satu sama lain.

Kepentingan Bahasa Melayu: Wahana Penyatuan Bangsa
Berdasarkan fungsi bahasa Melayu sebagai wahana penyatuan bangsa, maka boleh didefinisikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan berupaya menjadi tunjang atau nadi kepada penyatuan masyarakat majmuk di negara ini meskipun wujudnya jurang perpisahan antara pelbagai golongan etnik atau bangsa yang tinggal dalam masyarakat di Malaysia. Tambahan pula, perpisahan sedemikian iaitu secara fizikal telah lama wujud dalam kalangan penduduk di negara ini. Melalui penelitian dan kajian yang terperinci, bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak lima abad yang lalu iaitu zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik. Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin (2007), Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, kebudayaan, dan kesusasteraan.

Kepentingan Bahasa Melayu: Bahasa Lingua Franca
Pada era itu, semua bangsa yang ada hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu telah mengakui akan mustahaknya bahasa Melayu. Dalam kitab Sejarah Melayu ada dijelaskan situasi para pedagang bertungkus lumus mempelajari bahasa Melayu serta menguasainya bagi memudahkan mereka berurusan dengan pemimpin dan masyarakat setempat yang telah lama menggunakan bahasa itu. Dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat rasmi dan dokumen perjanjian turut mempraktikkan bahasa Melayu dengan tulisan jawi. Hal ini membuktikan bahawa bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk pihak British, Portugis, dan Belanda. Munsyi atau guru bahasa Melayu yang akan mengajar mereka sekiranya mereka tidak memahami dan mengerti bahasa ini. Selain itu, dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu telah menggunakan bahasa Melayu dengan tulisan Jawi sebagai medium. Semua ini membuktikan betapa bahasa Melayu pernah mencapai tahap yang tertinggi dan bukan sahaja digunakan di Nusantara bahkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Kepentingan Bahasa Melayu: Simbol Permuafakatan antara Etnik
Selain itu, bahasa Melayu telah diguna sekian lama sebagai bahasa rasmi dan perbualan harian, sebagai bahasa komunikasi, dan persuratan maka telah dipersetujui dan disepakati oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan bagi Persekutuan Malaysia yang merdeka pada tahun 1957. Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan dalam bentuk dokumen tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara sepertimana yang termaktub dalam Perkara 152, para 1 sebagai bahasa bagi Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka.

Kepentingan Bahasa Melayu: Bahasa Pengantar yang Diiktiraf
Sedari itu bahasa Melayu berkembang luas penggunaannya termasuk menjadi bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa rasmi di semua agensi kerajaan termasuk di mahkamah. Lagi terang lagi bersuluh bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan dapat dimanfaatkan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan.
Generasi kini merupakan jentera atau mekanisme yang akan
berperanan membantu pihak kerajaan dalam memajukan
negara sama ada di bidang rohaniah dan fizikal. Sandaran ini
mempunyai asas agar generasi kini dapat menjadi modal insan
yang bukan sahaja memperkuat kehidupan bermasyarakat,
tetapi juga akan dapat menjadi pemangkin dalam meneruskan
keamanan, kemantapan dan kemakmuran negara.
Dari sudut teknologi, Malaysia juga turut berkembang seiring
dengan kemajuan perkembangan teknologi dunia. Malaysia juga
turut berbangga dengan kehadiran sistem telekomunikasi
generasi ketiga (3G), hotspot WiFi dan perkhidmatan talian
pelanggan digital asimetrik Asymmetric Digital Subscriber Line
(ADSL) yang merupakan antara teknologi terkini menembusi
pasaran di sini.
Justeru, generasi muda perlu mensyukuri nikmat limpahan
teknologi Information and Communications Technology (ICT)
yang banyak membantu memudahkan urusan seharian pada
masa kini. Generasi muda juga perlu berani untuk menyerap
perubahan dan berdaya tahan tinggi di dalam mengharungi
cabaran dunia yang serba moden ini.
Pihak kerajaan akan sentiasa membantu golongan-golongan
pemangkin negara ini untuk maju dengan menyediakan pelbagai
infrastruktur moden terutama yang melibatkan ICT. Kerajaan,
menerusi Pelan Jalur Lebar Kebangsaan, mensasarkan kadar
celik Internet meningkat tahun demi tahun. Dengan
memperkenalkan program jalur lebar, usaha ini diharap berbaloi
demi kesejahteraan masyarakat terutama generasi muda. Pelan
tersebut turut mempertingkatkan usaha memperluaskan
kemudahan jalur lebar di kawasan bandar-bandar kecil dan
daerah perkampungan menjelang tahun 2010.
Antara lain, kerajaan turut mengambil
langkah membestarikan semua sekolah
d i s e l u r u h n e g a r a d e n g a n
menyediakan pelbagai kemudahan ke
arah melahirkan sekolah bestari.
Pendedahan awal di sekolah amat
penting agar generasi akan datang
dapat mengharungi cabaran modenisasi yang begitu cepat
berubah. Generasi muda akan menjadi modal insan yang
penting di dalam pembentukan negara kelak.
Justeru, bertepatan dengan keadaan ini, sebagai langkah
menghasilkan tenaga kerja yang berpengetahuan luas bagi
memenuhi standard ICT yang diperlukan, kerajaan turut
mengambil inisiatif dengan menubuhkan Institut Pembangunan
Bakat MSC-ICT.
Ini adalah untuk memastikan budaya ICT dapat membawa
negara ke arena pasaran sumber manusia yang lebih kompetitif
dan berkualiti di samping memiliki ciri-ciri inovatif, kreatif dan
berteraskan pengetahuan tinggi dalam menghadapi permintaan
global yang senantiasa berkembang. Ini secara tidak langsung
membariskan sumber manusia tempatan setanding dengan
kumpulan sumber manusia terbaik dunia.
Apabila modal insan yang bertaraf dunia dapat dihasilkan, maka
akan lahirlah juga syarikat tempatan yang bertaraf
antarabangsa. Syarikat global ini bukan sahaja berupaya
menaikkan ekonomi dan taraf hidup sumber manusia tempatan
malah ia juga mampu menonjolkan nama negara ke persada


Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Semua  rakyat Malaysia sedia maklum dengan penubuhan Jawatankuasa Razak pada tahun 1956, jelas dapat dilihat bahawa wawasan yang ingin dicapai dalam pembentukkan negara berkaitan juga dengan aspek bahasa juga diambil kira. Laporan Razak ini telah menegaskan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara kita. Rancangan ini kemudian telah dikukuhkan lagi oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Jawatankuasa ini telah menjadi asas kepada pembentukan Akta Pendidikan 1961 dan diperteguhkan lagi dalam Akta Pendidikan 1996.
            Peranan atau kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu dapat dilihat apabila bahasa ini dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara kita. Apabila bahasa ini digunakan maka bahasa Melayu dapat mengisi erti pendemokrasian pendidikan kerana sebahagian besar rakyat mendapat ilmu melalui satu bahasa sahaja. Apabila semua orang mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu maka jurang pendidikan dapat dielakkan kerana kita sudah mempunyai sistem pendidikan kebangsaan dan bukan sistem yang memisahkan jurang antara rakyat. Selain daripada itu penggunaan bahasa kebangsaan ini juga dapat mengembangkan ilmu dan memudahkan proses penyampaian ilmu kepada masyrakat menjadi lebih berkesan.
            Kejayaan hasil daripada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu apabila ratusan ribu ahli ilmu, korporat, professional dan tenaga pembangunan negara dalam pelbagai bidang telah berjaya dihasilkan setelah Akta Pendidikan ini diwartakan. Aspek kejayaan sistem pendidikan mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kerana kesatuan sikap, pemikiran. Sistem nilai dalam kalangan generasi muda kita. Selain daripada itu disebabkan juga budaya berbahasa yang secara relatifnya seragam. Kejayaan dan kepentingan semua ini dapat dilihat oleh pihak sekolah yang berperanan mengajar generasi masa kini bahasa Melayu. Melalui bahasa Melayu juga prasangka buruk antara kaum dapat dielakkan.
            Selain daripada kepentingan yang telah disebutkan tadi bahasa Melayu juga amat penting untuk hal ehwal pembinaan negara kita sebagai negara bangsa. Hal ini kerana bahasa Melayu amat penting untuk mengeratkan perhubungan dalam pembinaan konsep kebangsaan dan kenegaraan yang dikenali sebagai Malaysia. Sesungguhnya perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu amat penting untuk menyatukan roh bangsa, asas jati diri dan citra bangsa selain daripada untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. 
Kesalahan bahasa sering dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu sama ada disengajakan atau tidak. Selaras dengan kepesatan perkembangan bahasa Melayu pada zaman ini, amat perlu untuk menyalurkan maklumat tentang penggunaan bahasa Melayu yang gramatis agar bahasa ini dapat diguna pakai sebaiknya dalam segenap aspek kehidupan masyarakat.
Gejala kesalahan bahasa berlaku kerana beberapa faktor. Antara faktor utama kesalahan bahasa ialah pengetahuan yang kurang dalam aspek tatabahasa. Pengguna bahasa kadangkala bersikap tidak mengambil berat penggunaan yang tepat dan betul. Tempoh pembelajaran bahasa selama 11 tahun di peringkat sekolah seolah-olah tidak mencukupi untuk menguasai ilmu bahasa kebangsaan negara Malaysia ini.
Faktor di atas dipengaruhi pula oleh kelaziman penggunaan bahasa yang tidak betul dan apabila ia menjadi kebiasaan dari segi pertuturan dan penulisan ditambah pula dengan sikap ambil mudah media massa menyebarkan maklumat yang kurang tepat dalam penggunaan bahasa, yang salah pun lama-kelamaan akan kelihatan sebagai betul.
Selain itu, kekeliruan juga merupakan puncayang menyebabkan kesalahan bahasa berlaku. Apabila wujud ketidakseragaman dalam sistem ejaan, tatabahasa dan penggunaan perkataan. Pertentangan pendapat ahli bahasa dalam membincangkan aspek-aspek di atas mempengaruhi kepenggunaan bahasa tersebut.
Kesalahan penggunaan bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada pelbagai bentuk. Asraf di dalam bukunya "Kesalahan-Kesalahan dalam Penggunaan Bahasa Melayu" telah membahagikan kesalahan tersebut kepada pelbagai sudut, antaranya dari segi sintaksis, morfologi, semantik dan intonasinya. Semua aspek tersebut penting dalam penggunaan bahasa melayu yang baik.
Masalah yang saya utarakan dalam bahagian ini ialah keegoaan sesetengah orang-orang kita (Melayu) yang berlagak mengunakan bahasa asing sebagai bahasa pengucapan mereka. Mereka berucap pula bukan setakat dalam hal yang melibatkan perbualan seharian malahan dalam pengucapan dalam urusan rasmi. Sedangkan negara kita sudah mengiktirafkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan negara ini. Malah ada orang menjadi tumpuan ramai tidak ada rasa bersalah mengatakan dirinya teras bodoh apabila berucap mengunakan bahasa Melayu. Sedangkan dirinya merupakan anak jati negara ini serta lahir dalam keluarga berbangsa Melayu. 
      Sikap meragui dan mempersoalkan kedaulatan bahasa Melayu sudah lama berlaku di negara Malaysia.  Kini sepatutnya rakyat Malaysia untuk terus berusaha memajukan dan menambahkan istilah dan penggunaan bahasa Melayu. Disamping itu, mendaulatkan bahasa Melayu sehingga bahasa ini menjadi bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa rakyat Malaysia tercapai.
            Namun perkara yang melibatkan kedaulatan bahasa Melayu sudah dilemahkan sangat dikesali. Malahan kebanyakan tokoh-tokoh kita lebih banyak bertutur dalam bahasa Inggeris walaupun dalam majlis rasmi sekalipun. Ternyata tokoh-tokoh dan segelintir rakyat Malaysia tidak mencontohi teladan negara seperti negara Jepun, Itali, Rusia dan Perancis yang mengutamakan bahasa mereka ketika berucap.
            Rakyat Malaysia kelihatan tidak suka mengunakan bahasa Melayu ketika berhubung sesama sendiri. Sudah separuh abad merdeka dan dalam tempoh ini juga rakyat Malaysia dididik berbahasa Melayu masih belum berhasil. Rakyat Malaysia harus memperlengkapkan diri mereka dengan nahu linguistik mereka tentang bahasa Melayu.
            Kesimpulannya, semua harus berfikiran positif dan yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu sebenarnya mampu membicarakan pelbagai bidang ilmu termasuklah bidang sains dan teknologi. Sekiranya rakyat yakin dengan bahasa ini, maka perjuangan menegakkan bahasa Melayu akan berjaya. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan mantap dan kukuh. Bahasa Jiwa Bangsa. Maju Bahasa Maju Negara.
Hari ini saya mengajak pembaca meneliti cabaran bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam dunia pendidikan di negara kita. Hal ini menarik perhatian saya kerana saya mendapati pelbagai pihak yang cuba menpertikaikan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. 
          Masa depan Bahasa Melayu amat cerah pada masa kini. Bahasa Melayu juga mempunyai kedudukan yang terjamin, dari segi penggunaan yang meluas oleh rakyat Malaysia dan perakuan oleh Malaysia. Malahan negara telah berjaya menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa Melayu hasil daripada pelaksanaan  Dasar Pelajaran Kebangsaan. Penuntut di peringkat pengajian tinggi juga telah menerima pendidikan mereka dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kejayaan bahasa Melayu tersebut sudah semestinya melalui cabaran yang getir sebelum mencapai kegemilangan tersebut. Pelbagai usaha dan cara mengatasi yang telah dilakukan untuk memantapkan lagi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bentuk bahasa Melayu telah disempurnakan sehingga berupaya memperkatakan tentang pelbagai bidang yang wujud dalam kehidupan rakyat malaysia. Keupayaan bahasa Melayu ini telah membawa bahasa ini dapat bersaing dan berdiri sama teguh dengan bahasa-bahasa moden yang lain di dunia ini.
            Walaubagaimanapun bahasa Melayu perlu meningkatkan lagi status penggunaannya, iaitu dari segi menimbulkan unsur-unsur  keindahannya. Hal ini kerana bahasa Melayu telah berdepan dengan pelbagai cabaran yang dapat menggugat kedudukannya sebagai bahasa pengantar di peringkat sekolah dan pengajian tinggi. Tambahan pula beban tugas bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan sebagai bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi harus dipikul. Oleh sebab yang demikian, timbul pelbagai perancangan untuk mencapai kejayaan yang telah diharapkan serta menghadapi pelbagai cabaran yang datang. Sekiranya tanpa perancangan yang teliti kejayaan tersebut agak sukar dicapai.
Kedudukan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan sama penting dengan kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pentadbiran. Menurut Awang Sariyan (1996:88) penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan adalah bertujuan untuk memenuhi konsep dan peranan bahasa rasmi juga. Hal ini kerana, intisari Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) di Malaysia bertujuan untuk mewujudkan masyarakat bersatu padu dengan mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. 
Terdapat pihak berpendapat bahawa bahasa Melayu belum cukup maju serta tidak mampu terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Sikap meragui dan mempersoal kedaulatan bahasa Melayu sudah lama berlaku dan sudah tidak seharusnya diperkatakan lagi. Namun perkara yang dikesalkan sejak akhir-akhir ini ialah kedaulatan bahasa Melayu sudah dilemahkan. Kebanyakan tokoh kita lebih banyak bertutur dalam bahasa Inggeris tidak kira dalam acara rasmi atau tidak rasmi. Sedangkan bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa rasmi negara kita.

Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam dunia pendidikan ialah penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan teknologi di Institusu Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), kekurangan buku ilmiah, masalah linguistik dan kekurangan istilah-istilah bahasa Melayu dalam pelbagai bidang.
Hari ini saya mengajak pembaca meneliti cabaran bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam dunia pendidikan di negara kita. Hal ini menarik perhatian saya kerana saya mendapati pelbagai pihak yang cuba menpertikaikan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. 
          Masa depan Bahasa Melayu amat cerah pada masa kini. Bahasa Melayu juga mempunyai kedudukan yang terjamin, dari segi penggunaan yang meluas oleh rakyat Malaysia dan perakuan oleh Malaysia. Malahan negara telah berjaya menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa Melayu hasil daripada pelaksanaan  Dasar Pelajaran Kebangsaan. Penuntut di peringkat pengajian tinggi juga telah menerima pendidikan mereka dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kejayaan bahasa Melayu tersebut sudah semestinya melalui cabaran yang getir sebelum mencapai kegemilangan tersebut. Pelbagai usaha dan cara mengatasi yang telah dilakukan untuk memantapkan lagi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bentuk bahasa Melayu telah disempurnakan sehingga berupaya memperkatakan tentang pelbagai bidang yang wujud dalam kehidupan rakyat malaysia. Keupayaan bahasa Melayu ini telah membawa bahasa ini dapat bersaing dan berdiri sama teguh dengan bahasa-bahasa moden yang lain di dunia ini.
            Walaubagaimanapun bahasa Melayu perlu meningkatkan lagi status penggunaannya, iaitu dari segi menimbulkan unsur-unsur  keindahannya. Hal ini kerana bahasa Melayu telah berdepan dengan pelbagai cabaran yang dapat menggugat kedudukannya sebagai bahasa pengantar di peringkat sekolah dan pengajian tinggi. Tambahan pula beban tugas bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan sebagai bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi harus dipikul. Oleh sebab yang demikian, timbul pelbagai perancangan untuk mencapai kejayaan yang telah diharapkan serta menghadapi pelbagai cabaran yang datang. Sekiranya tanpa perancangan yang teliti kejayaan tersebut agak sukar dicapai.
Kedudukan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan sama penting dengan kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pentadbiran. Menurut Awang Sariyan (1996:88) penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan adalah bertujuan untuk memenuhi konsep dan peranan bahasa rasmi juga. Hal ini kerana, intisari Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) di Malaysia bertujuan untuk mewujudkan masyarakat bersatu padu dengan mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. 
Terdapat pihak berpendapat bahawa bahasa Melayu belum cukup maju serta tidak mampu terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Sikap meragui dan mempersoal kedaulatan bahasa Melayu sudah lama berlaku dan sudah tidak seharusnya diperkatakan lagi. Namun perkara yang dikesalkan sejak akhir-akhir ini ialah kedaulatan bahasa Melayu sudah dilemahkan. Kebanyakan tokoh kita lebih banyak bertutur dalam bahasa Inggeris tidak kira dalam acara rasmi atau tidak rasmi. Sedangkan bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa rasmi negara kita.

Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam dunia pendidikan ialah penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan teknologi di Institusu Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), kekurangan buku ilmiah, masalah linguistik dan kekurangan istilah-istilah bahasa Melayu dalam pelbagai bidang.
Di Malaysia hari ini bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan sepertiperenggan 152 para satu perlembagaan Malaysia, secara tidak langsung telah mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menurut ensiklopedia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, menjelaskan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ialah
peranan bahasa Melayu itu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai
alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti fizik, kimia, kejuruteraan,
perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan, dan agama.

Kertas kerja ini akan membincangkan tentang bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
dengan memberi fokus tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sejauh mana
bahasa Melayu dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dalam konteks sistem pelajaran
hari ini, masalah atau punca yang membataskannya, dan langkah-langkah yang dijalankan
untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu .

Dalam kajian ini pengkaji akan menjelaskan tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bahasayang ekspresif dalam berbagai bidang ilmu, termasuk sains dan teknologi serta peranannyadalam mendukung ilmu dan pemikiran bangsa.

Kajian ini juga seterusnya menjelaskan tentang masalah- masalah yang dihadapi dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, iaitu halangan-halangan yang dihadapi oleh bahasa itu dalam cabaran ledakan maklumat pada masa kini.

Langkah-langkah perlu di ambil untuk menjamin bahawa bahasa Melayu hari ini masih
releven sebagai bahasa ilmu, juga akan dikupas dalam kajian ini. Harapan pengkaji dalamkajian ini agar dapat menyedarkan masyarakat bahawa bahasa Melayu sebenarnya bolehdan seharusnya menjadi bahasa ilmu kerana terbukti bahawa sesuatu bahasa itu tidak pernah menjadi penghalang kemajuan seperti yang berlaku di Korea dan Jepun.



Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Era Global.

Abad ke-21 merupakan abad yang mencabar kesinambungan, kewujudan, dan kegemilangan sesebuah peradaban bangsa-bangsa di dunia. Asakan gelombang globlisasi, liberalisasi dan pengaruh pascamodenisme sering kali dikaitkan dengan kukuh atau lupusnya sesuatu bahasa, tradisi persuratan, dan budayanya. Dalam konteks bahasa dan persuratan melayu, pelbagai cabaran dijangka akan dijangka akan dihadapi dalam konteks nasional mahupun supranasional. Pada abad ini, dari dekat ke dekat, diramalkan 10 peratus bahasa akan mengalami kepupusannya. Dunia yang memiliki kira-kira 6000 bahasa sejak awalnya, kini tinggal 600 bahasa sahaja.

Sejajar dengan tumpuan kepada pembangunan bidang ekonomi, sains dan teknologi, perkara yang berlaku kini ialah wujudnya keserongan persepsi terhadap keperluan bangsa atau cara sesebuah memilih untuk berbahasa. Bahasa Inggeris dianggap sangat penting dan pegangan ini akan memusnahkan kemajuan sesebuah bahasa kebangsaan dimana-mana Negara sekalipun. Kejayaan Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dalam dalam jentera kerajaan dan dasar pendidikan akan tergugat sekiranya tiada langkah yang diambil untuk menyelamatkannya.

Bahasa melayu kini tercabar dari sudut fungsi wahana penyampaian ilmu dan maklumat. Perkembangan segala macam ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang teknologi maklumat, memang menjadikan bahasa sebahagian dalam keperluan itu. Usaha penulisan dan penerbitan buku-buku ilmu, khususnya dalam bidang sains dan teknologi maklumat tidak bergerak sejajar dengan perkembangan ilmu dan pembangunan Negara.

Negara industri seperti Jepun, Korea, Perancis, Jerman dan beberapa buah negara lain telah membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu yang ulung dan mantap. Mereka mempertahankan kewibawaan bahasa mereka sendiri dan menjadikan bahasa mereka sebagai sains dan teknologi, bahasa kepustakaan ilmu serta pengetahuan. Sebaliknya di Malaysia situasi muktahirnya, wujud keraguan terhadap keyakinan tentang keupayaan dan kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi. Situasi masa hadapan akan menjadi lebih parah lagi apabila bahasa Melayu akan hilang fungsinya sebagai bahasa pembinaan tamadun bangsa.

Di Malaysia, bahasa Melayu sudah mencapai martabatnya sebagai bahasa negara akibat keperkasaannya semenjak zaman-berzaman, dari zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka hingga kemerdekaan Malaysia, tetapi adakan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia itu terjamin kedudukannya untuk terus bersaing dalam era ledakan maklumat ini akan dilihat dari peruntukan perlembagaan dan dasar pendidikan Negara.

Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan
Kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan boleh dilihat sebagai elemen peribumi; elemen yang unik dan tidak boleh dimansuhkan melalui proses biasa yakni proses pindaan melalui Parlimen. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu adalah sebahagian daripada perkara yang sering disebut sebagai kontrak sosial yang merangkumi hal-hal yang dipersetujui sewaktu rundingan kemerdekaan dahulu. Elemen peribumi Perlembagaan yang lain ialah sistem beraja, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kedudukan Islam.

Perlembagaan sebagai sebuah dokumen yang berpaksikan demokrasi, ditunjangi oleh prinsip sama rata. Elemen peribumi tersebut adalah pengecualian kepada konsep sama rata ini. Oleh yang demikian elemen tersebut tidak boleh disentuh, apalagi dimansuhkan. Perlembagaan telah menetapkan bahawa peruntukan mengenai bahasa Melayu hanya boleh dipinda dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Peruntukan mengenai bahasa juga sebagaimana peruntukan mengenai kewarganegaraan, adat istiadat Melayu dan Islam tidak boleh digantung, hatta ketika darurat. Selain peruntukan mengenai pindaan, bahasa Melayu semacam mempunyai pertalian dengan institusi beraja kerana Raja-raja mempunyai kuasa budi bicara dalam hal-hal yang berhubung dengan adat Melayu dan pentadbiran istana.
(Perlembagaan Persekutuan,Perkara 159(5) )

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
Perlembagaan tidak menjelaskan maksud “bahasa kebangsaan” . Kamus Dewan mendefinisikan “bahasa kebangsaan” sebagai “bahasa yang diterima oleh ramai penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat yang lain”. “Bahasa rasmi” pula ialah “bahasa pentadbiran kerajaan”. Mungkin lebih tepat jika dilihat dalam konteks kebangsaan yang diterangkan sebagai “ yang berkaitan dengan negara secara keseluruhan” atau sesuatu yang “ dipilih untuk melambangkan keperibadian Negara”.

Makna-makna yang dibincangkan tersebut mungkin penting dalam menentukan keabsahan, ruang lingkup peruntukan yang berkenaan, terutama Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar pendidikan memberikan cara dan kaedah menggunakan sumber-sumber ataupun alat-alat dalam sistem pendidikan. Berdasarkan dasar pendidikan ini, dinyatakan juga penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan terutamanya di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di negara ini dimulakan dengan pengubalan Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak pada tahun 1956. Usul ini diperteguhkan dengan Laporan Jawatankuasa Penyemakan Pelajaran Rahman Talib pada tahun 1960. Bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa ilmu apabila wujudnya Akta Pelajaran 1961. Antaranya menyebut,

“…Dan bahawasanya peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk, khususnya peruntukan bagi perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama.”
-Akta Pelajaran 1961-

Berdasarkan proklamasi di atas, antara matlamat utama pelaksanaan dasar ini termasuklah memperuntukkan undang-undang lebih lanjut berkaitan dengan dasar pendidikan bagi menjamin sebuah sistem pendidikan itu menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Penegasan terpenting dalam proklamasi Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah sistem pendidikan yang mengutamakan Bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai media pengajaran dan pembelajaran bagi semua peringkat pendidikan dan semua institusi pendidikan yang tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan. Ini diperkukukan lagi dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Perkara 17(1) yang menyatakan, “ Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan…”.

Ini bermakna, semua mata pelajaran Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Melayu. Tahun 1993 mengegarkan hati dan perasaan pendukung bahasa Melayu apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahadir Mohamad dilaporkan menyarankan penggunaan bahasa Inggeris bagi subjek sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi di Malaysia (Awang Sariyan,2002). Ia dilihat sebagai jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah lemah penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar.

Malah pada tahun 2003, pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik pada peringkat rendah dan menengah dimulakan. Seharusnya ia perlu menerima pandangan dan rujukan nasihat oleh Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan seperti mana yang terkandung dalam perkara 10(1), 11(1), dan 11(2) Akta pendidikan 1996 (Akta 550), walaupun mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak sebelum ini. Nampaknya, tindakan ini bertentangan dan melanggar Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Berdasarkan penjelasan di atas dapat dinyatakan bahawa bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan setanding dengan bahasa-bahasa yang lain dari segi kesediaan menerima maklumat atau pun sebagai bahasa ilmu dan ianya telah dijamin kukuhnya disisi Perlembagaan Negara serta Dasar Pendidikan Negara. Mengapa bahasa Melayu dirasakan sebagai penghalang atau tidak sesuai untuk dijadikan bahasa ilmu ? Adakah wujudnya kelemahan-kelemahan dalam bahasa Melayu itu sendiri yang menjadi penghalang? Pengkaji seterusnya mengkaji tentang ciri-ciri bahasa Melayu, untuk mengenal pasti dan menjelaskan bahawa bahasa Melayu itu mampu menjadi bahasa wahana ilmu.

Ciri-ciri Bahasa ilmu
Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi merupakan tradisi yang lebih singkat jika dibandingkan penggunaannya dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. Penggunaannya dalam bidang sains hanya bermula sejak subjek Sains diajar dalam bahasa Melayu di sekolah dan di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Bahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkap ilmu dan memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Menurut Nik Safiah Karim (1986:14) yang memetik pendapat Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi iaitu bahasa terhad dan bahasa terbina. Untuk maksud penulisan ilmu, variasi bahasa terbina inilah yang menjadi asasnya. Oleh sebab itu, sesuatu bahasa tidak mungkin dapat disampaikan dalam bahasa basahan atau digunakan dalam situasi yang tidak formal. Untuk menguasai bahasa terbina yang menjadi asas bahasa ilmu, pengguna bahasa Melayu perlu menguasai ragam bahasa dan juga laras bahasa.
Abdullah Hassan (1986: 95) pula menyatakan bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu dianggap sebagai superlek yang harus mempunyai ciri-ciri gramatis, halus, jitu, intelektual, dan elitis. Dalam konteks melihat kemampuan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu, Abdullah Hassan (1997: 38) menyarankan permisahan antara bahasa Melayu ilmu dan bahasa Melayu umum dilakukan.

Untuk menjelaskan ciri khusus sesuatu bahasa ilmiah, Awang Sariyan (1996: 259-261) menggariskan sepuluh ciri berdasarkan lima belas ciri yang dikemukakan oleh Johannes (kongres, 1978). Ciri-ciri khusus bahasa ilmiah seperti berikut:

Tingkat bahasa rasmi, bahasa ilmiah tergolong dalam bahasa rasmi iaitu bahasa yang mematuhi rumus-rumus bahasa. Oleh itu, bahasa tulisan ilmiah mestilah bahasa baku, tidak terdapat kesalahan tatabahasa dan tidak menggunakan bahasa basahan.

Nada formal dan objektif, bahasa ilmiah mestilah bersifat formal. Setiap fakta atau hujah mesti dikemukakan dengan sempurna, iaitu menggunakan bahasa yang teratur dan jelas. Tulisan juga mestilah bersifat objektif., iaitu berdasarkan fakta dan hasil kajian. Oleh itu kata atau ungkapan seperti pada umumnya, barangkali, agaknya tidak sesuai digunakan. Sebaliknya ungkapan seperti berdasarkan analisis data, berdasarkan kajian, dan seumpamanya digunakan.

Sudut Pandangan Orang Ketiga, untuk mewujudkan keobjektifan penulisan, sudut pandangan orang ketiga disarankan penggunaannya menggantikan sudut pandangan orang pertama (diri penulis). Oleh itu ungkapan seperti ‘Berdasarkan kajian saya, saya dapati bahawa…’ dinyatakan sebagai ‘Berdasarkan kajian, penyelidik didapati bahawa…’ . Hal ini penting kerana dapat mengelakkan hubungan atau penglibatan peribadi diri penulis.

Ragam Pasif, Bagi mengelakkan penglibatan diri penulis, ragam pasif boleh digunakan. Ini disebabkan dalam struktur pasif, penekanan diberikan kepada objek ayat bukannya subjek pelaku.Ragam pasif yang paling sesuai untuk maksud ini ialah ragam pasif neutral, iaitu ragam pasif yang menggugurkan pelaku. Contohnya: Data yang digunakan dalam kajian ini…dan sebagainya.

Istilah Khusus, laras bahasa ilmiah ditandai oleh istilah dan lambang khusus mengikut bidang tertentu. Setiap istilah perlu ditakrifkan. Selain itu pemilihan kata amat dititikberatkan dalam tulisan ilmiah.

Wacana Pemaparan, dalam penulisan ada empat jenis wacana yang biasa digunakan, iaitu pemaparan, perbincangan, pelukisan, dan penceritaan. Dalam tulisan ilmiah, jenis wacana pemaparan mendapat tempat yang utama. Jenis-jenis yang lain digunakan sebagai pelengkap.

Nada Bersahaja, tulisan ilmiah perlu dihindari ungkapan yang keterlaluan, berlebihan dan emosional. Oleh itu, ungkapan seperti amat malang, amat mendukacitakan, sayangnya, malang sekali dan seumpamanya tidak harus digunakan dalam tulisan ilmiah.

Kata Membazir, dalam tulisan ilmiah, kata yang digunakan mestilah tepat dan sesuai. Oleh itu, kata membazir tidak diperlukan kerana kata-kata seperti itu tidak berfungsi dan menjelaskan makna. Tulisan ilmiah tidak memerlukan ‘hiasan’ .

Ayat Majmuk, tulisan ilmiah sering ditandai oleh penggunaan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan. Ayat jenis ini sesuai sekali digunakan dalam tulisan ilmiah kerana tulisan ilmiah biasanya mengungkapkan hal-hal yang abstrak dan kompleks.

Bantuan Ilustrasi, tulisan ilmiah seringkali dimuatkan dengan jadual, rajah, gambar, peta, dan sebagainya. Ini bererti bahawa dalam tulisan ilmiah, adakalanya huraian menggunakan bahasa sahaja tidak cukup tetapi perlu dibantu oleh penggunaan ilustrasi.

Berdasarkan penerangan ciri-ciri bahasa ilmiah di atas jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri yang baik sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya. Oleh yang demikian tiada sebab bahasa Melayu menjadi penghalang kemajuan atau tidak sesuai sebagai bahasa ilmu. Justeru dengan itu pengkaji menjelaskan tentang halangan-halangan atau masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.


Masalah-masalah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Perubahan dasar pendidikan Negara iaitu tentang bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik meninggalkan kesan yang amat buruk ke atas bahasa Melayu. Dalam sekelip mata, dasar tersebut membawa mesej tentang ketidakupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekali gus meminggirkannya. Pencarian istilah yang baru akan terbantut ini akan menyebabkan bahasa Melayu ketandusan istilah ilmu.

Pendidikan diperingkat sekolah mendapat tempias yang besar kerana kurikulum yang berubah-ubah antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, tiada tindakan yang dapat diambil terhadap mereka yang mengutamakan bahasa Inggeris, justeru dengan itu akta bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Guru yang mengajar bahasa Melayu didapati kurang berketerampilan dalam pengajaran bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah. Kemahiran berkomunikasi dan penulisan tidak diberikan penekanan secara bersungguh-sungguh, buktinya masih kurang penerbitkan buku-buku berunsur ilmiah yang diterbitkan dikalangan guru.

Hakikat bahawa dalam penggunaan bahasa harian rakyat Malaysia, sama ada di sektor swasta ataupun di beberapa jabatan kerajaan, terdapat sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan. Surat-menyurat mula ditulis dalam bahasa lain contohnya perjanjian jual beli kebanyakanya tidak dibuat dalam bahasa Kebangsaan dan seringkali terdapat kekeliruan dan maklumat yang berbeza dan ia mencetuskan banyak masalah sejak kebelakangan ini.
Ketiadaan badan yang khusus yang benar-benar berkuasa, dengan kuasa undang-undang, untuk memantau dan membimbing penggunaan bahasa Melayu supaya baik, betul, dan indah. Dewan Bahasa dan Pustaka hanya boleh memberi nasihat sahaja tetapi tidak diberikan kuasa undang-undang,maka usaha ke arah ini kurang berkesan.

Tenaga pengajar institusi pengajian tinggi awam ketika ini seolah-olah berlumba-lumba untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran kursus dalam bidang yang mampu disampaikan dengan baik dalam bahasa kebangsaan, seperti kursus ekomoni, pengurusan perniagaan, undang-undang, pendidikan dan veterinar. Bahasa Melayu seperti tidak layak untuk menjadi pengantar ilmu. Arbak Othman, Dewan Bahasa (2006: 27-29)

Wujudnya golongan bangsa Malaysia yang terlalu bangga dengan bahasa asing. Penggunaan bahasa Melayu kurang dipraktikan serta lebih mudah mencampuradukkan dengan bahasa asing, ini terpapar dalam rancangan berbentuk perbincangan politik dan juga ekonomi. Kesannya seolah-olah bahasa Melayu itu ketandusan idea dan gagal dalam penyampaian ilmu.

Rakyat belum dapat menerima bahasa Melayu dengan sepenuhnya dan hal ini ada kaitan juga dengan penerbitan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu yang masih tidak mencukupi serta kurang memberi fokus yang tepat tentang sesuatu perkara atau bidang di peringkat asas dan juga peringkat lanjutan. Pelajar di institusi pengajian tinggi masih menggunakan buku-buku dalam bahasa Inggeris sebagai bahan rujukan utama. Budaya menulis dan menerbitkan buku ilmiah dalam kalangan ahli akademik (kecuali bidang kebahasaan), masih rendah kerana mereka lebih berminat menulis jurnal dengan tujuan kenaikan pangkat dan bukannya menyebarkan ilmu dalam bahasa Melayu.

Setelah dikenalpasti tentang masalah yang dialami oleh bahasa melayu sebagai bahasa ilmu, tumpuan dialih pula kepada cara-cara untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu.


Langkah-langkah Mengembalikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Keberanian beberapa perwakilan dalam Pehimpunan Agung Tahunan UMNO pada 5 hingga 9 November, amat menarik perhatian pengkaji tentang kegusaran mereka tentang masa depan bahasa Melayu, dengan lantang mereka mendesak kerajaan mengembalikan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Ia sesuai dengan statusnya sebagai bahasa negara dan bagi “mengangkasakan” tamadun bangsa, selaras dengan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Keputusannya Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan sepenuhnya penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran tersebut dalam UPSR 2008. Adalah diharapkan agar kerajaan mengubah semula keputusan yang dibuat agar bahasa Melayu terus hidup dan sebagai bahasa ilmu.


Pihak perancang kurikulum seharusnya membuat kajian yang mendalam sebelum melakukan perubahan, ini dapat dilihat dalam merangka kurikulum khususnya pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, sewaktu itu kita mengalami masalah kekurangan guru bahasa Inggeris yang agak serius. Bila ia diaksanakan guru yang sedia-ada diberi kursus yang ringkas dan berdepan dengan berbagai masalah walaupun diberi pelbagai modul pengajaran.

Guru-guru yang mengajar bahasa Melayu hendaklah digalakkan memberi sumbangan ilmiah dan diberi pengiktirafan serta mendapat ‘markah bonus’ dalam penilaian kenaikan pangkat ini akan mendorong penghasilan bahan ilmiah dikalangan guru.

Memberikan kuasa mengambil tindakan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar dapat bertindak kepada pesalah-pesalah bahasa yang selama ini sering mempersoalkan kuasa DBP dari segi undang-undang. Langkah memberikan kuasa kepada DBP hendaklah disertai penjelasan yang rapi agar semua pihak bersetuju untuk menerimanya.

Penerbitan buku juga dapat membantu menyelesaikan masalah ketandusan ilmu. Usaha ini akan mempercepatkan proses percambahan ilmu dalam sesuatu bidang dalam bahasa Melayu. Akan tetapi penterjemahan karya asing dalam bahasa Melayu sangat diharapkan.

Pihak pendukung ilmu di institusi pengajian tinggi awam seharusnya berkeyakinan penuh terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini telah terbukti dengan kemampuan bangsa Malaysia mengarap ilmu hingga tahap yang tertinggi walaupun asasnya menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantara ilmu.

Penghasilan cakera padat mengenai panduan Bahasa Isyarat Malaysia yang diterjemahkan dari bahasa asing amat dialukan, ini kerana terdapat 4000 pelajar yang sedang bersekolah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dapat membantu golongan ini serta masyarakat berkomunikasi dengan lebih mudah. Abdullah Yusof, DBP,(2006:48-51) .


Kesimpulan

Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya hingga menjadi lingua frangca dan bahasa ilmu sewaktu pada suatu ketika dahulu, kerana sifat keterbukaan yang ada padanya iaitu mudah menerima pengaruh bahasa asing. Para sarjana barat berasa kagum dan mempelajarinya, buktinya terdapat sumbangan yang dihasilkan oleh sarjana Belanda dan British.

Bahasa Melayu telah mengalami tiga tahap perkembangan iaitu pemupukan, pembinaan dan pemantapan bahasa. Perkara 152 Perlembagaan negara telah menjamin dan mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seterusnya menjadikan bahasa ilmu. Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai peneguhnya iaitu memberi halatuju kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara.

Dalam kajian ini juga telah dihuraikan tentang fungsi iaitu ciri-ciri yang terdapat dalam bahasa Melayu itu yang menjadikan ianya sebagai bahasa wahana ilmu kerana kemantapan yang ada pada memudahkan ia menyerap pelbagai budaya ilmu.

Seterusnya dihuraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu iaitu perubahan dasar pendidikan negara, masalah perubahan kurikulum, guru yang kurang proaktif, sektor swasta yang kurang menggunakan bahasa Melayu, ketiadaan penguatkuasa undang-undang, tenaga pengajar IPTA yang mengagungkan bahasa Inggeris, wujudnya golongan tidak yakin dengan bahasa Melayu, dan kekurangan penerbitan bahan ilmiah.
Langkah-langkah untuk mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga dibincangkan iaitu desakan kepada kerajaan oleh pewakilan UMNO menampakkan sedikit hasil, perancangan kurikulum, memberi ganjaran kepada guru yang memberi sumbangan ilmu, Memberi kuasa penguatkuasaan dan pendakwaan kepada DBP, perbanyakan penerbitan dan penterjemahan karya asing, pendukung ilmu IPTA seharusnya yakin dengan kemampuan bahasa Melayu, dan penghasilan cakera padat panduan bahasa isyarat Malaysia satu sumbangan ilmu.

Sebagai rumusannya pengkaji berpendapat bahawa bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya, mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai bahasa ilmu. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya dan bukan berasa sangsi hingga sanggup menganaktirikan bahasa sendiri, ini telah terbukti yang mana Korea, dan Jepun disertai oleh China yang sangat mendaulatkan bahasanya mampu menjadi gergasi ekonomi dunia. Terbukti bahawa sesuatu bahasa tidak pernah menjadi penghalang kemajuan. Oleh yang demikian bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.


Rujukan

Ismail Hussein (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Asal-usul bahasa
Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 1-6.

Yahya Don (2007). Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur:PTS Professional,
Hlm 70-71.

Nik Safiah Karim (2006). Kuasa DBP Mengembalikan Upaya Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa, hlm 10-13.

Zaitul Azmz Zainon Hamzah (2006). Membudayakan Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa, hlm 14-19.

Abdul Aziz Bari (2006). Menangani Masalah, Bahasa Kebangsaan Melalui Pemahaman
Perlembagaan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa, hlm 6-9.

A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan Cabaran Global. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa, hlm 26-29.

http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata.

No comments: