Wednesday 17 April 2013

Konsep dan Kesalahan Tatabahasa

Dalam kekalutan menyiapkan pelbagai tugasan PJJ, rutin sekolah dan sebagainya. Terpanggil rasa berkongsi esei mengenai morfologi. Harap-harap dapat memberikan idea . Sharing is Caring.


1.0  Pengenalan
Bahasa apa pun jua, samada lisan mahupun tulisan adalah alat untuk menyampaikan maksud, fikiran, ilmu, berita, dan lain-lain dalam hubungan antara manusia.Bahasa sebagai anugerah Tuhan kepada manusia menurut Kenneth L.Pike mempunyai ciri-ciri khas dalam tatabahasanya dan tetap berubah dari masa ke semasa.Sekiranya tidak berubah dan berkembang dengan tuntutan zamannya, maka bahasa itu pasti akan berkubur seperti halnya dengan bahasa Sanskerta,Greek, dan lain-lain lagi.
Bidang tatabahasa adalah salah satu bidang yang paling rumit dalam bahasa Melayu.Penghasilan sebuah tatabahasa pegangan merupakan satu daripada usaha menghasilkan bahasa standard dengan sistem pengekodan yang sesuai untuk memungkinkan bahasa itu berfungsi dengan baik.Nik Safiah Karim,Farid M.Onn,Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood.(1986) , ahli bahasa dari tiga buah universiti bertanggungjawab mengusahakan buku Tatabahasa Dewan Cetakan Pertama yang bertujuan menyediakan satu huraian terhadap bahasa Melayu yang dapat digunakan sebagai sumber rujukan oleh semua penutur bahasa Melayu.

2.0       Huraian  konsep tatabahasa
Tatabahasa merupakan satu daripada aspek bahasa yang penting yang perlu dikuasai oleh seseorang untuk membolehkannya menguasai bahasa yang dipelajari dengan cekap dan berkesan.
2.1.      Definisi
Perkataan tatabahasa seperti yang digunakan oleh ahli bahasa Melayu moden seperti  Asmah Hj. Omar (1968,1972), Asyraf(1974) Nik Safiah Karim dan Zaharah Buang (1970) adalah sama seperti yang dimaksudkan oleh ahli-ahli tatabahasa tradisional yang menyebutnya sebagai nahu .Menurut Kamarudin Hj Husin(1986), tatabahasa merupakan satu   bidang yang menerangkan peraturan penggabungan kata-kata untuk menimbulkan bunyi dan ayat dengan menggunakan formula dan peraturan-peraturan tertentu.  Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis.

2.2                   Morfologi
      Nik Safiah Karim (1996) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama. Kesimpulannya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.
Text Box: Contoh :beli – pembelian
Text Box: Perubahan Struktur KataText Box: MORFOLOGI
Text Box: Contoh :capai – pencapaianText Box: Perubahan Golongan Kata 
Text Box: Contoh :kuda – kuda-kuda
Text Box: Perubahan Maksud  Kata 
            Rajah 1.1 : Huraian tentang morfologi mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan
2.2.1    Pembentukan Kata
Dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya baju, tidur dan bunga. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah menyanyi dan tertidur. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah kereta api dan lampu isyarat. Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah budak – budak dan comel – comel.


2.2.2    Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran dan sisipan. Imbuhan – imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
Abdullah Hassan (2004) : Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbaagai golongan, kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif.
2.2.3    Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu
Penggandaan penuh  ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar.Contoh: ikan-ikan ,kawan-kawan, kedai-kedai
Penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata dasar sahaja. Contoh: lelangit, bebola, kekuda
Penggandaan Berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.Contoh: kuih-muih, compang-camping, hingar-bingar
2.2.4    Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Sebagai contoh, tali dan pinggang masing-masing mempunyai makna tersendiri, tetapi apabila dirangkaikan membentuk kata majmuk tali pinggang. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

2.2.5    Penggolongan kata
            Penggolongan kata merupakan penjenisan kata berasaskan fungsi tatabahasa.Dalam bahasa Melayu , terdapat empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja,kata adjektif dan kata tugas.Contoh:
Kata nama
pokok, kucing, rumah,kakak
Kata kerja
tidur, menangis, berdoa, terpijak
Kata adjektif
merah, sayang, baik, tinggi
Kata tugas
di, kerana, bukan, ialah



2.3       Definisi sintaksis
Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz . 2008).  
2.3.1    Ayat
            Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Binaan sintaksis pula merujuk kepada binaan yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai binaan ataupun konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et.al,  2006). Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).  Hasil dari binaan perkataan, frasa. klausa, ialah satu ayat.
2.3.2   Struktur Binaan Subjek dan Predikat
Subjek
Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.
Predikat
Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

Contoh:
Subjek
Predikat
1. Encik Qayyum
2. Abang tiriku
3. Pegawai polis itu
guru besar di sekolah baru itu.
sedang tidur di bilik sebelah.
amat cekap.
Ayat di atas boleh juga disongsangkan  dengan melakukan pendepanan predikat dan meletakkan subjek di belakang.
Subjek
Predikat
4. Guru besar di sekolah baru itu
5. Sedang tidur di bilik sebelah
6. Amat cekap
 Encik Qayyum.
abang tiriku.
pegawai polis itu.
2.3.3    Frasa
  • Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
  • Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
  • Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS
  • Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.
2.3.4    Ragam  Ayat
Ayat boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut pola-pola yang .Terdapat dua  jenis ragam dalam ayat. Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif.  Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asas sebagai judul. 
Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul. Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan.
Contoh:
1.  Amar membeli bola itu. (ayat aktif)
2. Bola itu dibeli oleh Amar. (ayat pasif)
2.3.5    Jenis Ayat
Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis;
i)   Ayat penyata
ii)  Ayat tanya
iii) Ayat perintah
iv) Ayat seruan

a) Ayat Penyata
Ayat  yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan.Contoh: Saya sudah memiliki kereta baru. Kereta itu kereta Exora.
b) Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh wujud dengan kata tanya atau tanpa kata tanya.Contoh: Mengapa kamu menangis?.  Kamu sakit?
c) Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, anda, engkau dan sebagainya.Contoh: Silalah masuk. Janganlah malu-malu.
d) Ayat Seruan
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah,takut,gembira,sedih dan sebagainya. Contoh kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, aduh dan sebagainya. Menurut Abdullah Hassan (2005), ayat seruan lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan sedih, suka, gembira, duka , terkejut, marah, hairan dan lain-lain.Contoh:Wah, tingginya menara itu! , Nah, ini kadnya!

1.0              Analisis kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid di dalam bilik darjah
Analisis kesilapan dalam pengajaran  pembelajaran bahasa amat penting kerana ia dapat digunakan untuk mengenal pasti aspek-aspek kelemahan murid dalam penguasaan bahasa agar dapat diusahakan strategi dan kaedah yang sesuai bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Mengikut Bell (1981),kesalahan dimaksudkan kepada penggunaan bentuk-bentuk bahasa yang tidak sesuai dengan konteks sosial yang telah ditentukan oleh masyarakat penutur.
Secara umumnya, kesalahan-kesalahan penggunaan tatabahasa yang dilakukan oleh murid dapat dibahagikan kepada beberapa aspek seperti ejaan, tanda baca, fonologi,intonasi, morfologi, sintaksis, dan semantik.
3.1       Kesalahan ejaan
Flowchart: Alternate Process: memasukki  sepatutnya  memasuki 
menaikki sepatutnya menaiki

i.  Kata berakhiran (–i) : Kesalahan penggunaan akhiran –ki bagi menggantikan akhiran –i pada kata dasar yang berakhir dengan huruf k.Contohnya:

           
           
ii.  Kata berakhiran (-an): Kesalahan ejaan terjadi apabila akhiran –kan digunakan pada kata nama terbitan yang kata dasarnya berakhir dengan huruf k.Contohnya:
Flowchart: Alternate Process: pendekkan  sepatutnya  kependekan 
berserakkan sepatutnya berserakan

 


                                                                                                   
        
 iii.  Awalan pinjaman: Kesalahan ejaan berlaku apabila awalan pinjaman seperti pra-, dwi- pro-, dan anti- dieja terpisah daripada kata dasar atau dengan sempang.Contohnya:
Flowchart: Alternate Process: pra sekolah    atau   pra-sekolah   sepatutnya  prasekolah 
dwi bahasa    atau  dwi-bahasa  sepatutnya dwibahasa
pro kerajaan atau   pro-kerajaan             sepatutnya prokerajaan
anti sosial     atau   anti-sosial  sepatutnya antisosial
 




                  
         


 iv.  Kesalahan tidak merangkaikan awalan pinjaman dengan kata dasar yang bermula dengan huruf besar bagi kata nama khas dengan tanda sempang. Contohnya:
Flowchart: Alternate Process: Pro Mahathir  sepatutnya  pro-Mahathir
Anti Jepun sepatutnya anti-Jepun

                  






3.2       Kesalahan pengimbuhan
            Tidak mengetahui bentuk sesuatu kata yang betul dan tepat oleh pengimbuhan.
i.                    Kesalahan penggunaan awalan meN- Contohnya:
Flowchart: Alternate Process: mempastikan (X)   memastikan  ( / ) 
mengenepikan (X)   mengetepikan ( / )
 





ii.                  Tidak  mengetahui perubahan makna sesuatu kata oleh pengimbuhan.Contohnya :
Flowchart: Alternate Process: Kakak mengambil bapa sepingan nasi (X)    
Kakak mengambilkan bapa sepinggan nasi. . ( / )
Sampah -sarap mengotorkan kawasan di belakang gerai (X)
Sampah- sarap mengotori kawasan di belakang gerai. ( / )
                  








iii.                Menggunakan imbuhan yang salah.Contoh :

Ayah merasa marah.         ( X )                 Ayah berasa marah                 ( / )
3.3       Kesalahan penggandaan
      i.    menjamakkan kata ganda yang membawa makna jamak. Contoh:
Flowchart: Alternate Process: Rerumput-rerumput yang panjang itu ditebas oleh abang ( X ) 
Rerumput  yang panjang itu ditebas oleh abang.  ( / )
Beberapa banyak rerambut bertaburan di lantai itu. ( X )
Rerambut bertaburan di lantai itu.    ( / )   
Kakak mengambilkan bapa sepinggan nasi. . ( / )
Sampah -sarap mengotorkan kawasan di belakang gerai (X)
Sampah- sarap mengotori kawasan di belakang gerai. ( / )
 





    



ii    tidak meletakkan tanda sempang bagi kata ganda kerana keliru antara kata ganda dengan  kata majmuk. Contoh :

Flowchart: Alternate Process: rumput rampai (X)  rumput-rampai ( / ) 
koyak rabak  (X)  koyak-rabak  ( / ) 


 

                                                                                                                                    









3.4    Kesalahan kata tugas
    
 3.4.1  Kata hubung
Flowchart: Alternate Process: Adik menangis bila dimarahi oleh abang.              ( X )
Adik menangis apabila dimarahi oleh abang .             ( / ) 
Musa tidak hadir bekerja sebab sakit.             ( X ) 
Musa tidak hadir bekerja kerana sakit.                                 ( / )

            i.  Perkataan daripada golongan kata yang lain digunakan sebagai kata hubung.Contoh:
                                                                                                                                    
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        

     
     




              ii.  Menggunakan dua kata hubung serentak. Contoh :
Flowchart: Alternate Process: Ibu sanggup berkorban demi untuk anak-anaknya.             ( X )
 Ibu sanggup berkorban demi anak-anaknya                        ( / ) 
Penyakit itu perlu dirawat agar supaya cepat sembuh.       ( X ) 
Penyakit itu perlu dirawat agar  cepat sembuh.                  ( / )
Penyakit itu perlu dirawat supaya cepat sembuh.               ( / )
               











3.4.2  Kata sendi
      i.  Kata sendi daripada digunakan pada tempat dari. Contoh :

Flowchart: Alternate Process:  Ani berasal daripada Ipoh      (X)         
 Ani berasal dari Ipoh              ( / ) 
Kami menunggu bas daripada pukul tiga.  ( X )
Kami menunggu bas daripada pukul tiga.  ( / )
   


                     







            





   ii.  Kata sendi dari digunakanpada tempat daripada. Contoh :
Flowchart: Alternate Process:  Surat itu dari datuk.         ( X )         
Surat itu daripada datuk.                    ( / ) 
Roti ini dibuat dari gandum   ( X )
Roti ini dibuat daripada gandum  ( / )
 









3.5       Kesalahan binaan ayat
   Ayat aktif

   Ayat pasif
   Salah
Betul
Saya membeli van itu daripada Dali.
Van itu saya membeli daripada Dali.
Van  itu saya beli daripada Dali.
Murid-murid mesti menjawab semua soalan itu.
Semua soalan itu mesti murid-murid menjawab.
Semua soalan itu mesti murid-murid jawab.
Kamu mestilah menyiapkan kerja itu hari ini.
Kerja itu mesti kamu menyiapkan hari ini.
Kerja itu mesti kamu siapkan hari ini.
i. Kesalahan tidak menggugurkan imbuhan meN-


ii.Kesalahan menyisipkan kata lain antara pelaku dengan kata kerja pasif. Contoh :

   Salah
   Betul
Buku itu saya telah baca.
Buku itu telah saya baca.
Buku itu saya tidak baca.
Buku itu tidak saya baca.
Kerja itu kamu mesti siapkan hari ini.                                                                                         
Kerja itu mesti kamu  siapkan 
hari ini.




2.0              Rumusan

Pada dasarnya tatabahasa adalah meliputi hal-ehwal perkataan (morfologi) dan hal-ehwal penggunaan serta susunan perkataan untuk membina rangkai-rangkai kata dan ayat
( sintaksis ).Ayat merupakan unsur atau  unit tatabahasa yang paling tinggi kerana semua unsur lain terdapat didalamnya. Aktiviti  menganalisis kesalahan memerlukan pengetahuan yang mendalam tentang selok-belok bahasa yang diajarkan, kalau tidak, bukan sahaja kesalahan murid tidak dapat dikenal pasti malah berkemungkinan guru sendiri melakukan kesalahan.Oleh itu, untuk menjadi penganalisis kesalahan bukanlah perkara yang mudah,seorang guru bahasa mestilah cekap dan berupaya memperbetulkan kesalahan yang telah dikesan dilakukan oleh murid-murid.Tambahan pula, matlamat pengajaran pembelajaran bahasa Melayu adalah untuk memartabatkan bahasa yang mantap dan murni.

         















BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan (2004). Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan (2005). Linguistik Am.Bentong: PTS Profesional
Asmah Hj.Omar (1986)   Nahu Melayu Mutakhir.  Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.   
Kamarudin Hj.  Husin (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa.Subang Jaya:  Penerbitan Sarjana
Kementerian Pendidikan Malaysia (1993).Buku Panduan Khas,Bahasa Malaysia: Tahun Dua.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Ra’in Shaari et.al (2011).Modul KRB 3033 Penghantar Bahasa Melayu.Tanjung   Malim:Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz   (2008).  Bahasa Melayu IIPetaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd.