Tuesday 20 November 2012

SOALAN PEMAHAMAN-Petikan dialog







PETIKAN DIALOG

Baca petikan di bawah dengan teliti dan fahaminya. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.

Ramli :
Ajis, awak tak ke mana-mana petang nanti?

Sudin :

Kami ada suatu rancangan yang baik untuk kita lakukan.

Ajis :

Apakah yang kamu berdua cakapkan ni, petang nanti kan ada kelas tambahan. Kalau kamu ponteng, nanti cikgu melaporkan kepada ayah dan ibu kamu, nahas kamu nanti.

Mustar :

Hei, Ajis, tadikan Cikgu Ros dah beritahu yang kelas itu terpaksa dibatalkan kerana Cikgu Sharif akan ke Muar. Guru gantinya cikgu Murni dan Cikgu Salmah pula tidak dapat hadir pada hari ini.

Ajis :

Eh, tadi aku tak dengar apa-apa pun!

Sudin :

Awak ni memang pekak badaklah. Kami semua mendengarnya tadi.

Ajis :

Kalau begitu apa rancangan kamu semua?

Ramli :

Bagaimana kalau kita pergi melastik burung di pinggir hutan di kampung kita. Di situ banyak burung punai.

Sudin :

Yalah Ajis, awak kan pandai melastik. Awaklah harapan kami. Ramli dan Mustar ni pula tak boleh diharap. Takkan saya seorang saja.

Ramli :
Sudahlah tu, dia cuba angkat dirilah tu.

Ajis :

Minta maaflah kawan-kawan, sejak saya disengat lebah tempoh hari, saya bertekad untuk tidak melastik burung lagi. Kalau kamu nak pergi terpulanglah kepada kamu.

Sudin :

Cis, buang masa saja kita mengajaknya! Mari kita ke kantin!

  1. Mengapa mereka berjumpa dengan Ajis?

     A.  Kerana mereka hendak bertanya khabar dan berbual-bual dengannya.
     B.  Kerana mereka hendak memberitahu Ajis bahawa kelas tambahan telah dibatalkan.

     C.  Kerana mereka hendak mengajak Ajis ponteng kelas tambahan.
     D  .Kerana mereka hendak mengajak Ajis melastik burung.

  1. Pada pendapat anda di manakah perbualan itu berlaku?
     A.  Di luar bilik darjah.                                       C. Di dalam bilik darjah

     B.  Di kantin sekolah.                                        D. Di rumah Ajis


  1. Rancangan kawan-kawan Ajis itu tidak baik kerana perbuatan itu……….
     A.  telah diharamkan oleh kerajaan.                   C. menganiayai haiwan
     
     B.  berbahaya                                                   D. tidak disukai Ajis


  1. Mengapakah Ajis tidak mahu mengikut kawan-kawannya?
    A.   Kerana dia takut disengat lebah.
    B.   Kerana dia telah insaf dan tak mahu melastik burung lagi.
    C.   Kerana dia terpaksa menghadiri kelas tambahan.
    D.   Kerana dia tidak suka dengan kawan-kawannya.


  1. Apakah yang tidak benar tentang petikan ini?
    A.  Mereka berbual pada waktu rehat.
    B.  Sudin panas hati terhadap Ajis.
    C.  Sudin dan kawan-kawannya enggan mengajak Ajis melastik burung.
    D.  Sudin dan kawan-kawannya bercadang melastik burung



SILA BERIKAN JAWAPAN DI DALAM KOTAK KOMEN

No comments: