Friday 17 October 2014

Perlaksanaan Penilaian Membaca PBS

Jelaskan bagaimana penilaian membaca berasaskan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan.

1.0 Pengenalan

Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) ialah sebahagian transformasi konsep pentaksiran yang terlaksana di seluruh dunia. Kepercayaan terhadap pelaksanaan PBS sebagai ganti sistem pentaksiran berpusat Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sepenuhnya perlu dipupuk dalam kalangan murid, guru dan masyarakat. Murid akan lebih bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran kendiri, guru dengan tanggungjawab ikhtisas dan masyarakat menerima PBS sebagai kayu ukur pencapaian pembelajaran murid. Pihak LPM dan MPM pula akan bertindak sebagai pemantau, penyelaras dan penjaga kesahan, serta kebolehpercayaan PBS kepada semua pihak yang berkepentingan.Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mula diperkenalkan untuk peringkat darjah satu pada tahun 2011 telah mengguna pakai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk mentaksir pembelajaran murid. Dalam pelaksanaan PBS, pentaksiran formatif atau assessment for learning diberi penekanan utama untuk meningkatkan lagi pembelajaran murid dan dengan harapan dapat membina potensi murid secara lebih menyeluruh (Na’imah, 2011). Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar. Penilaian membaca amat penting bagi pelajar untuk memantapkan akademik mereka.hal ini kerana, melalui pembacaan, pemahaman mereka akan meningkat. Menurut National Reading Panel (2000) melalui tulisan Cathleen G. Spinelli (2002), lebih kurang satu juta kanak-kanak-lebih daripada 17.5 peratus pelajar diseluruh negara mempunyai masalah membaca semasa tiga tahun pertama persekolahan iaitu waktu yang sangat penting dalam pendidikan. Di Malaysia, terdapat beberapa elemen penting yang diberi perhatian dalam penilaian pencapaian yang dilakukan. Antaranya ialah mengenal abjad, memahami hubungan huruf dengan bunyi, memahami perkataan atau ayat yang dibaca, dan kelancaran pelajar dalam membaca.

2.0 Definisi Penilaian

Dalam bidang pendidikan, kualiti sesuatu pembelajaran dan pengajaran diukur melalui objektif pengajaran yang pelajar dapat capai sewaktu sesi pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Abdul Hadi (1985) menyatakan bahawa dalam bidang pendidikan, kaedah penilaian merupakan cara untuk menentukan sejauhmana keberkesanan pembelajaran dan pengajaran iaitu sama ada tercapai atau tidak objektif yang tenaga pengajar itu inginkan.
Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Menurut Jamila K.A Mohamed mendefinisikan penilaian sebagai menilai murid daripada segi perkembangan intelektual, emosi, bahasa, kognitif bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan. Manakala menurut Atan Long, penilaian ialah memberikan respons tentang proses pengajaran dan pembelajaran samaada telah mancapai objektif atau tidak.
Stufflebeam et. al. (1971: xxv)menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, andproviding useful information for judging decision alternatives.Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan..Maka tidak dinafikan, bahawa penilaian merupakan aspek yang penting bagi mengukur kualiti sesuatu perkara. Pendek kata, sama ada penilaian yang dilakukan secara formal atau tidak formal, ianya adalah untuk menentukan penguasaan pelajar terhadap kemahiran, pengetahuan dan kebolehannya. Malah, penilaian dilakukan untuk mengesan perkembangan pelajar dari segi nilai dan sikap serta membantu guru dalam mempertingkatkan pengajaran mereka agar lebih berkesan. Dalam konteks pengajaran kemahiran membaca,penilaian akan menjadi landasan terhadap kaedah,pendekatan dan teknik pengajaran yang digunakan.Kesimpulannya, Penilaian adalah satu kaedah dalam mendapatkan maklumat untuk membuat perancangan yang lebih berkesan. Penilaian ini juga dilakukakan untuk menentukan kekuatan dan kelemahan pelajarDiperingkat rendah, penilaian juga dibuat untuk intonasi dan sebutan dalam bacaan. Dalam hal ini terdapat beberapa bentuk penilaian dan instrument yang boleh diguna pakai dalam pengujian kemahiran membaca.Kesimpulannya penilaian membawa pengertian yang lebih luas, meliputi penggunaan, penyelenggaraan dan pentafsiran ujian.

2.1 Rasional

  • Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
  • Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.
  • Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.
  • Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya.
  • Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.
  • Membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
  • Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.
  • Membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka.

2.2 Jenis dan bentuk penilaian
Terdiri daripada dua jenis iaitu
      1. Penilaian formatif
      2. Penilaian sumatif





3.0 Prinsip Penilaian Berasaskan Sekolah

Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:
  • Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaranberkenaan.
  • Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
  • Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
  • Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
  • Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
  • Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.



4.0 Penilaian Kemahiran Membaca

Penilaian kemahiran membaca penting untuk guru-guru mengetahui tahap kemajuan murid-murid.Penilaian ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan jenis pengujian. Kemahiran membaca merujuk tentang keupayaan murid-murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

    1. Ciri-ciri Penilaian Membaca
Menurut Ammons (1972) penilaian mempunyai ciri-ciri yang berikut
    • merupakan satu proses yang berterusan.Oleh itu, bukti kemajuan murid secara berterusan perlu ada.
    • menjelaskan kemajuan pembelajaran seseorang pelajar dimana guru perlu mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar.
    • penilaian memerlukan sampel kerja murid yang mencukupi, bukan setakat prestasi dan penegtahuan di peringkat prapembelajaran dan pasca pembelajaran
    • boleh dilakukan secara penilaian dengan sendirinya merupakan situasi pembelajaran
    • terbuka dan tiada batasan. Pelajar harus merasai bahawa mereka sentiasa bergerak ke hadapan dan tidak menganggap sesuatu yang dilakukannya itu berakhir
    • teknik penilaian seharusnya memberi peluang kepada murid merasai perubahan tingkah laku yang ingin dicapai oleh mereka menun jukkan kemajuannya

    1. Matlamat dalam Penilaian kemahiran membaca terbahagi kepada 3 iaitu

Matlamat Persepsi
Dalam penilaian, murid-murid harus prihatin terhadap kebolehubahan. Mereka boleh menyesuaikan kadar membaca dan peka terhadap sesuatu konsep perkataan

Matlamat Kognitif
Untuk mencapai matlamat ini dalam penilaian,keprihatinan harus ditumpukan terhadap jenis
pemikiran yang digunakan semasa membaca.

Matlamat Afektif
Penilaian ini harus menimbulkan perasaan dan sikap murid terhadap bahan yang dibaca.
Murid-murid dinilai secara berterusan dengan jujur dan adil agar pelajar dapat mengalami
setiap aras kesukaran iaitu dari mudah kepada kompleks
5.0 Bentuk Penilaian

Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.

Bentuk penilaian adalah seperti berikut :

a) Penilaian kendiri

Penilaian kendiri ialah bentuk penilaian yang dilakukan oleh pelajar atau pembaca itu sendiri,berdasarkan senarai semak yang diberikan oleh guru.
Fungsi

Dalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah, penilaian kendiri
  • membolehkan pelajar, secara individu, mengukur dan membuat refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin ilmu;
  • memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan perancangan bagi pembelajaran seterusnya;
  • memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai perkembangan diri dan pencapaiannya;

Kaedah

  • Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesan dan menepati matlamatnya guru hendaklah:
  • meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam proses pembelajaran.
  • mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar membuat penilaian kendiri.
  • melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka berpandukan instrumen seperti senarai semak atau alat rubrik.
  • membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian masing-masing, dan kesannya terhadap proses pembelajaran seterusnya;

Penilaian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang berkenaan menstruktur sendiri segala butiran yang hendak dinilai dan kriteria yang hendak dicapai, sama ada dalam bentuk senarai semak atau sebagainya, kemudian meminta kerjasama rakan sebayanya (individu/kumpulan) membuat penilaian terhadap dirinya.Dapatan itu kemudian dikumpul dan dianalisis sendiri oleh pelajar tersebut.Proses menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilian mengenai dirinya
sendiri itulah menjadi “penilaian kendiri”

Instrument
Penilaian kendiri boleh dijalankan dengan menggunakan senarai semak yang berfokus dan alat rubrik. Alat-alat ini biasanya digunakan dalam tugasan berportfolio, jurnal, refleksi, soal selidik, perbincangan yang berstruktur dsb.
Rubrik
Rubrik ialah suatu alat yang distrukturkan oleh guru atau oleh guru bersama pelajar secara kolaboratif untuk membantu pelajar membuat ranking terhadap tahap pencapaiannya atau prosedur kerjanya atau tindakannya. Biasanya aspek/kemahiran yang hendak dinilai ditentukan oleh objektif penilaian.

b) Penilaian rakan sebaya

Penilaian rakan sebaya dinamakan juga penilaian berpasangan. Dalam penilaian ini,pelajar secara berpasangan akan menyemak dan menilai bacaan sesama sendiri..Menurut Brown (1999), penilaian rakan sebaya sangat membantu dalam memperlengkapkan maklum balas formatif pelajar, terutamanya apabila pelajar mendapat tugasan tanpa melibatkan pengiraan markah. Kaedah ini juga sangat berguna bagi penilaian sumatif. Tambahan pula, melalui kaedah penilaian rakan sebaya juga dapat mengukur interpeer dan intrapeer yang mana interpeer merupakan cara pelajar menilai rakan lain berdasarkan kepada hasil dan pertunjukan setiap orang contohnya apabila mereka mendengar sesuatu persembahan, melihat pameran atau poster dan apabila membaca nota edaran pelajar lain. Penilaian intrapeer pula adalah penilaian di mana pelajar menilai dengan siapa dia berkerja khususnya bagi penilaian dalam suatu kumpulan.Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan tugasan membaca tersebut.
Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran membaca dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka
Menurut Keneddy (2006) dalam Nur Farhana, pula, penilaian rakan sebaya adalah penilaian yang
memerlukan rakan sekumpulan untuk menilai ahli kumpulan yang lain tentang komitmen mereka dalam kumpulan. Komitmen di sini melibatkan beberapa perkara antaranya sumbangan idea dan pendapat kepada kumpulan, sikap kerjasama dalam aktiviti berkumpulan, hubungan berkomunikasi sesama ahli kumpulan dan sifat tanggungjawab setiap individu untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

c) Pemerhatian

Pemerhatian dibuat untuk melihat sikap,kefahaman dan intonasi dalam bacaan. Dalam kaedah ini guru atau penilai perlu menyediakan senarai semak yang mengandung kriteria atau perkara-perkara yang akan diperhatikan.Pemerhatian dibuat untuk melihat sikap,kefahaman dan intonasi dalam bacaan. Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain.Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masing.Dalam kaedah ini guru atau penilai perlu menyediakan senarai semak yang mengandung kriteria atau perkara-perkara yang akan diperhatikan.

Jenis Pemerhatian

Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/diperhati , iaitu:-

  • Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan(judgement)
  • Memerhati apa yang telah dirancang secara “open ended”
  • Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang


Strategi Pelaksanaan
Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria tertentu. Antaranya ialah dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang

d) Pengujian
Pengujian boleh dibuat untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap bahan bacaan. Pengujian boleh dibuat dalam bentuk memadankan perkataan dan ayat, ujian bacaan, penyoalan terbuka, menyusun semula petikan,ujian kloz dan ujian aneka pilihan.

Instrumen Ujian

Instrumen ujian kemahiran membaca boleh terdiri daripada petikan atau bahan yang akan dibaca dan difahamkan oleh pelajar. Pada masa yang sama dokumen seperti senarai semak dan skala kadar juga digunakan sebagai instrument ujian, terutama yang melibatkan aspek afektif dan perlakuan dalam kemahiran membaca seperti intonasi,nada, tekanan suara dan sebagainya. Tujuan utama instrument adalah untuk mendapatkan ukuran atau data berkaitan dengan apa yang diuji.

a)Senarai semak
Dalam ujian berbentuk pemerhatian, senarai semak yang mengandung perkara dan kriteria pemarkahan perlu disediakan. Senarai semak yang mengandung kriteria tertentu juga akan menjadi panduan kepada guru atau penilai untuk menilai dan menentukan tahap kefahaman seseorang pembaca.

b) Skala Kadar
Skala kadar ialah dokumen yang mengandung kriteria yang menunjukkan tahap pencapaian dalam kemahiran membaca. Skala kadar kebiasaannya menetapkan markah atau pencapaian tertentu berdasarkan kriteria bacaan dan kefahaman yang ditetapkan.

6.0 Peringkat Penilaian Bacaan

Penilaian kemahiran membaca peringkat sekolah rendah perlu melibatkan 3 peringkat:-

  • Peringkat prabacaan / asas bacaan
  • Peringkat bacaan mekanis
  • peringkat kefahaman bacaan


6.1 Penilaian Peringkat prabacaan / asas bacaan
Penilaian pada peringkat prabacaan bertujuan untuk menilai kesediaan murid bagi mengikuti pelajaran bacaan dan menilai penguasaan mereka terhadap kemahiran-kemahiran asas dalam bacaan.
Mengesan kesediaan membaca perlu dilakukan oleh guru agar kesediaan membaca murid dapat dimanfaatkan sepenuhnya ke arah memaksimumkan keberkesanan P&P.
Teknik yang sering digunakan untuk menilai kesediaan membaca murid ialah menyediakan rekod inventori kesediaan membaca, inventori minat dan inventori sikap. Inventori kesediaan membaca bertujuan untuk mengesan kelemahan / kecacatan deria pendengaran dan pertuturan murid yang mungkin akan menganggu kesediaan membaca. Inventori ini melibatkan faktor fisiologi seperti penglihatan, pendengaran, pertuturan, faktor persekitaran, faktor diskriminasi pendengaran dan penglihatan, faktor emosi, motivasi, faktor intelek dan faktor penguasaan bahasa dan lain-lain.
Kemahiran Asas bacaan meliputi kemahiran mendiskriminasi bentuk-bentuk huruf, gabungan huruf dalam suku kata, perkataan dan frasa serta sebutannya, kemahiran mengecam makna perkataan, membaca dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.

Mengenal Abjad (Huruf Besar/Huruf Kecil)
Kebiasaannya, amat sukar bagi pelajar untuk mengenal abjad malahan mereka sering gagal untuk mengaitkan persamaan antara huruf besar dan huruf kecil. Bagi mereka huruf besar dan huruf kecil tiada perkaitan disebabkan oleh bentuk dan saiz tidak sama.Dalam penilaian yang dilakukan, guru akan meminta pelajar menyebut abjad yang ditunjukkan secara tersusun berdasarkan kad abjad. Setiap kesalahan pelajar mereka akan direkodkan.Guru akan menilai pelajar dengan menggunakan huruf kecil kemudian apabila pelajar dikatakan lulus dalam mengenal huruf kecil, guru akan menilai pelajar tersebut dengan huruf besar pula. Kemudian guru akan menggunakan ujian dengan meminta murid menyatakan nama huruf yang di tunjukkan oleh kad abjad secara rawak
 Apabila murid berjaya mengenal abjad, ujian dengan menggunakan kad-kad abjad bergambar dilakukan. Setiap keputusan pencapaian direkodkan untuk dianalisa pada penilaian seterusnya.

Mengenal Huruf dengan Bunyi
Setiap pelajar mesti diuji kefahaman mereka tentang huruf iaitu dengan melihat samada mereka mampu untuk mengenal huruf dengan bunyi mahupun tidak. Penilaian ini amat perlu untuk menilai sejauh mana kefahaman mereka mengenai kaitan antara huruf dengan bunyi apabila selesainya sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Antara aktiviti yang boleh digunakan untuk penilaian ialah guru mnenunjukkan kad bergambar dan menyebut nama objek tersebut.Pelajar pula diminta untuk meneka huruf apakah bermula dengan bunyi tersebut.
Sebagai contoh, apabila guru menyebut menunjukkan gambara ikan dan menyebut ‘ikan’ maka pelajar harus menunjukkan jawapannya ialah ‘i’ bukannya ‘e’.Jika guru mengemukakan 10 soalan dan pelajar hanya mampu menjawab kurang daripada 3 soalan maka, pencapaian pelajar ini masih lemah dalam mengaitkan hubungan antara huruf dengan bunyi.

Memahami Perkataan atau Ayat yang dibaca.
Kebanyakan kanak-kanak boleh menyebut dan membaca ayat mahupun perkataan namun, mereka tidak memahami mahupun mengerti apakah maksud ayat atau perkataan yang disebut.
Selain itu, kefahaman ini juga diuji dengan guru menyebut perkataan-perkataan yang diuji dan pelajar diminta untuk menunjukkan gambar bersesuaian dengan perkataan yang disebut oleh guru.Berdasarkan soalan , pelajar pelu menunjukkan gambar yang dimaksudkan dengan perkataan yang dinyatakan oleh guru. Jika pelajar itu mampu untuk menunjukkan kesemua gambar berdasarkan perkataan yang disebut dengan betul, pelajar itu memahami perkataan yang dinyatakan dengan baik.

6.2 Penilaian bacaan Mekanis :

Penilaian pada peringkat ini memerlukan guru menyediakan teks dan murid dikehendaki membaca teks dengan kuat dan guru akan meneliti aspek sebutan, intonasi, kelancaran dan kepantasan bacaan murid.Pemarkahan diberi berdasarkan skala yang ditetapkan seperti
  • 1 – amat lemah , 2 – lemah, 3 – sederhana , 4 – baik dan 5 – amat baik.
  • Intonasi – meliputi aspek hentian, nada, tekanan, dan lagu ayat.
  • Sebutan – sebutan bunyi-bunyi dalam perkataan, frasa dan ayat , sebutan tiada pengaruh dialek , bahasa ibunda atau bahasa Inggeris.
  • Kelancaran – pembacaan yang tidak menunjukkan kesalahan seperti membaca sambil mengeja, mengulang sebutan sesuatu perkataan,mengubah perkataan, meninggalkan perkataan, menambah perkataan atau fonem kepada sesuatu perkataan dan lain-lain
  • Kepantasan – kadar kelajuan bacaan dan gangguan boleh berlaku kerana gagap,sukar menyebut sesuatu perkataan, tidak menguasai kemahiran asas bacaan.
Pada peringkat ini, teknik-teknik seperti memadan, menanda dan menyenarai sesuai digunakan.

6.3 Penilaian Kefahaman Bacaan :

Peringkat ini dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu:-


a. Peringkat kefahaman literal – peringkat mendapat maklumat dan mengingat kembali isi teks yang dibaca. Pada peringkat ini pelajar tidak perlu menganalisis atau menilai maklumat yang diperolehnya, tetapi hanya sekadar mereka perlu mengenal pasti makna-makna perkataan mengikut konteks, memahami pernyataan dan menyatakan semula dengan tepat untuk membuktikan kefahamannya. Secara terperinci, kemahiran yang perlu ada termasuklah
      1. makna perkataan
menggunakan kemahiran struktur
menggunakan konteks bergambar
menggunakan konteks bercetak
menggunakan kamus
mengecam sinonim dan antonim
mengenal pasti perkataan dengan pelbagai makna
mengecam kesan penekanan ke atas makna
      1. Makna Ayat
menggunakan bantuan tipografi seperti tanda baca
mengenal pasti rujukan ganti nama dan adjektif
      1. Huraian Isi
mengecam dan mengingati penjelasan isi-isi penting, fakta-fakta
      1. Idea utama
mengecam dan mengingati penjelasan isi-isi penting

b. Peringkat terjemahan - peringkat ini memerlukan pelajar menjelas, menghurai, mengintrepetasi , mengubah maklumat kepada bentuk lain dan sebagainyanya – memerlukan daya pemikiran dan daya pemahaman yang lebih tinggi.Bagi menilai kemahiran peringkat ini , soalan- soalan berkaitan tugas memberi penjelasan, intrepetasi, huraian lanjut dan sebagainya perlu dikemukakan.

c. Peringkat aplikasi – pelajar perlu faham lebih mendalam maklumat yang dibaca dan dapat menggunakan maklumat itu dalam konteks lain atau mencipta sesuatu yang baru berdasarkan maklumat yang dibaca tadi.

d. Peringkat analisis – pelajar dapat menganalisis maklumat yang dibaca untuk melihat perhubungan antara satu unsur dengan unsur yang lain , melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan dan mengkategorikan mengikut kelompok tertentu.

e. Peringkat kefahaman inferensi –pelajar dapat membuat rumusan atau kesimpulan, membuat taakulan yang logik serta tepat terhadap maklumat yang dibaca seperti dapat mengesan sikap, mengesan idea pokok, membuat ringkasan dan sebagainya.

f. Peringkat kefahaman penilaian – dapat memberi penilaian terhadap maklumat dan mengemukakan kreteria serta bukti sebagai ukuran. Sesuatu karya itu baik, lemah mesti dijelaskan dengan kriteria serta bukti yang menyokongnya.


7.0 Teknik Penilaian

Dalam pelaksanaan PBS, pentaksiran formatif atau assessment for learning diberi penekanan utama untuk meningkatkan lagi pembelajaran murid dan dengan harapan dapat membina potensi murid secara lebih menyeluruh (Na’imah, 2011). Pentaksiran formatif dijalankan secara berterusan, diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan tujuan agar aspek pengukuran murid juga lebih bersifat menyeluruh. Penggunaan teknik pentaksiran formatif yang tepat adalah penting kerana ia membantu murid menguasai apa yang diajar, memberi peluang mereka berkomunikasi, mempamerkan kefahaman serta memenuhi keperluan murid untuk meningkatkan pembelajaran mereka (Black & William 1998) dan berupaya memberi maklumat kepada murid berkaitan tahap pembelajaran semasa, arah meningkatkan pencapaian serta status pencapaian berbanding objektif pembelajaran (Chappuis & Chappuis, 2008). Penggunaan teknik pentaksiran formatif turut membekalkan maklumat berkaitan kualiti pengajaran guru (Hall & Burke, 2003). Penggunaan pelbagai teknik dalam pentaksiran formatif dapat meningkatkan kesahan terhadap konstruk yang diukur (Brookhart 2009). Hal ini juga bermakna adanya kesahan yang tinggi dalam keputusan yang dibuat berkaitan pembelajaran murid kerana maklumat untuk membuat keputusan diperolehi daripada pelbagai sumber (Brookhart, 2009).



Jenis dan bentuk Ujian kemahiran membaca dan memaham

  • Ujian objektif

sama ada ujian objektif yang memerlukan gerak balas bebas dan gerak balas tetap.

Bentuk-bentuk soalan objektif gerak balas bebas
- menjawab soalan langsung dengan menggunakan satu atau dua perkataan
Contoh ; Apakah perayaan yang disambut oleh kaum Cina?
- melengkapkan sesuatu kenyataan atau ayat yang dikosongkan pada bahagian-bahagian tertentu
Contoh; Perayaan ….................. disambut oleh kaum Cina.
- mengenal pasti dan memadankan
Contoh;
Banyak orang suka beriadah.mandi-manda di taman air amat menyeronokkan terutamanya
kanak-kanak. Setiap pengunjung yang ingin memasuki kawasan taman tema air dikenakan bayaran..Mereka perlu membeli tiket dan menyerahkannya kepada penjaga pintu masuk.

Berdasarkan teks, tuliskan perkataan mengikut jenis imbuhan
Awalan : _____________
Apitan : _____________
Akhiran : ____________

- kloz : ujian berupa mengisi tempat-tempat kosong bagi suatu perenggan.Tempat-tempat yang ditinggalkan kosong itu dipilih secara rawak .
Contoh;
Pada hari cuti yang lalu, saya dan keluarga telah __________ di Cameron Highlands, Pahang.Kami berada di tempat____________itu selama tiga hari dua malam.
Sebelum ___________perjalanan kami, bapa telah memeriksa kenderaan. Ibu pula __________ pakaian yang perlu dibawa.



Bentuk-bentuk soalan objektif gerak balas tetap
    • soalan Betul – Salah
Contoh : Penjodoh bilangan bagi payung ialah kaki Betul / Tidak
    • membetulkan / menggantikan
Contoh: Ayah membeli sebiji kereta
    • rangkap / Klaster
Contoh: Penjodoh bilangan untuk pisang
A. biji betul/salah
B. sikat betul/salah
C. tandan betul/salah
D. ikat betul/salah
    • soalan objektif aneka pilihan

  • Ujian subjektif

Ujian subjektif rangsangan terhad- murid-murid diminta menulis beberapa perkataan sebagai
gerak balas kepada soalan-soalan
Contoh; Berdasarkan petikan, punca utama pencemaran air ialah ______________
Ujian subjektif rangsangan terbuka – murid-murid dikehendaki menulis jawapan yang lebih
panjang antara empat atau lima ayat

8.0 Penutup


Istilah penilaian merujuk kepada satu proses sistematis bagi meninjau proses atau hasil sesuatu rancangan pengajaran-pembelajaran bahasa dengan memeriksa dan menilainya untuk melihat sama ada objektif-objektif tertentu yang telah ditetapkan, tercapai atau tidak. Sifat utama penilaian itu ialah memberi ‘penghakiman’ tentang kebaikan atau kelemahan sesuatu rancangan pengajaran-pembelajaran bahasa itu. Dua aspek penting dapat dilihat daripada definisi di atas. Pertama, ‘proses yang sistematis’ memberi maksud pemerhatian pelajar-pelajar yang dapat dikawal. Kedua, lazimnya objektif pengajaran bahasa itu telah pun ditetapkan terlebih dulu, tanpa penilaian ini, maka sukarlah untuk kita menilai kemajuan pelajar-pelajar.Apabila kita menilai, kita mencuba meletakkan sesuatu itu di satu takat yang melambangkan nilai sebenar baginya. Biasanya nilai itu dilambangkan dengan markah, gred ataupun kedua-duanya sekali di dalam satu darjah. Penilaian tidak semestinya dijalankan melalui pengujian dan peperiksaan yang formal. Tetapi cara yang formal lebih sesuai. Contoh penilaian yang formal termasuk pengujian bulanan, pengujian dalam bilik darjah, pengujian lisan dan sebagainya. Penilaian perlu dijalankan dulu sebelum gred atau markah dapat diberi. Ini bermakna kualiti prestasi pelajar tidak boleh dilambangkan matlamat tanpa penilaian dijalankan.

Penilaian sama ada formal atau tidak formal, dapat menunjukkan kepada kita kesan daripada sesuatu aktiviti. Kesan ini merupakan perubahan-perubahan yang berlaku di dalam bidang kefahaman, lisan dan sebagainya. Perubahan ini penting dan perlu untuk mencapai matlamat pengajaran-pembelajaran.


Bacaan1. Azman Wan Chik. 1994 Edisi Kedua. Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu, KL: DBP.
2. Khatijah Abdul Hamid dan Aminah Haji Harun. 1989. Pengujian dan Penilaian. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.
3. Marohaini Yusoff. 1999. Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Na’imah Ishak. (2011). School based assessment as transformation in educational assessment. Keynote dalam International Seminar On Measurement and Evaluation (ICMEE 4) USM, Pulau Pinang, 9-12 Oktober.
4. Tim MacNamara. 2000. Language Testing. Kuala Lumpur: Oxford University Press.Bacaan PentingKementerian Pelajaran Malaysia, Sukatan Pelajara Bahasa Melayu 2003 (Semakan)
5. Abdul Aziz Abdul Talib. 1996 Cetakan Ketiga. Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip, Teknik dan Contoh, Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Lado, R. (1962). Language Testing, New York: McGraw Hill.
7. Abu Bakar Nordin. 1995. Penilaian Afektif, Kajang: Masa Enterprise BF531.A28.
8. Bhashah Abu Bakar. 2003. Asas Pengukuran Bilik Darjah, Tg. Malim: Quantum.
9. Aldersom, J.C., Clapham, C. and Dianne Wall, D. 1995. Language Test Construction and Evaluation. Cambridge: Cambridge University Press. P53.4.A43.
10. Genesee, F. 1996. Classroom-based Evaluation in Second Language Education, Cambridge: Cambridge University Press, P53.4.G46.
11. Harris, David, P. 1969. Testing English as a Second Language. New York: McGraw Hill.
12. Henning, G. 1987. A guide to Language Testing: Development, Evaluation, Research. Boston: Heinle, PE1128.A2H45.

13. Gunning, T.G. 1998. Assessing and Correcting Reading and Writing Difficulties. Boston: Allyn and Bacon LB1050.5.G846.
14.Valette, R.M. 1967. Modern Language Testing: A Handbook. New York: Harcourt, Brace and World, Inc.Kaedah

No comments: