ASAH MINDA ANDA

Kalau cekap cuba jawab.


1 Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _______________.
A buta hati
B buta huruf
C buta kayu
D buta gaji
2 Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap ___________________ .
A anak buah
B anak emas
C anak tunggal
D anak bongsu

3 Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik ___________________.
A otak cair
B otak udang
C mulut murai
D mulut tempayan

4 Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum pergi ke sekolah.
A alas perut
B ikat perut
C perut busuk
D perut kosong

5 Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah mendirikan rumah tangga.
A anak tut
B anak tiri
C anak bini
D anak

6 Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.
A langkah kanan
B langkah bendul
C langkah seribu
D langkah kiri

7 Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
A geli hati
B makan hati
C cekal hati
D isi hati
8 Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom Heboh.
A harga diri
B harga mati
C tanda mata
D tanda harga

9 Yoke Lan ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.
A pekak badak
B lepas tangan
C makan hati
D tidur mati

10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
A banyak mulut
B berat sebelah
C angkat kaki
D lepas tangan

No comments: