Thursday 15 November 2012

Kebaikan Internet

Ada individu begitu seronok apabila disebut internet,ada juga yang mencebik. Hakikatnya, dalam apa bidang sekalipun,  pasti ada pro dan kontranya. Begitulah juga halnya dengan internet.
Kita bicarakan dahulu kebaikannya :

  • Internet merupakan saluran maklumat yang paling mutakhir,pelbagai ilmu dapat digarap dan dikongsikan dengan cepat,mudah dan murah.
  • Peningkatan jumlah pengguna internet telah mewujudkan banyak peluang perniagaan yangberasaskan teknologi komputer.Antaranya ialah e;dagang, kafe siber, multimedia, online shoping dan sebagainya.
  • Teleperubatan iaitu amalan perubatan dengan menggunakan komunikasi audio, visual dan data.Doktor-doktor pakar luar negara dapat berhubung terus  dan bekerjasama untuk meningkatkan kualiti perubatan.
  • Internet mengendalikan aktiviti perbankan dan pasaran dengan lebih cekap.
  • Pembelajaran e-learning sangat memudahkan untuk seseorang yang ingin menyambung pelajaran separuh masa. Kebanyakan universiti telah melaksanakannya, di mana pelajar  berkomunikasi dengan pensyarah melalui alam maya sahaja.


No comments: