Tuesday 20 November 2012

SOALAN PEMAHAMAN-Petikan rencana



PETIKAN RENCANA

Baca petikan di bawah dengan teliti dan fahaminya. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.

Orang Mesir Purba merupakan pakar bedah yang sangat cekap. Pelbagai teknik dan kaedah telah digunakan. Orang Mesir Purba memang mahir tentang ilmu anatomi manusia. Buktinya boleh dilihat menerusi amalan pengawetan mayat yang dilakukan oleh mereka. Orang Mesir Purba juga percaya bahawa roh orang mati, atau Ka akan mati jika mayat (jasad) dibiarkan reput. Jadi untuk memastikan roh ini tidak ‘mati’ penyediaan ‘rumah’ bagi roh ini, harus dilakukan secermat yang mungkin.
Proses dimulakan dengan pembersihan mayat. Selepas itu, otak dan organ dalaman seperti jantung, hati, dan paru-paru dikeluarkan dan dibasuh dengan wain (sejenis arak). Organ-organ itu kemudiannya diawet dengan herba pengawet. Balang-balang yang berwarna-warni digunakan untuk menyimpan organ-organ ini. Mayat itu seterusnya dibubuh pewangi dan resin lalu dijahit. Mayat itu kemudian ditutup dengan natron iaitu sejenis campuran garam natrium supaya lembapan dapat diserap. Mayat dibiarkan kering selama 35 hari.
Akhir sekali, mayat itu disalut dengan resin, dibungkus dengan linen dan letakkan di dalam sebuah keranda kedap udara.

  1. Roh orang Mesir Purba yang mati juga dikenal sebagai __________.

     A.Pa                                B. Fa                           C. Ka                                D. Ma
  1. Kemahiran ilmu anatomi orang Mesir Purba dibuktikan menerusi __________

    .A. amalan pengawetan mayat                            C. amalan mengeringkan mayat selama 35 hari
           B. amalan penyediaan ‘rumah’ bagi roh             D. amalan pembersihan mayat
Perkataan reput bermakna __________       

A.   berkecai-kecai               B. lapuk                  C.   baru                          D. pecah-pecah

4.‘….. untuk memastikan roh ini tidak mati, penyediaan rumah …..’. Fasa penyediaan rumah merujuk kepada __________.

 A.   ilmu anatomi                       B. baling                 C.   organ-organ                      D. mayat


5. Kesemua yang berikut adalah proses pengawetan mayat kecuali __________.

A.   mengeluarkan otak dan organ dalaman     

B.   organ-organ dalaman dibuang

C.   mayat dibiarkan kering selama 35 hari   
 
D.   mayat diletakkan di dalam sebuah keranda kedap udara
 

ANDA BOLEH BERIKAN JAWAPAN DALAM KOTAK KOMEN..TERIMA KASIH


No comments: