1.0 Pengenalan
Kesihatan yang baik tidak dapat dijual
beli.Apabila sihat, sudah pasti kita berpeluang melakukan aktiviti harian
dengan sempurna dan kehidupan lebih bermakna.Kesihatan dan penampilan merupakan
aspek yang sering dikaitkan dengan berat badan seseorang. Badan yang sihat
dengan penampilan yang menarik akan membuatkan seseorang merasa lebih yakin
bila berhadapan dengan masyarakat. Kegemukan atau berat badan berlebihan
dianggap sebagai isu yang memberi kesan ke atas kesihatan dan penampilan
seseorang. (Kementerian Kesihatan, 1998) dalam Modul Pencegahan Obesiti.
Senario terkini ,kelebihan
berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak adalah masalah yang kian
meningkat di Malaysia.Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan
Kajian Obesiti Malaysia (MASO) pada tahun 2005 mencatatkan 27% atau setiap satu
dari empat rakyat Malaysia dilaporkan mempunyai masalah berat badan yang
berlebihan. Kajian syarikat maklumat pasaran TNS Asia panel tidak lama dahulu
mendapati bahawa Malaysia mempunyai peratusan rakyat dengan berat berlebihan
dan masalah obesiti tertinggi berbanding negara lain di Asia (Utusan Malaysia
Online, 2007). Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara
di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat
keenam di negara Asia Pasifik. Maklumat ini berdasarkan laporan Dewan Rakyat
2011.
. Laporan Tinjauan Kesihatan dan
Morbiditi Kebangsaan Ketiga (2006) menunjukkan prevalens berlebihan berat badan
telah meningkat kepada 29.1% berbanding 16.6% manakala prevalens obesiti
meningkat kepada 14.0% berbanding 4.4% pada tahun 1996.Di Malaysia ,
peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur antara tujuh
hingga sepuluh tahun menunjukkan peratusan yang membimbangkan iaitu daripada
6.6 peratus kepada 13.8 peratus.Keadaan ini lebih kritikal apabila mereka
meningkat dewasa.Modul Pencegahan
Obesiti,(2011)
2.0 Definisi obesiti
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga
(2002), obesiti bermaksud kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang
berlebihan..Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh
meningkat (Myers,2004).Obesiti didefinisikan
sebagai kelebihan tisu lemak dalam badan yang menyebabkan kesan sampingan
terhadap parameter metabolik, tahap kesihatan jangka panjang dan pendek dan
kesan psikologi. Obesiti juga
ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang berlakunya pengumpulan atau penyimpanan
lemak yang berlebihan dalam badan.
.Seseorang individu boleh dikategorikan sebagai obesiti
sekiranya peratus lemak di dalam badan melebihi 25 peratus bagi lelaki dan 35
peratus bagi wanita (Clinical Practice
Guidelines on Management of Obesity,2004)
Seseorang boleh dikatakan obes apabila
indeks jisim badan(BMI)melebihi kadar 40/35. Berat badannya melebihi 30% drpd
julat normal bg tinggi bdn, jantina dan umurnya. Terdapat cara untuk periksa
bahawa kita di tahap mana, overweight, normal dan underweight. Rujuk cara
pengiraannya seperti di bawah.
BMI = Berat Badan
(kg)
Tinggi X Tinggi (m2)
|
Formula BMI = ( Berat dalam Kilograms / ( ketinggian
dalam Meter x ketinggian dalam Meter) )
Bawah 18.5 = Kurang Berat
18.5 - 24.9 = Normal
25 – 29.9 = Berat berlebihan(gemuk)
18.5 - 24.9 = Normal
25 – 29.9 = Berat berlebihan(gemuk)
30 – 34.9 = Obesiti kelas 1
35 - 39.9 = Obesiti
kelas 2
> 40 - = Obesiti kelas 3
Sumber WHO (1998) :
Klasifikasi berat badan dengan BMI
Kanak-kanak dan remaja
Kanak-kanak dan remaja boleh dikategorikan sebagai
berlebihan berat badan
atau obes berdasarkan Piawai Pertumbuhan BMI WHO 2007
bagi kanak-kanak
dan remaja (5 hingga 19 tahun) seperti berikut:
Jadual 1.1: Tafsiran BMI Kanak-Kanak dan
Remaja mengikut
rujukan WHO
Sasaran
|
Petunjuk
|
Kanak-kanak
dan remaja
(5
hingga 19 tahun)
|
Ø
+1
SD Berlebihan berat badan
Ø
+2
SD Obesiti
|
Secar
Secara tradisinya, kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan
kanak-kanak didefinisikan sebagai kelebihan berat badan relatif kepada ketinggian.
Ukuran Lilitan Pinggang
Ukuran lilitan pinggang berkait rapat dengan kandungan
lemak pada bahagian
abdomen (tengah badan) yang juga dikenali sebagai lemak
viseral tubuh. Ukuran
lilitan pinggang yang tinggi
merupakan salah satu faktor risiko kepada diabetes jenis 2 dan penyakit
kardiovaskular seperti penyakit jantung koronari, serangan jantung (penyakit
jantung iskemik), tekanan darah tinggi dan beberapa penyakit lain.Individu
dewasa yang mempunyai ukuran lilitan pinggang yang lebih daripada 90 cm (35
inci) bagi lelaki dan lebih daripada 80
cm (32 inci) bagi wanita adalah berisiko untuk mendapat penyakit di atas
(WHO /IASO /IOTF, 2000) Sumber : Modul Pencegahan Obesiti (2011)
Secara amnya, obesiti merupakan
pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang.Obesiti
kini dianggap sebagai satu penyakit nutrisi dan terjadi apabila tisu-tisu lemak
menjadi keterlaluan.Apa yang lebih menakutkan, obesiti boleh menganggu dan
mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah
kesihatan yang kritikal.Selain daripada kegiatan fizikal dan sosial terhad ,
jangka hayat penghidap obesiti dibimbangi
juga semakin pendek. Secara
tradisinya, kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak
didefinisikan sebagai kelebihan berat badan relatif kepada ketinggian.
3.0 Statistik obesiti di kalangan
kanak-kanak Malaysia
Hasil kajian
oleh sekumpulan penyelidik dari university Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi
kajian bertajuk ‘ Prevalence of obesity among children’ (2008) menunjukkan
peningkatan kadar obesiti sehingga 30 peratus di kalangan kanak-kanak berusia 6
hingga 12 tahun, berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Berdasarkan Kajian Keutamaan Nutrisi dalam Rancangan
Malaysia ke 10 (RMK-10)mendapati kadar kegemukan kanak-kanak meningkat daripada
6.6 peratus kepada 13.6 peratus.Kajian juga menunjukkan 25 daripada 100 pelajar
di negara ini dibimbangi akan mengalami masalah kegemukan pada tahun 2020.Ia
berdasarkan trend peningkatan 1% kes obesiti pelajar setiap tahun.Satu kajian
di Kuala Lumpur membabitkan 5, 995 kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga 10
tahun mendapati murid lelaki mengalami peratusan berat paling tinggi iaitu 9.7
peratus berbanding 7.1 peratus murid perempuan..
Prevalens berlebihan berat
badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja semakin meningkat dengan
mendadak di seluruh dunia (WHO, 1998). Kajian oleh Bong & Safurah (1996)
melaporkan 8% kanak-kanak sekolah rendah adalah berlebihan berat badan.
Kajian di kalangan
kanak-kanak 6 - 12 tahun di Malaysia menunjukkan peningkatan masalah berlebihan
berat badan daripada 11.0% kepada 12.8% dan obesiti daripada 9.7% kepada 13.7%,
masing-masing pada tahun 2002 dan 2008 (Ismail et al., 2003 ,2009)
Tinjauan Kesihatan dan
Morbiditi Kebangsaan III (2006) pula mendapati di kalangan kanak-kanak 6-12
tahun prevalens berlebihan berat badan/obesiti adalah 22.4% manakala di
kalangan remaja 13-17 tahun prevalens berlebihan berat badan / obesity adalah
21.4%.
4.0
Penyebab Obesiti
Kegemukan dan obesiti
mempunyai kaitan dengan cara pemakanan. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh
Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini, menunjukkan bahawa seorang
daripada 4 orang kanak-kanak di negara ini adalah gemuk ataupun obesiti.
Manakala seorang daripada 3 orang remaja adalah berat badan yang berlebihan,
dan seorang daripada 6 orang ialah obes. Kajian tersebut dijalankan pada tahun
2002 dan tahun 2008. Penemuan kajian tersebut menunjukkan peningkatan yang
ketara dalam bilangan kegemukan dan obesiti dalam kalangan pelajar sekolah.
Kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun juga menunjukkan peratus kegemukan dan obesiti.
Statistik yang
membimbangkan ini, jika dibiarkan, akan menyebabkan negara ini menuju ke arah
negara gemuk. Kegemukan dan obesiti ialah penyebab utama kepada penyakit kronik
seperti kencing manis, penyakit jantung, penyakit darah tinggi dan sebagainya.
Ini juga akan meningkatkan kos perubatan untuk rakyat Malaysia.
4.1 Amalan pemakanan tidak
sihat
Amalan makan makanan yang mengandungi lebih tenaga berbanding yang
digunakan merupakan antara faktor utama obesiti (Denise Walker,2006). Berat badan akan
bertambah apabila seseorang makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar
oleh badan . Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak. Berlebihan
berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang
berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu. Selalunya ia
akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.Semakin pesat sesebuah
negara, semakin banyak kemudahan yang disediakan. Segalanya berada di hujung
jari. Kebanyakan ibu bapa selalu menggunakan makanan sebagai tanda kasih dan
sayang. Tapi kalau mereka betul-betul sayangkan anak , janganlah masak atau
belikan anak-anak makanan yang menggemukkan sepanjang masa. Kasihanilah mereka
kerana yang susah nanti mereka juga.Selain itu, makanan segera
sewenang-wenangnya boleh dipesan dan dihantar terus ke rumah.Restoran makanan
segera yang boleh didapati dengan mudah mendorong anak-anak untuk
mengunjunginya.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan
(Kesihatan Awam), Datuk Dr. Shafie Ooyub pengambilan minuman berkarbonat dan makanan segera yang
berlebihan menjadi antara penyumbang kepada masalah obesiti.
4.2 Faktor genetik
Peranan
faktor genetik atau keturunan dalam mempengaruhi status berat telah menjadi satu penemuan penting
dalam kajian obesiti. Walau bagaimanapun,pengaruh genetik dan kaitannya dengan
berat badan masih sukar untuk dijelaskan. Faktor keturunan juga mempengaruhi rupa bentuk badan
seseorang.Penyelidikan yang dibuat di Amerika Syarikat membuktikan bahawa
anak-anak dari keturunan ibu bapa yang bertubuh normal mempunyai 10% peluang
menjadi gemuk.Peluang itu akan bertambah menjadi 40-50% jika salah seorang
daripada ibu bapa mengalami masalah berat badan.dan akan meningkat menjadi 70-80% jika kedua-duanya menghidap obesiti.
Bagaimanapun
sejak kebelakangan ini, beberapa kes kecacatan genetik di kenal pasti sebagai
punca 'hyperphagia' (makan berlebihan)
dan obesiti yang bermula dari usia kanak-kanak. Kecacatan genetik merangkumi sindrom
obesiti seperti sindrom Lawrence Moon
Biedl, sindrom Prader Willi, sindrom trisomi 21,
sindrom Wiedemann Beckwith dan lain-lain. Faktor kecacatan
genetik yang menyebabkan obesiti biasanya disebabkan perubahan atau mutasi
kepada beberapa gen seperti gen leptin dan perubahan pada keronsong gen leptin.
Kesan genetik kepada kejadian obesiti umumnya lebih banyak dipengaruhi oleh
faktor bukan genetik seperti amalan pemakanan dan kurang aktiviti fizikal.
Faktor keturunan ini, walau bagaimanapun sering dijadikan alasan kepada
kejadian obesiti dan alasan untuk tidak melakukan sebarang tindakan untuk
mengatasinya.
4.3
Cara hidup tidak aktif
Kebanyakan populasi dunia termasuk di Malaysia
mengamalkan cara hidup yang
sedentari (Poh et al. 2008)
berpunca daripada pembangunan yang pesat dan peningkatan penggunaan peralatan
yang mengehadkan penggunaan tenaga manusia.Kurang aktiviti fizikal atau cara
hidup sedentari boleh didefinisikan sebagai
pergerakan anggota badan yang minima yang bersamaan dengan kadar
metabolisme rehat. Tingkah laku seperti duduk dan tidur dengan lama, menggunakan
lif berbanding tangga, memandu berbanding berjalan kaki menyumbang kepada
penggunaan tenaga yang minimum dan menyumbang kepada masalah obesiti.Teknologi
masa kini menyebabkan pergerakan yang minimum diperlukan untuk melakukan
sesuatu kerja dan meminimumkan penggunaan tenaga. Persekitaran masa kini yang
semakin sibuk menyebabkan kekangan masa untuk bersukan dan kenaikan kos hidup
menyebabkan persekitaran dan kemudahan yang tidak mencukupi untuk bersukan atau
berekreasi dan seterusnya menggalakkan
kehidupan sedentari. Ianya juga merujuk kepada
amalan tingkah laku fizikal yang pasif seperti menonton televisyen, membaca,
menggunakan komputer, berbual melalui telefon, memandu kereta, bermeditasi dan
makan.
Masa kini, teknologi canggih
menjadikan kanak-kanak menghabiskan masa di hadapan televisyen dan bermain
games.Kanak-kanak mesti dipaksakan membebaskan diri mereka daripada teknologi
multi media dan dipaksa turun beriadah atau bersenam.
4.4 Ketidak seimbangan tenaga
Imbangan
tenaga adalah keadaan di mana tenaga yang diambil dalam bentuk makanan/minuman
adalah seimbang dengan tenaga yang digunakan oleh tubuh, iaitu tenaga untuk
proses metabolisme asas dan aktiviti fizikal. Dalam keadaan pengambilan tenaga
adalah sama/ seimbang dengan penggunaan tenaga tidak berlaku penambahan berat
badan.Seseorang dikatakan mempunyai imbangan tenaga positif apabila tenaga yang
diambil melalui makanan melebihi daripada tenaga yang digunakan oleh
tubuh.Tenaga yang berlebihan tersebut tidak digunakan dan akan ditukarkan
kepada bentuk lemak dan disimpan dalam tisu adipos di bawah kulit. Pertambahan lemak
ini akan menyebabkan peningkatan berat badan individu. Peningkatan berat badan adalah
petunjuk kepada imbangan tenaga positif. Imbangan tenaga positif perlu semasa
ibu hamil, kerana tenaga berlebihan ini diperlukan bagi menampung pertumbuhan
janin. Pada peringkat bayi, kanak-kanak dan remaja juga perlu imbangan tenaga
positif untuk proses tumbesaran. Bagi orang dewasa, imbangan positif dalam jangka
masa berpanjangan boleh menyebabkan berat badan bertambah. Imbangan negatif
pula terjadi apabila pengambilan makanan adalah kurang daripada tenaga yang
digunakan seharian. Dalam keadaan ini tenaga yang diperlukan untuk aktiviti
seharian akan diambil dari simpanan lemak tubuh. Penggunaan lemak tubuh ini
menyebabkan penyusutan lemak tubuh dan seterusnya penurunan berat badan individu
tersebut.
4.5 Faktor Psikososial
Faktor psikososial (seperti tekanan perasaan, rendah
keyakinan diri, diskriminasi
pekerjaan dan beberapa
bentuk stigma sosial) merupakan faktor yang perlu diambil kira di dalam
pencegahan obesiti kerana berbanding faktor genetik. Faktor psikososial
merupakan faktor yang boleh diubah. Faktor psikososial dipengaruhi oleh aspek
psikologi individu dan ianya dipelajari melalui pelbagai pengalaman hidup.
Rasa lapar dan selera
Rasa lapar adalah maklum
balas psikologi kepada keperluan mengambil makanan yang dihasilkan oleh
rangsangan otak. Ianya boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti saiz dan
komposisi hidangan yang diambil sebelumnya, corak pengambilan makanan individu,
status fizikal dan mental individu. Faktor psikologi seperti bau serta
interaksi persekitaran amat mempengaruhi pengambilan makanan individu. Individu
yang mengehadkan pengambilan makanan pada setiap hidangan akan merasa kelaparan
yang lebih tinggi untuk beberapa hari tetapi ianya semakin lama akan semakin
hilang dari hari ke hari. Pada peringkat tertentu, kelaparan tidak terkawal
akan menyebabkan pengambilan makanan berlebihan melebihi kekurangan kalori yang
dihadapi. Kapasiti perut juga boleh beradaptasi kepada kuantiti yang lebih
besar sehinggakan kuantiti hidangan biasa tidak lagi menyebabkan rasa kenyang.
Selera juga boleh
menyebabkan individu mula mengambil makanan walaupun tanpa rasa lapar. Tidak
seperti kelaparan, selera adalah merupakan sesuatu yang dipelajari daripada
pengalaman. Selera meningkatkan kelaparan dan individu boleh berselera tanpa
rasa lapar. Salah satu contoh adalah dari pemerhatian dan bau makanan, selera
boleh meningkat dan seterusnya menggalakkan individu menikmati hidangan atau
menambah saiz makanan. Bau dan penglihatan boleh meningkatkan lagi selera
walaupun pada masa tersebut kelaparan individu tersebut telah diatasi. Pemilihan
makanan juga mempengaruhi rasa kenyang. Sesetengah makanan menyebabkan rasa
kenyang yang berpanjangan berbanding makanan yang lain. Secara umumnya makanan
serat yang tinggi mengekalkan rasa kenyang yang lebih berpanjangan berbanding nutrien yang
lain.
4.6 Faktor
personaliti dan kognitif
Personaliti
juga menyumbang kepada tingkah laku pengawalan berat badan iaitu individu yang
tidak percaya kepada keupayaan diri dalam mengawal berat badan akan berhadapan
dengan masalah tersebut. Kawalan diri dan keupayaan individu menguruskan hidup
juga mempengaruhi tingkah laku pengawalan berat badan. Sesetengah individu
mengambil makanan sebagai salah satu cara mengurangkan tekanan dan menenangkan
diri. Masalah lain seperti makan dengan terlalu banyak juga berkaitan dengan
masalah personaliti seperti kemurungan, tekanan dan lain-lain yang jelas
menunjukkan ianya berkaitan dengan pengambilan makanan.
4.7
Metabolisme rendah
Kadar metabolisme yang rendah akan
mengakibatkan tenaga yang masuk ke dalam tubuh lambat menjadi glikogen
menyebabkab menjadi lemak.Mereka yang mengalami masalah obesiti mempunyai
metabolisme yang rendah kerana mereka tidak bersenam atau mengamalkan diet yang
seimbang.Ini sekali gus mendedahkan mereka untuk mengalami masalah obesiti yang
lebih serius.
4.8 Masalah penyakit
Sebilangan
kecil kanak-kanak menjadi obes disebabkan penyakit lain seperti;
Ø Hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid)
Ø Human growth hormone deficiency (kekurangan
hormon pertumbuhan)
Ø Cushing's syndrome' atau jangkitan, trauma atau
ketumbuhan di 'hypothalamus'
5.0 Implikasi obesiti
Masalah obesiti
di kalangan kanak-kanak sebenarnya mendedahkan mereka bukan hanya melibatkan
kesihatan fizikal badan, malahan turut memberi kesan kepada psikologi dan
kesihatan mental.
5.1 Masalah Kesihatan Fizikal
Berat badan berlebihan dikaitkan dengan risiko yang tinggi jika
mengalami masalah perubatan seperti seperti serangan pelbagai penyakit kronik
yang boleh menyebabkan kematian awal.
·
Masalah serangan penyakit jantung koronari
·
Penyakit darah tinggi/hipertensi
·
Paras kolesterol yang tinggi
·
Penyakit kencing manis/ Diabetes Mellitus
·
Masalah pernafasan ( asma) serta masalah tidur (sleep apnea syndrome)
·
Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis, gout dan kesakitan tulang pinggul
·
Bertambah gemuk apabila semakin dewasa
·
Masalah batu dalam pundi hempedu (gall bladder)
5.2 Kesihatan Mental dan Psikologi
Kesihatan mental yang disebutkan
bukanlah mengaitkan obesiti dengan penyakit "gila" atau masalah otak
tetapi lebih kepada kesan kepada emosi individu yang mempunyai berat badan
berlebihan atau obesiti hasil interaksi sosial. Obesiti kalangan
kanak-kanak khususnya berusia bawah tujuh tahun mungkin kelihatan comel.
Namun apabila mereka mula memasuki alam persekolahan, ia boleh memberikan kesan
negatif kepada pertumbuhan sosial mereka apabila diejek rakan sekelas.
Malah anak juga mungkin kurang ceria dan tidak bersemangat mengikuti pelbagai
aktiviti di sekolah lantaran selalu diejek. Boleh dikatakan di mana sahaja seseorang kanak-kanak yang "besar" badannya bersekolah,
pasti ada yang mendiskriminasi atau mengejek. Ini mungkin akan meninggalkan
kesan psikologi kepada kanak-kanak tersebut, menyebabkan tahap keyakinan
dirinya semakin rendah.
Kesan diskriminasi pada usia muda ini akan dibawa sehingga mereka dewasa dan mungkin membawa kepada masalah hidup yang menjejaskan tahap kepuasan hidup individu yang berbadan besar.
Kesan diskriminasi pada usia muda ini akan dibawa sehingga mereka dewasa dan mungkin membawa kepada masalah hidup yang menjejaskan tahap kepuasan hidup individu yang berbadan besar.
6.0
Langkah-langkah pengurusan berat badan
Lebih
155 juta kanak-kanak sekolah mengalami masalah berlebihan berat badan dan
mereka ini diramalkan generasi pertama yang mempunyai jangka hayat yang lebih
pendek berbanding ibu bapa mereka. Ianya jelas menunjukkan suatu tindakan yang
komprehensif perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini. (IASO,2009).Anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa, bukan pihak
ketiga seperti guru, pengasuh, mahupun orang gaji. Oleh yang demikian ibu bapa
yang betul-betul sayangkan anak mereka, mestilah mengambil berat
dan mengawal berat badan
anak-anak bagi mencegah obesiti.
Menyedari peningkatan
masalah berlebihan berat badan dan obesiti di kalangan rakyat Malaysia, Lembaga
Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) serta pelbagai organisasi berusaha untuk menjalankan
aktiviti-aktiviti pencegahan dan kawalan obesiti melalui pengupayaan
pertubuhan-pertubuhan.
6.1 Peranan Ibu bapa
Penjagaan pemakanan anak-anak
patut dimulakan sejak bayi. Penyelidikan
telah menunjukkan kebanyakan golongan dewasa yang obes bermula daripada bayi
yang mempunyai berat badan berlebihan. Memulakan makanan pejal yang
berkarbohidrat tinggi pada usia terlalu awal dan juga minuman yang mempunyai
kandungan gula seperti jus memberi kesan pada berat bayi. Ibu bapa juga sepatutnya menjadi model kepada
anak-anak mereka dalam memupuk cara pemakanan yang sihat. Kanak-kanak patut
didedah kepada cara pemakanan serta gaya hidup yang sihat sejak usia muda.
§ Amalan Makan Secara Sihat
a) Pastikan anak-anak mengambil sarapan setiap pagi. Kanak-kanak yang tidak bersarapan ibarat meneruskan puasa sepanjang malam dan tidak mendapat zat makanan diperlukan untuk memulakan aktiviti harian.
b) Jangan makan terlalu banyak waktu malam. Ini kerana kita sering berehat bersama keluarga selepas itu dan tidak melakukan aktiviti lasak menyebabkan badan tidak berpeluang menggunakan kalori yang dihasilkan daripada pencernaan makanan itu.
c) Pastikan makanan seimbang daripada pelbagai jenis dan sumber. Penjagaan pemakanan tidak bermaksud mengehadkan pemakanan kanak-kanak. Makanan berkhasiat diperlukan untuk meningkatkan keupayaan fizikal dan mental mereka untuk belajar (seperti membina kemahiran bertutur dan menguatkan daya ingatan).
a) Pastikan anak-anak mengambil sarapan setiap pagi. Kanak-kanak yang tidak bersarapan ibarat meneruskan puasa sepanjang malam dan tidak mendapat zat makanan diperlukan untuk memulakan aktiviti harian.
b) Jangan makan terlalu banyak waktu malam. Ini kerana kita sering berehat bersama keluarga selepas itu dan tidak melakukan aktiviti lasak menyebabkan badan tidak berpeluang menggunakan kalori yang dihasilkan daripada pencernaan makanan itu.
c) Pastikan makanan seimbang daripada pelbagai jenis dan sumber. Penjagaan pemakanan tidak bermaksud mengehadkan pemakanan kanak-kanak. Makanan berkhasiat diperlukan untuk meningkatkan keupayaan fizikal dan mental mereka untuk belajar (seperti membina kemahiran bertutur dan menguatkan daya ingatan).
d) Jangan kerana
sayangkan anak, segala pilihan makanan
diserahkan kepada mereka. Jangan takut
untuk berkata “tidak”. Mungkin perasaan kasihan timbul dalam diri tetapi
percayalah ia akan menjadi kebiasaan. Lambat laun mereka akan faham dengan
keadaan tersebut.
e) Tanya anak setiap
hari apa yang mereka makan di sekolah. Jika makanan ringan ada dalam senarai
mereka, pujuk dan gunakan pendekatan psikologi dengan mengatakan ia tidak sihat
untuk badan.
f) Proses
pengurangan berat badan bukan berlaku sekelip mata tetapi memerlukan masa dan
dorongan keluarga. Jangan sekali-kali mengurangkan makanan kanak-kanak tetapi
berikan makanan lebih sihat seperti sayuran dan buahan.
g) Pujian akan
menambah sikap positif kanak-kanak dan ini memudahkan lagi proses pengurangan berat badan. Oleh itu,
seringlah memuji mereka.
h) Ubah sedikit demi
sedikit menu makanan harian di rumah. Pastikan makanan yang dipilih berserat
tinggi dan kandungan lemaknya rendah Jangan sesekali anda mengasingkan menu
anak yang obes. Pastikan menu yang dimakan adalah sama dengan ahli keluarga
yang lain sebagai tanda sokongan dan mengelakkan mereka rasa disisihkan
§ Tingkatkan Aktiviti Fizikal
Di zaman cyber dan teknologi canggih ini, amatlah penting untuk ‘mengerah’
anak anak untuk keluar rumah dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
fizikal di luar rumah seperti bersukan, bermain dengan jiran dan lain-lain
lagi. Jangka masa yang sesuai adalah sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari.
Kawal masa untuk PS3, wii dan telefon bimbit. Kawal waktu dan penggunaan alat
permainan elektronik dan telefon bimbit kerana kedua-duanya penggalak sikap
malas.
Pastikan seluruh
keluarga menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari. Ia bukan sahaja
menyihatkan malah mereka pasti gembira melakukannya bersama-sama Pastikan anak
anda aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
Selain itu, hadkan aktiviti
sedentari dengan:
Hadkan
aktiviti sedentari kepada 2 jam dalam sehari. Contohnya menggunakan komputer,
menonton televisyen, duduk atau berbaring kecuali waktu tidur.
Selalu
mencuba untuk melakukan aktiviti mudah seperti regangan, bangun tubi semasa
menonton televisyen atau menggunakan komputer.
Peningkatan aktiviti fizikal
adalah penting bagi mencegah peningkatan berat badan dan obesiti.
Sumber
: Modul Pencegahan Obesiti (2011)
6.2 Peranan Agensi Kerajaan dan Sekolah
Kementerian
kesihatan dan Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah untuk menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Kantin Sekolah
Sihat yang meliputi larangan menjual minuman berkarbonat berjenama dan
minuman bertenaga di kantin atau mesin layan diri di sekolah. Usaha ini dianggap
sebagai langkah untuk menggalakkan pemakanan berkhasiat dalam kalangan
pelajar. .
Selain daripada minuman berkarbonat, makanan yang tidak berkhasiat seperti keropok yang mengandungi garam yang tinggi, gula-gula serta makanan ringan yang kurang sihat juga patut dilarang dijual dalam kawasan sekolah. Selain itu, minuman jus atau minuman isotonik mungkin dianggap sebagai pilihan yang lebih sihat, tetapi produk tersebut juga mempunyai kandungan gula yang tinggi. Minuman tersebut juga patut dilarang dijual dalam kawasan sekolah.
Selain di dalam kawasan sekolah, kawasan di luar sekolah juga patut dipantau bagi mengelakkan wujudnya penjaja yang menjual makanan ringan yang tidak berkhasiat seperti ais krim. Kebanyakan penjaja ini merupakan penjaja yang tidak berlesen yang mempunyai cara penyimpanan makanan yang baik. Garis panduan yang disediakan itu juga perlu merangkumi juga buffer zone, iaitu kawasan luar sekolah dalam jarak yang tertentu dilarang menjual
berkhasiat. Pihak sekolah juga patut bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memantau penjual makanan ringan tersebut.
Selain daripada minuman berkarbonat, makanan yang tidak berkhasiat seperti keropok yang mengandungi garam yang tinggi, gula-gula serta makanan ringan yang kurang sihat juga patut dilarang dijual dalam kawasan sekolah. Selain itu, minuman jus atau minuman isotonik mungkin dianggap sebagai pilihan yang lebih sihat, tetapi produk tersebut juga mempunyai kandungan gula yang tinggi. Minuman tersebut juga patut dilarang dijual dalam kawasan sekolah.
Selain di dalam kawasan sekolah, kawasan di luar sekolah juga patut dipantau bagi mengelakkan wujudnya penjaja yang menjual makanan ringan yang tidak berkhasiat seperti ais krim. Kebanyakan penjaja ini merupakan penjaja yang tidak berlesen yang mempunyai cara penyimpanan makanan yang baik. Garis panduan yang disediakan itu juga perlu merangkumi juga buffer zone, iaitu kawasan luar sekolah dalam jarak yang tertentu dilarang menjual
berkhasiat. Pihak sekolah juga patut bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memantau penjual makanan ringan tersebut.
Kementerian Pelajaran
Malaysia melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan agar setiap murid dapat menikmati
manfaat bersukan bagi melahirkan insan yang sihat dan cergas. Justeru, pelbagai
aktiviti sukan telah diperkenalkan bagi menarik minat murid untuk melibatkan
diri secara aktif dalam bidang sukan. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar
Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan dimulakan di peringkat sekolah.
Laporan oleh Unites States
Health and Human Service (2001) menyatakan bahawa sekolah adalah lokasi utama
strategi pencegahan dan penurunan kewujudan sindrom kegemukan dan obesiti di
kalangan pelajar. Sekolah menyediakan pelbagai peluang untuk pelajar melibatkan
diri dalam aktiviti fizikal,
mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat / baik serta mengukuhkan kefahaman
berkaitan diet sihat dan faedah aktiviti fizikal. Guru sebagai role model disarankan
untuk meningkatkan kesedaran diri mengenai kepentingan nutrisi yang baik dan
sihat serta
gaya hidup yang aktif demi
kesejahteraan hidup; bersama ibu bapa dan masyarakat untuk menekankan
kepentingan program dan polisi aktiviti fizikal dan nutrisi yang dikendalikan
oleh pihak sekolah; menekankan kepentingan penerimaan saiz badan dan amalan
kawalan berat badan yang tidak sihat dan meningkatkan sensitiviti guru untuk
menangani masalah yang dihadapi oleh pelajar gemuk.
Guru sebagai role model perlu menampilkan diri sebagai individu yang mempunyai bentuk badan yang ideal di kaca mata pelajar dan mampu mempengaruhi serta mengubah sikap di samping memotivasikan pelajar ke arah yang lebih positif. Ke arah itu, guru perlu mengamalkan diet yang seimbang dan penglibatan dalam aktiviti fizikal yang baik supaya imej diri mereka dapat diperbaiki dan dikekalkan dan mampu berfungsi dengan lebih baik.
Guru sebagai role model perlu menampilkan diri sebagai individu yang mempunyai bentuk badan yang ideal di kaca mata pelajar dan mampu mempengaruhi serta mengubah sikap di samping memotivasikan pelajar ke arah yang lebih positif. Ke arah itu, guru perlu mengamalkan diet yang seimbang dan penglibatan dalam aktiviti fizikal yang baik supaya imej diri mereka dapat diperbaiki dan dikekalkan dan mampu berfungsi dengan lebih baik.
7.0
Penutup
Keluarga adalah pendorong utama kanak-kanak berubah kepada
gaya hidup lebih sihat. Bermula
daripada pemakanan sehinggalah aktiviti yang dilakukan. Bukan mudah untuk
melakukan perubahan jadi lakukan ia secara berperingkat bagi mengelakkan
anak-anak berasa tertekan. Masalah obesiti perlu diatasi dengan
segera agar golongan remaja khususnya dapat berfungsi dengan lebih baik ke arah
pembentukan masyarakat yang seimbang dan dinamik ke arah pencapaian semua
matlamat wawasan 2020.Program-program intervensi perlu dibentuk dengan
mengambil kira semua faktor yang berkaitan supaya eipdemik obesiti dapat
dikurangkan atau dibendung seperti amalan pemakanan yang baik, gaya hidup yang
sihat serta sikap dan tingkahlaku yang positif. Pemantauan berterusan ke atas
golongan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah obesiti perlu diteruskan
supaya berat badan ideal dapat dikekalkan dan tingkahlaku yang sihat dapat
dikekalkan. Sokongan dari semua pihak amat diperlukan supaya hasrat untuk
mengurangkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah.
Di samping itu, maklumat
mengenai pemakanan yang seimbang, informasi mengenai sumbangan aktiviti fizikal
dalam mengekalkan berat badan dan pengekalan tahap kesihatan serta amalan tingkahlaku
yang baik dan positif dapat membantu pihak kerajaan membendung masalah obesiti
di kalangan kanak-kanak dan remaja yang kritikal di Malaysia ketika ini.
8.0
Bibliografi
Denise walker (2006) Makanan, Darah dan Tulang . Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad : Kuala Lumpur
Lembaga
Promosi Kesihatan Malaysia (2011).Modul Program Promosi Kesihatan :Pencegahan Obesiti
Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah (2007). Kawal
kegemukan cara mudah dan murah. Utusan Malaysia Online.
Yu Kin
Len ( 2011) Pupuk Cara Pemakanan Sihat di
Sekolah di laman web : http://www.konsumerkini.net.my
No comments:
Post a Comment