Hati yang bersih terpancar cahaya di wajah yang tenang
Bila Waktu Berakhir, tiada guna harta di dunia..hanya amalan yang dinilaiNYA
***** Inilah antara nasyid nyanyian OPICK yang amat sangat saya gemari dan terkesan di hati ini.*****
Barang siapa MEMPERMUDAHKAN kesulitan orang lain...Maka ALLAH MEMPERMUDAHKAN urusannya di dunia dan akhirat: HR Muslim.
Ramli
:
|
Ajis, awak
tak ke mana-mana petang nanti?
|
Sudin
:
|
Kami ada
suatu rancangan yang baik untuk kita lakukan.
|
Ajis
:
|
Apakah yang
kamu berdua cakapkan ni, petang nanti kan ada kelas tambahan.
Kalau kamu ponteng, nanti cikgu melaporkan kepada ayah dan ibu
kamu, nahas kamu nanti.
|
Mustar
:
|
Hei, Ajis,
tadikan Cikgu Ros dah beritahu yang kelas itu terpaksa dibatalkan
kerana Cikgu Sharif akan ke Muar. Guru gantinya cikgu Murni dan
Cikgu Salmah pula tidak dapat hadir pada hari ini.
|
Ajis
:
|
Eh, tadi
aku tak dengar apa-apa pun!
|
Sudin
:
|
Awak ni
memang pekak badaklah. Kami semua mendengarnya tadi.
|
Ajis
:
|
Kalau
begitu apa rancangan kamu semua?
|
Ramli
:
|
Bagaimana
kalau kita pergi melastik burung di pinggir hutan di kampung kita.
Di situ banyak burung punai.
|
Sudin
:
|
Yalah
Ajis, awak kan pandai melastik. Awaklah harapan kami. Ramli dan
Mustar ni pula tak boleh diharap. Takkan saya seorang saja.
|
Ramli
:
|
Sudahlah
tu, dia cuba angkat dirilah tu.
|
Ajis
:
|
Minta
maaflah kawan-kawan, sejak saya disengat lebah tempoh hari, saya
bertekad untuk tidak melastik burung lagi. Kalau kamu nak pergi
terpulanglah kepada kamu.
|
Sudin
:
|
Cis, buang
masa saja kita mengajaknya! Mari kita ke kantin!
|