PERUMPAMAAN

Maksud  perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata 'bagai', 'ibarat', 'laksana', 'seperti', dan 'umpama'


Contoh Perumpamaan dimulai dengan kata 'bagai'


  1.  bagai aur dengan tebing - tolong menolong antara satu sama lain
  2.  bagai bunyi cempedak jatuh - bunyi jatuh yang kuat
  3.  bagai bulan dipagari bintang - kecantikan gadis yang tiada bandingannya
  4.  bagai dihiris dengan sembilu - perasaan yang sangat sedih
  5.  bagai duri dalam daging -sesuatu hal yang tidak menyenangkan
  6.  bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing  - hanya mementingkan       diri sendiri     
  7.  bagai itik pulang petang - berjalan lambat sekali
  8.  bagai isi dengan kuku - persahabatan yang sangat erat
  9.  bagai kacang melupakan kulit - orang yang tidak tahu mengenang budi
  10.  bagai kumbang putus tali - amat cepat ; terlepas daripada sengsara
  11.  bagai melepaskan batuk di tangga - membuat sesuatu kerja sambil lewa sahaja
  12.  bagai menatang minyak yang penuh - mendidik anak dengan penuh kasih sayang   
  13.  bagai mencencang air - membuat pekerjaan yang sia-sia
  14.  bagai murai tercabut ekor - seseorang yang becok mulutnya
  15.  bagai si kudung mendapat cincin - orang yang tidak dapat merasai nikmat; menggunakan kemudahan yang diperoleh
  16.  bagai pinang dibelah dua - pasangan yang sama padan dan sama cantik
  17.  bagai tikus membaiki labu - merosakkan lagi barang yang dibaikinya  

Contoh perumpamaan dimulai dengan perkataan 'seperti'


  1. Seperti abu di atas tunggul/ Seperti telur di hujung tanduk    =kedudukan tidak tetap  atau     tidakterjamin
  2. Seperti anak ayam kehilangan ibu  =berpecah dan hilang tempat bergantung
  3. Seperti anjing dengan kucing   =adik-beradik yang suka bergaduh
  4. Seperti anjing dengan bayang-bayang   =orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada
  5. Seperti api dalam sekam   =dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi
  6. Seperti ayam berak kapur   =muka pucat dan tidak bermaya
  7. Seperti bertih digoreng   =bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti
  8. Seperti cacing kepanasan   =tidak diam atau tenang; selalu gelisah
  9. Seperti embun di hujung rumput   =kasih sayang yang tidak berkekalan
  10. Seperti gergaji dua mata/ Seperti talam dua muka   =seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak
  11. Seperti harimau menyembunyikan kukunya =menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya
  12. Seperti hujan jatuh ke pasir/ Seperti mencurahkan air ke daun keladi   =memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan
  13. Seperti katak di bawah tempurung   =orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar
  14. Seperti kera kena belacan   =tidak suka duduk diam
  15. Seperti kera mendapat bunga   =seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
  16. Seperti kerbau dicucuk hidung   =seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa
  17. Seperti langit dengan bumi   =perbezaan yang amat ketara
  18. Seperti mengajar itik berenang   =mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita
  19. Seperti pahat dengan penukul   =orang yang hanya bekerja apabila diperintah
  20. Seperti pungguk rindu akan bulan  =mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh
  21. Seperti rusa masuk ke kampung   =berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di tempat yang baru
  22. Seperti tikus jatuh di beras   =memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka
  23. Seperti ular kena palu   =jalan atau barisan yang bengkang-bengkok

        
                        

No comments: