Saturday 11 April 2015

RPH Bahasa Melayu Tahun 5 KSSR



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KSSR)
(KEMAHIRAN LISAN)

Tarikh /Hari       : 25.03. 2015
Hari                  :  Rabu
Tahun               : 5 Satria
Bil Murid           : 26 orang
Masa                : 9.00 – 10.00 pagi
Mata Pelajaran  : Bahasa Malaysia
Tema                : Kesihatan dan kebersihan
Tajuk                : Panduan Minum Susu Kotak

STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN

1.3 Mendengar , memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul

1.33 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan menyampaikan pelbagai pesanan mengikut urutan

                 Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
i.              menyampaikan pesanan dengan betul mengikut urutan berdasarkan bahan yang didengar daripada video
ii.            menyampaikan pesanan yang betul mengikut urutan berdasarkan kad yang diberi.

Sistem Bahasa

            Tatabahasa : Sintaksis – ayat tunggal  dan ayat majmuk
            Kosa kata     : bakteria, luput, memudaratkan, tertera,

Pengisian Kurikulum

         Ilmu                               : Muzik,kesihatan
         Nilai Murni                    : Kebersihan , prihatin, taat
         Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Belajar melalui TMK
         Kreativtii : Pergerakan kreatif - Imaginasi dan visualisasi

Kemahiran Bernilai Tambah
         KB: Menyusun mengikut urutan
         KP: Verbal linguistik, Intrapersonal, muzik dan kinestatik

Bahan bantu mengajar


Jenis
1
Komputer riba
2
LCD
3
Video /Lirik lagu :  Susu Oh Susu
4
Poster
5
Lembaran kerja
6
Kad tugasan
7
Slaid power point ( gambar )

Penilaian P&P : Murid dapat menyampaikan pesanan yang betul mengikut urutan    tentang bahan yang didengar daripada  rakaman suara

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mempunyai pengalaman minum susu1Malaysia

ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN

Video lagu dan lirik
‘Susu’

Set induksi ( 5minit )

1 Murid menonton video lagu ‘Susu’
 sambil   menyanyi bersama-sama.
2.Murid bersoal jawab tentang lirik lagu
3.Murid diberitahu tentang tajuk pelajaran


KB:Menjana idea
BCB:Menonton dengan aktif

BBB: video

         Lirik lagu
Lampiran 1

Poster:

Kebaikan susu
1malaysia


Langkah 1 ( 10 minit )
Lihat dan ceritakan

1. Murid melihat poster yang ditunjukkan dengan  teliti.
2. Murid menceritakan kebaikan minum susu.berdasarkan poster

KB; menjana idea
KP; Interpersonal
BBB: Poster

Lampiran 2



Panduan minum susu kotak (PS1M)

Langkah 2 (20 minit )
Mendengar dan menyebut pesanan

1. Murid dibahagikan kepada 5        kumpulan.
2. Guru menayangkan video panduan minum susu kotak
3. Setiap ahli dalam kumpulan        dikehendaki mencatat pesanan yang didengar melalui rakaman  tersebut.
4. Setiap kumpulan akan berbincang tentang pesanan yang telah dicatat.
5. Ketua kumpulan akan   menyampaikan pesanan yang   didengar kepada rakan sekelas
6. Guru dan murid lain memberi    respons terhadap hasil   pembentangan



KB:Menjana idea
BCB:Memproses maklumat dan melaporkan maklumat.
KP:Verbal linguistic
Nilai:kerjasama

BBB:video



Cara-cara minum susu



Langkah 3 (20 minit )
Bermain permainan bahasa “Telefon Karat”



1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.

2. Ketua setiap kumpulan memilih kad pesanan dan membaca secara senyap.

3. Ketua kumpulan menyampaikan pesanan kepada salah seorang ahli kumpulan.

4. Seterusnya murid tersebut menyampaikan pesanan yang serupa kepada rakan dalam kumpulan sehingga semua ahli menerima pesanan tersebut.

5. Ahli kumpulan yang terakhir akan melaporkan pesanan itu di hadapan kelas


Kreativiti dan Inovasi




KB:Menjana idea
BCB:Mencatat dan melaporkan maklumat

Nilai:
Bekerjasama


BBB:Kad Tugasan

Lampiran 3



Nilai-nilai
kepatuhan,
kebersihan,
hemah tinggi
bekerjasama

Penutup (5minit)

1.Murid-murid digalakkan membaca bahan-bahan lain bagi menambahkan pengetahuan mereka.
2.Murid-murid juga diminta menyatakan nilai-nilai yang telah dipelajari pada hari tersebut.

Nilai-nilai
kepatuhan,kebersihan,hemah tinggi ,


Panduan minum susu kotak (PS1M)

Pemulihan

1. Murid menyusun pesanan yang diberi mengikut urutan yang betul kemudian  menyampaikan  maklumat  kepada  rakan  sekelas.


KB;
menyusun  atur

Lampiran 4

Panduan
Minum susu
kotak

Penilaian

1. Murid menyampaikan pesanan yang betul mengikut urutan    tentang bahan yang didengar daripada  rakaman suara



BCB:
Memproses dan melaporkan maklumat
KP: Verbal linguistic

Lampiran 5



Panduan
Membeli bahan-bahan makanan



Pengayaan

1. Murid diminta  menyampaikan pesanan panduan membeli bahan-bahan makanan berdasarkan gambar yang diberi  kepada  rakan  sekelas




KB;menjana idea

BBB:
Slaid power point

Lampiran 6





Set Induksi                                                                                        Lampiran 1
Lagu : Susu
Suuuu , Suuuu, Suuuu, Suuu
Makanan manusia yang awal, yang akhir
Walau yang kaya ataupun fakir
Terkandung beberapa jenis vitamin
Membawa kesihatan kepada kelamin
                  Suuuu, suuuu, suuuu, suuu
Mengapakah susu putih warnanya
Cubalah fikir apa sebabnya
Adakah dia akan diperah
Jikalau hitam ataupun merah
                  Suuuu,suuuu,suuuu,suuu
Tak payah dilatih,tak payah diajari
Anak yang kecil, ketahui sendiri
Setiap waktu hendak diingatkan
Minuman susu tak dapat ditinggalkan
                   Suuuu, suuuu, suuuu, suuu
                        Apabila uzur tubuh tak sihat
Susulah juga doktor nasihat
Manakala tua gigi tak kejap
Susulah juga yang sangat mustajab
                   Suuuu,suuuu,suuuu,suuu
Pada masa akhir kelihatan lelah
Susulah juga yang amat berguna
Minumlah susu setiap hari
                       Untuk kesihatan diri sendiri     Suuuu , suuuu, suuu, suuu   


Lampiran 2
POSTER PS1M