Saturday 28 December 2013

OBESITI DI KALANGAN PELAJAR

1.0    Pengenalan
     Kesihatan yang baik tidak dapat dijual beli.Apabila sihat, sudah pasti kita berpeluang melakukan aktiviti harian dengan sempurna dan kehidupan lebih bermakna.Kesihatan dan penampilan merupakan aspek yang sering dikaitkan dengan berat badan seseorang. Badan yang sihat dengan penampilan yang menarik akan membuatkan seseorang merasa lebih yakin bila berhadapan dengan masyarakat. Kegemukan atau berat badan berlebihan dianggap sebagai isu yang memberi kesan ke atas kesihatan dan penampilan seseorang. (Kementerian Kesihatan, 1998) dalam Modul Pencegahan Obesiti.
Senario terkini ,kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak adalah masalah yang kian meningkat di Malaysia.Menurut  statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO) pada tahun 2005 mencatatkan 27% atau setiap satu dari empat rakyat Malaysia dilaporkan mempunyai masalah berat badan yang berlebihan. Kajian syarikat maklumat pasaran TNS Asia panel tidak lama dahulu mendapati bahawa Malaysia mempunyai peratusan rakyat dengan berat berlebihan dan masalah obesiti tertinggi berbanding negara lain di Asia (Utusan Malaysia Online, 2007). Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara Asia Pasifik. Maklumat ini berdasarkan laporan Dewan Rakyat 2011.
.           Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga (2006) menunjukkan prevalens berlebihan berat badan telah meningkat kepada 29.1% berbanding 16.6% manakala prevalens obesiti meningkat kepada 14.0% berbanding 4.4% pada tahun 1996.Di Malaysia , peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur antara tujuh hingga sepuluh tahun menunjukkan peratusan yang membimbangkan iaitu daripada 6.6 peratus kepada 13.8 peratus.Keadaan ini lebih kritikal apabila mereka meningkat dewasa.Modul Pencegahan Obesiti,(2011)

   2.0     Definisi obesiti
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), obesiti bermaksud kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan..Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers,2004).Obesiti didefinisikan sebagai kelebihan tisu lemak dalam badan yang menyebabkan kesan sampingan terhadap parameter metabolik, tahap kesihatan jangka panjang dan pendek dan kesan psikologi. Obesiti juga ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang berlakunya pengumpulan atau penyimpanan lemak yang berlebihan dalam badan.
.Seseorang individu boleh dikategorikan sebagai obesiti sekiranya peratus lemak di dalam badan melebihi 25 peratus bagi lelaki dan 35 peratus bagi wanita  (Clinical Practice Guidelines on Management of Obesity,2004)
Seseorang boleh dikatakan obes apabila indeks jisim badan(BMI)melebihi kadar 40/35. Berat badannya melebihi 30% drpd julat normal bg tinggi bdn, jantina dan umurnya. Terdapat cara untuk periksa bahawa kita di tahap mana, overweight, normal dan underweight. Rujuk cara pengiraannya seperti di bawah.
BMI = Berat Badan (kg)
          Tinggi X Tinggi (m2)
Interpretasi BMI
 



Formula  BMI = ( Berat dalam Kilograms / ( ketinggian dalam Meter x ketinggian dalam Meter) )
Bawah            18.5    =          Kurang           Berat
18.5    -           24.9    =          Normal
25        –          29.9    =          Berat   berlebihan(gemuk)

30        –          34.9    =          Obesiti kelas 1
35        -           39.9    =          Obesiti kelas 2
       > 40         -                       =          Obesiti kelas 3
Sumber WHO (1998) : Klasifikasi berat badan dengan BMI
Kanak-kanak dan remaja
Kanak-kanak dan remaja boleh dikategorikan sebagai berlebihan berat badan
atau obes berdasarkan Piawai Pertumbuhan BMI WHO 2007 bagi kanak-kanak
dan remaja (5 hingga 19 tahun) seperti berikut:
Jadual 1.1: Tafsiran BMI Kanak-Kanak dan Remaja mengikut
rujukan WHO
Sasaran
Petunjuk
Kanak-kanak dan remaja
(5 hingga 19 tahun)
Ø  +1 SD   Berlebihan berat badan
Ø  +2 SD   Obesiti

Secar
Secara tradisinya, kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak didefinisikan sebagai kelebihan berat badan  relatif kepada ketinggian.
         
Ukuran Lilitan Pinggang

Ukuran lilitan pinggang berkait rapat dengan kandungan lemak pada bahagian
abdomen (tengah badan) yang juga dikenali sebagai lemak viseral tubuh. Ukuran
lilitan pinggang yang tinggi merupakan salah satu faktor risiko kepada diabetes jenis 2 dan penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung koronari, serangan jantung (penyakit jantung iskemik), tekanan darah tinggi dan beberapa penyakit lain.Individu dewasa yang mempunyai ukuran lilitan pinggang yang lebih daripada 90 cm (35 inci) bagi lelaki dan lebih daripada  80 cm (32 inci) bagi wanita adalah berisiko untuk mendapat penyakit di atas (WHO /IASO /IOTF, 2000)     Sumber : Modul Pencegahan Obesiti (2011)
Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang.Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit nutrisi dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan.Apa yang lebih menakutkan, obesiti boleh menganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang kritikal.Selain daripada kegiatan fizikal dan sosial terhad , jangka hayat penghidap obesiti dibimbangi  juga semakin pendek. Secara tradisinya, kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak didefinisikan sebagai kelebihan berat badan relatif kepada ketinggian.

3.0   Statistik obesiti di kalangan kanak-kanak  Malaysia

      Hasil kajian oleh sekumpulan penyelidik dari university Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi kajian bertajuk ‘ Prevalence of obesity among children’ (2008) menunjukkan peningkatan kadar obesiti sehingga 30 peratus di kalangan kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun, berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Berdasarkan Kajian Keutamaan Nutrisi dalam Rancangan Malaysia ke 10 (RMK-10)mendapati kadar kegemukan kanak-kanak meningkat daripada 6.6 peratus kepada 13.6 peratus.Kajian juga menunjukkan 25 daripada 100 pelajar di negara ini dibimbangi akan mengalami masalah kegemukan pada tahun 2020.Ia berdasarkan trend peningkatan 1% kes obesiti pelajar setiap tahun.Satu kajian di Kuala Lumpur membabitkan 5, 995 kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga 10 tahun mendapati murid lelaki mengalami peratusan berat paling tinggi iaitu 9.7 peratus berbanding 7.1 peratus murid perempuan..
Prevalens berlebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja semakin meningkat dengan mendadak di seluruh dunia (WHO, 1998). Kajian oleh Bong & Safurah (1996) melaporkan 8% kanak-kanak sekolah rendah adalah berlebihan berat badan.
Kajian di kalangan kanak-kanak 6 - 12 tahun di Malaysia menunjukkan peningkatan masalah berlebihan berat badan daripada 11.0% kepada 12.8% dan obesiti daripada 9.7% kepada 13.7%, masing-masing pada tahun 2002 dan 2008 (Ismail et al., 2003 ,2009)
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III (2006) pula mendapati di kalangan kanak-kanak 6-12 tahun prevalens berlebihan berat badan/obesiti adalah 22.4% manakala di kalangan remaja 13-17 tahun prevalens berlebihan berat badan / obesity adalah 21.4%. 


4.0     Penyebab Obesiti
Kegemukan dan obesiti mempunyai kaitan dengan cara pemakanan. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini, menunjukkan bahawa seorang daripada 4 orang kanak-kanak di negara ini adalah gemuk ataupun obesiti. Manakala seorang daripada 3 orang remaja adalah berat badan yang berlebihan, dan seorang daripada 6 orang ialah obes. Kajian tersebut dijalankan pada tahun 2002 dan tahun 2008. Penemuan kajian tersebut menunjukkan peningkatan yang ketara dalam bilangan kegemukan dan obesiti dalam kalangan pelajar sekolah. Kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun juga menunjukkan peratus kegemukan dan obesiti.
Statistik yang membimbangkan ini, jika dibiarkan, akan menyebabkan negara ini menuju ke arah negara gemuk. Kegemukan dan obesiti ialah penyebab utama kepada penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, penyakit darah tinggi dan sebagainya. Ini juga akan meningkatkan kos perubatan untuk rakyat Malaysia.

      4.1      Amalan pemakanan tidak sihat
Amalan makan makanan yang mengandungi lebih tenaga berbanding yang digunakan merupakan antara faktor utama obesiti (Denise Walker,2006). Berat badan akan bertambah apabila seseorang makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan . Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak. Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu. Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.Semakin pesat sesebuah negara, semakin banyak kemudahan yang disediakan. Segalanya berada di hujung jari. Kebanyakan ibu bapa selalu menggunakan makanan sebagai tanda kasih dan sayang. Tapi kalau mereka betul-betul sayangkan anak , janganlah masak atau belikan anak-anak makanan yang menggemukkan sepanjang masa. Kasihanilah mereka kerana yang susah nanti mereka juga.Selain itu, makanan segera sewenang-wenangnya boleh dipesan dan dihantar terus ke rumah.Restoran makanan segera yang boleh didapati dengan mudah mendorong anak-anak untuk mengunjunginya.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Shafie Ooyub pengambilan minuman berkarbonat dan makanan segera yang berlebihan menjadi antara penyumbang kepada masalah obesiti.
   4.2        Faktor genetik
Peranan faktor genetik atau keturunan dalam mempengaruhi status berat         telah menjadi satu penemuan penting dalam kajian obesiti. Walau bagaimanapun,pengaruh genetik dan kaitannya dengan berat badan masih sukar untuk dijelaskan. Faktor keturunan juga mempengaruhi rupa bentuk badan seseorang.Penyelidikan yang dibuat di Amerika Syarikat membuktikan bahawa anak-anak dari keturunan ibu bapa yang bertubuh normal mempunyai 10% peluang menjadi gemuk.Peluang itu akan bertambah menjadi 40-50% jika salah seorang daripada ibu bapa mengalami masalah berat badan.dan akan meningkat menjadi          70-80% jika      kedua-duanya          menghidap    obesiti.
Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, beberapa kes kecacatan genetik di kenal pasti sebagai punca 'hyperphagia' (makan berlebihan) dan obesiti yang bermula dari     usia    kanak-kanak.  Kecacatan genetik merangkumi sindrom obesiti seperti sindrom Lawrence Moon Biedl, sindrom  Prader Willi, sindrom trisomi 21, sindrom       Wiedemann  Beckwith        dan     lain-lain. Faktor    kecacatan genetik yang menyebabkan obesiti biasanya disebabkan perubahan atau mutasi kepada beberapa gen seperti gen leptin dan perubahan pada keronsong gen leptin. Kesan genetik kepada kejadian obesiti umumnya lebih banyak dipengaruhi oleh faktor bukan genetik seperti amalan pemakanan dan kurang aktiviti fizikal. Faktor keturunan ini, walau bagaimanapun sering dijadikan alasan kepada kejadian obesiti dan alasan untuk tidak melakukan sebarang tindakan untuk mengatasinya.

     4.3     Cara hidup tidak aktif
Kebanyakan populasi dunia termasuk di Malaysia mengamalkan cara hidup yang
sedentari (Poh et al. 2008) berpunca daripada pembangunan yang pesat dan peningkatan penggunaan peralatan yang mengehadkan penggunaan tenaga manusia.Kurang aktiviti fizikal atau cara hidup sedentari boleh didefinisikan sebagai    pergerakan anggota badan yang minima yang bersamaan dengan kadar metabolisme rehat. Tingkah laku seperti duduk dan tidur dengan lama, menggunakan lif berbanding tangga, memandu berbanding berjalan kaki menyumbang kepada penggunaan tenaga yang minimum dan menyumbang kepada masalah obesiti.Teknologi masa kini menyebabkan pergerakan yang minimum diperlukan untuk melakukan sesuatu kerja dan meminimumkan penggunaan tenaga. Persekitaran masa kini yang semakin sibuk menyebabkan kekangan masa untuk bersukan dan kenaikan kos hidup menyebabkan persekitaran dan kemudahan yang tidak mencukupi untuk bersukan atau  berekreasi dan seterusnya menggalakkan kehidupan sedentari. Ianya juga merujuk kepada amalan tingkah laku fizikal yang pasif seperti menonton televisyen, membaca, menggunakan komputer, berbual melalui telefon, memandu kereta, bermeditasi dan makan.

Masa kini, teknologi canggih menjadikan kanak-kanak menghabiskan masa di hadapan televisyen dan bermain games.Kanak-kanak mesti dipaksakan membebaskan diri mereka daripada teknologi multi media dan dipaksa turun beriadah atau bersenam.


         4.4      Ketidak seimbangan tenaga
Imbangan tenaga adalah keadaan di mana tenaga yang diambil dalam bentuk makanan/minuman adalah seimbang dengan tenaga yang digunakan oleh tubuh, iaitu tenaga untuk proses metabolisme asas dan aktiviti fizikal. Dalam keadaan pengambilan tenaga adalah sama/ seimbang dengan penggunaan tenaga tidak berlaku penambahan berat badan.Seseorang dikatakan mempunyai imbangan tenaga positif apabila tenaga yang diambil melalui makanan melebihi daripada tenaga yang digunakan oleh tubuh.Tenaga yang berlebihan tersebut tidak digunakan dan akan ditukarkan kepada bentuk lemak dan disimpan dalam tisu adipos di bawah kulit. Pertambahan lemak ini akan menyebabkan peningkatan berat badan individu. Peningkatan berat badan adalah petunjuk kepada imbangan tenaga positif. Imbangan tenaga positif perlu semasa ibu hamil, kerana tenaga berlebihan ini diperlukan bagi menampung pertumbuhan janin. Pada peringkat bayi, kanak-kanak dan remaja juga perlu imbangan tenaga positif untuk proses tumbesaran. Bagi orang dewasa, imbangan positif dalam jangka masa berpanjangan boleh menyebabkan berat badan bertambah. Imbangan negatif pula terjadi apabila pengambilan makanan adalah kurang daripada tenaga yang digunakan seharian. Dalam keadaan ini tenaga yang diperlukan untuk aktiviti seharian akan diambil dari simpanan lemak tubuh. Penggunaan lemak tubuh ini menyebabkan penyusutan lemak tubuh dan seterusnya penurunan berat badan individu tersebut.


4.5    Faktor Psikososial

Faktor psikososial (seperti tekanan perasaan, rendah keyakinan diri, diskriminasi
pekerjaan dan beberapa bentuk stigma sosial) merupakan faktor yang perlu diambil kira di dalam pencegahan obesiti kerana berbanding faktor genetik. Faktor psikososial merupakan faktor yang boleh diubah. Faktor psikososial dipengaruhi oleh aspek psikologi individu dan ianya dipelajari melalui pelbagai pengalaman hidup.
 Rasa lapar dan selera
Rasa lapar adalah maklum balas psikologi kepada keperluan mengambil makanan yang dihasilkan oleh rangsangan otak. Ianya boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti saiz dan komposisi hidangan yang diambil sebelumnya, corak pengambilan makanan individu, status fizikal dan mental individu. Faktor psikologi seperti bau serta interaksi persekitaran amat mempengaruhi pengambilan makanan individu. Individu yang mengehadkan pengambilan makanan pada setiap hidangan akan merasa kelaparan yang lebih tinggi untuk beberapa hari tetapi ianya semakin lama akan semakin hilang dari hari ke hari. Pada peringkat tertentu, kelaparan tidak terkawal akan menyebabkan pengambilan makanan berlebihan melebihi kekurangan kalori yang dihadapi. Kapasiti perut juga boleh beradaptasi kepada kuantiti yang lebih besar sehinggakan kuantiti hidangan biasa tidak lagi menyebabkan rasa kenyang.
Selera juga boleh menyebabkan individu mula mengambil makanan walaupun tanpa rasa lapar. Tidak seperti kelaparan, selera adalah merupakan sesuatu yang dipelajari daripada pengalaman. Selera meningkatkan kelaparan dan individu boleh berselera tanpa rasa lapar. Salah satu contoh adalah dari pemerhatian dan bau makanan, selera boleh meningkat dan seterusnya menggalakkan individu menikmati hidangan atau menambah saiz makanan. Bau dan penglihatan boleh meningkatkan lagi selera walaupun pada masa tersebut kelaparan individu tersebut telah diatasi. Pemilihan makanan juga mempengaruhi rasa kenyang. Sesetengah makanan menyebabkan rasa kenyang yang berpanjangan berbanding makanan yang lain. Secara umumnya makanan serat yang tinggi mengekalkan rasa kenyang yang   lebih berpanjangan berbanding nutrien yang lain.

4.6     Faktor personaliti dan kognitif

Personaliti juga menyumbang kepada tingkah laku pengawalan berat badan iaitu individu yang tidak percaya kepada keupayaan diri dalam mengawal berat badan akan berhadapan dengan masalah tersebut. Kawalan diri dan keupayaan individu menguruskan hidup juga mempengaruhi tingkah laku pengawalan berat badan. Sesetengah individu mengambil makanan sebagai salah satu cara mengurangkan tekanan dan menenangkan diri. Masalah lain seperti makan dengan terlalu banyak juga berkaitan dengan masalah personaliti seperti kemurungan, tekanan dan lain-lain yang jelas menunjukkan ianya berkaitan dengan pengambilan makanan.

    4.7     Metabolisme rendah
             Kadar metabolisme yang rendah akan mengakibatkan tenaga yang masuk ke dalam tubuh lambat menjadi glikogen menyebabkab menjadi lemak.Mereka yang mengalami masalah obesiti mempunyai metabolisme yang rendah kerana mereka tidak bersenam atau mengamalkan diet yang seimbang.Ini sekali gus mendedahkan mereka untuk mengalami masalah obesiti yang lebih serius.

4.8       Masalah penyakit
           Sebilangan kecil kanak-kanak menjadi obes disebabkan penyakit lain seperti;
Ø  Hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid)
Ø  Human growth hormone deficiency (kekurangan hormon pertumbuhan)
Ø  Cushing's syndrome' atau jangkitan, trauma atau ketumbuhan di 'hypothalamus'

5.0         Implikasi obesiti
             Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak sebenarnya mendedahkan mereka bukan hanya melibatkan kesihatan fizikal badan, malahan turut memberi kesan kepada psikologi dan kesihatan mental.

5.1      Masalah Kesihatan Fizikal
Berat badan berlebihan dikaitkan dengan risiko yang tinggi jika mengalami masalah perubatan seperti seperti serangan pelbagai penyakit kronik yang boleh menyebabkan kematian awal.
·         Masalah serangan penyakit jantung koronari
·         Penyakit darah tinggi/hipertensi
·         Paras kolesterol yang tinggi
·         Penyakit kencing manis/ Diabetes Mellitus
·         Masalah pernafasan ( asma) serta masalah tidur (sleep apnea syndrome)
·         Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis, gout dan kesakitan tulang pinggul
·         Bertambah gemuk apabila semakin dewasa
·         Masalah batu dalam pundi hempedu (gall bladder)

5.2            Kesihatan Mental dan Psikologi
            Kesihatan mental yang disebutkan bukanlah mengaitkan obesiti dengan penyakit "gila" atau masalah otak tetapi lebih kepada kesan kepada emosi individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti hasil interaksi sosial. Obesiti kalangan kanak-kanak khususnya berusia bawah tujuh tahun mungkin kelihatan comel.  Namun apabila mereka mula memasuki alam persekolahan, ia boleh memberikan kesan negatif kepada pertumbuhan sosial mereka apabila diejek rakan sekelas.  Malah anak juga mungkin kurang ceria dan tidak bersemangat mengikuti pelbagai aktiviti di sekolah lantaran selalu diejek. Boleh dikatakan di mana sahaja seseorang kanak-kanak  yang "besar" badannya bersekolah, pasti ada yang mendiskriminasi atau mengejek. Ini mungkin akan meninggalkan kesan psikologi kepada kanak-kanak tersebut, menyebabkan tahap keyakinan dirinya semakin rendah.
Kesan diskriminasi pada usia muda ini akan dibawa sehingga mereka dewasa dan mungkin membawa kepada masalah hidup yang menjejaskan tahap kepuasan hidup individu yang berbadan besar
.

6.0       Langkah-langkah pengurusan berat badan
Lebih 155 juta kanak-kanak sekolah mengalami masalah berlebihan berat badan dan mereka ini diramalkan generasi pertama yang mempunyai jangka hayat yang lebih pendek berbanding ibu bapa mereka. Ianya jelas menunjukkan suatu tindakan yang komprehensif perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini. (IASO,2009).Anak-anak  adalah tanggungjawab ibu bapa, bukan pihak ketiga seperti guru, pengasuh, mahupun orang gaji. Oleh yang demikian ibu bapa yang betul-betul sayangkan anak mereka, mestilah mengambil  berat  dan mengawal berat  badan anak-anak bagi mencegah obesiti.
Menyedari peningkatan masalah berlebihan berat badan dan obesiti di kalangan rakyat Malaysia, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pelbagai organisasi berusaha untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan dan kawalan obesiti melalui pengupayaan pertubuhan-pertubuhan.


     6.1     Peranan Ibu bapa
                  Penjagaan pemakanan anak-anak patut dimulakan sejak bayi.  Penyelidikan telah menunjukkan kebanyakan golongan dewasa yang obes bermula daripada bayi yang mempunyai berat badan berlebihan. Memulakan makanan pejal yang berkarbohidrat tinggi pada usia terlalu awal dan juga minuman yang mempunyai kandungan gula seperti jus memberi kesan pada berat            bayi. Ibu bapa juga sepatutnya menjadi model kepada anak-anak mereka dalam memupuk cara pemakanan yang sihat. Kanak-kanak patut didedah kepada cara pemakanan serta gaya hidup yang sihat sejak usia muda. 
§  Amalan Makan  Secara      Sihat
a)         Pastikan anak-anak mengambil sarapan setiap pagi. Kanak-kanak yang  tidak bersarapan ibarat meneruskan puasa sepanjang malam dan tidak mendapat zat makanan diperlukan untuk memulakan aktiviti harian.

b)         Jangan makan terlalu banyak waktu malam. Ini kerana kita sering berehat bersama keluarga selepas itu dan tidak melakukan aktiviti lasak menyebabkan badan tidak berpeluang menggunakan kalori yang dihasilkan       daripada        pencernaan  makanan            itu.

c)         Pastikan makanan seimbang daripada pelbagai jenis dan sumber.  Penjagaan pemakanan tidak bermaksud mengehadkan pemakanan kanak-kanak. Makanan berkhasiat diperlukan untuk meningkatkan keupayaan fizikal dan mental mereka untuk belajar (seperti membina kemahiran bertutur dan menguatkan daya ingatan).
d)         Jangan kerana sayangkan anak,  segala pilihan makanan diserahkan kepada   mereka. Jangan takut untuk berkata “tidak”. Mungkin perasaan kasihan timbul dalam diri tetapi percayalah ia akan menjadi kebiasaan. Lambat laun mereka akan faham dengan keadaan tersebut.

e)         Tanya anak setiap hari apa yang mereka makan di sekolah. Jika makanan ringan ada dalam senarai mereka, pujuk dan gunakan pendekatan psikologi dengan mengatakan ia tidak sihat untuk badan.

f)          Proses pengurangan berat badan bukan berlaku sekelip mata tetapi memerlukan masa dan dorongan keluarga. Jangan sekali-kali mengurangkan makanan kanak-kanak tetapi berikan makanan lebih sihat seperti sayuran dan buahan.

g)         Pujian akan menambah sikap positif kanak-kanak dan ini memudahkan lagi  proses pengurangan berat badan. Oleh itu, seringlah memuji mereka.

h)        Ubah sedikit demi sedikit menu makanan harian di rumah. Pastikan makanan yang dipilih berserat tinggi dan kandungan lemaknya rendah Jangan sesekali anda mengasingkan menu anak yang obes. Pastikan menu yang dimakan adalah sama dengan ahli keluarga yang lain sebagai tanda sokongan dan mengelakkan mereka rasa disisihkan

§  Tingkatkan Aktiviti Fizikal

Di zaman cyber dan teknologi canggih ini, amatlah penting untuk ‘mengerah’ anak anak  untuk keluar rumah dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti fizikal di luar rumah seperti bersukan, bermain dengan jiran dan lain-lain lagi. Jangka masa yang sesuai adalah sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari. Kawal masa untuk PS3, wii dan telefon bimbit. Kawal waktu dan penggunaan alat permainan elektronik dan telefon bimbit kerana kedua-duanya penggalak sikap malas.
Pastikan seluruh keluarga menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari. Ia bukan sahaja menyihatkan malah mereka pasti gembira melakukannya bersama-sama Pastikan anak anda aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. 

 Selain itu, hadkan aktiviti sedentari dengan:

Hadkan aktiviti sedentari kepada 2 jam dalam sehari. Contohnya menggunakan komputer, menonton televisyen, duduk atau berbaring kecuali waktu tidur.
Selalu mencuba untuk melakukan aktiviti mudah seperti regangan, bangun tubi semasa menonton televisyen atau menggunakan komputer.

Peningkatan aktiviti fizikal adalah penting bagi mencegah peningkatan berat  badan dan obesiti.
                                                                           Sumber : Modul Pencegahan Obesiti   (2011)


             6.2    Peranan Agensi Kerajaan dan Sekolah
            Kementerian kesihatan dan Kementerian Pelajaran telah mengambil    langkah untuk menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Kantin Sekolah Sihat yang meliputi larangan menjual minuman berkarbonat berjenama dan minuman bertenaga di kantin atau mesin layan diri di sekolah. Usaha ini dianggap sebagai langkah untuk menggalakkan pemakanan berkhasiat dalam kalangan pelajar. .
Selain daripada  minuman berkarbonat, makanan yang tidak berkhasiat seperti keropok yang mengandungi garam yang tinggi, gula-gula serta makanan ringan yang kurang sihat juga patut dilarang dijual dalam kawasan sekolah. Selain itu, minuman jus atau minuman isotonik mungkin dianggap sebagai pilihan yang lebih sihat, tetapi produk tersebut juga mempunyai kandungan gula yang tinggi. Minuman tersebut juga patut dilarang dijual dalam kawasan sekolah.

Selain di dalam kawasan sekolah, kawasan di luar sekolah juga patut dipantau bagi mengelakkan wujudnya penjaja yang menjual makanan ringan yang tidak berkhasiat seperti ais krim. Kebanyakan penjaja ini merupakan penjaja yang tidak berlesen yang mempunyai cara penyimpanan makanan yang baik.  Garis panduan yang disediakan itu juga perlu merangkumi juga buffer zone, iaitu  kawasan luar sekolah dalam jarak yang tertentu dilarang menjual
berkhasiat. Pihak sekolah juga patut bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memantau penjual makanan ringan tersebut. 
Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan agar setiap murid dapat menikmati manfaat bersukan bagi melahirkan insan yang sihat dan cergas. Justeru, pelbagai aktiviti sukan telah diperkenalkan bagi menarik minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam bidang sukan. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan dimulakan            di            peringkat       sekolah.
Laporan oleh Unites States Health and Human Service (2001) menyatakan bahawa sekolah adalah lokasi utama strategi pencegahan dan penurunan kewujudan sindrom kegemukan dan obesiti di kalangan pelajar. Sekolah menyediakan pelbagai peluang untuk pelajar melibatkan
diri dalam aktiviti fizikal, mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat / baik serta mengukuhkan kefahaman berkaitan diet sihat dan faedah aktiviti fizikal. Guru sebagai role model disarankan untuk meningkatkan kesedaran diri mengenai kepentingan nutrisi yang baik dan sihat serta
gaya hidup yang aktif demi kesejahteraan hidup; bersama ibu bapa dan masyarakat untuk menekankan kepentingan program dan polisi aktiviti fizikal dan nutrisi yang dikendalikan oleh pihak sekolah; menekankan kepentingan penerimaan saiz badan dan amalan kawalan berat badan yang tidak sihat dan meningkatkan sensitiviti guru untuk menangani masalah         yang   dihadapi        oleh    pelajar            gemuk.
Guru sebagai role model perlu menampilkan diri sebagai individu yang mempunyai bentuk badan yang ideal di kaca mata pelajar dan mampu mempengaruhi serta mengubah sikap di samping memotivasikan pelajar ke arah yang lebih positif. Ke arah itu, guru perlu mengamalkan diet yang seimbang dan penglibatan dalam aktiviti fizikal yang baik supaya imej diri mereka dapat diperbaiki dan dikekalkan dan mampu berfungsi dengan lebih            baik.








   7.0     Penutup
            Keluarga adalah pendorong utama kanak-kanak berubah kepada gaya   hidup lebih sihat. Bermula daripada pemakanan sehinggalah aktiviti yang dilakukan. Bukan mudah untuk melakukan perubahan jadi lakukan ia secara berperingkat bagi mengelakkan anak-anak berasa tertekan. Masalah obesiti perlu diatasi dengan segera agar golongan remaja khususnya dapat berfungsi dengan lebih baik ke arah pembentukan masyarakat yang seimbang dan dinamik ke arah pencapaian semua matlamat wawasan 2020.Program-program intervensi perlu dibentuk dengan mengambil kira semua faktor yang berkaitan supaya eipdemik obesiti dapat dikurangkan atau dibendung seperti amalan pemakanan yang baik, gaya hidup yang sihat serta sikap dan tingkahlaku yang positif. Pemantauan berterusan ke atas golongan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah obesiti perlu diteruskan supaya berat badan ideal dapat dikekalkan dan tingkahlaku yang sihat dapat dikekalkan. Sokongan dari semua pihak amat diperlukan supaya hasrat untuk mengurangkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah.
Di samping itu, maklumat mengenai pemakanan yang seimbang, informasi mengenai sumbangan aktiviti fizikal dalam mengekalkan berat badan dan pengekalan tahap kesihatan serta amalan tingkahlaku yang baik dan positif dapat membantu pihak kerajaan membendung masalah obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja yang kritikal di Malaysia ketika ini.






       
    8.0   Bibliografi

Denise walker (2006) Makanan, Darah dan Tulang . Institut Terjemahan   Negara   Malaysia Berhad : Kuala Lumpur
 Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (2011).Modul Program Promosi Kesihatan :Pencegahan Obesiti
Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah (2007). Kawal kegemukan cara mudah dan murah. Utusan Malaysia Online.

 Yu Kin Len ( 2011) Pupuk Cara Pemakanan Sihat di Sekolah di laman web :  http://www.konsumerkini.net.my