Tuesday 2 April 2013

Mengimbau Sejarah Penjajahan Barat di Malaysia


    1.0 PENGENALAN
Penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan
Seperti yang kita sedia maklum, sebelum Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, Tanah Melayu telah dijajah oleh beberapa kuasa asing iaitu Portugis, Belanda, British dan Jepun. Setiap jajahan oleh kuasa-kuasa asing, Tanah Melayu atau kini dikenali sebagai Malaysia menerima banyak kesan-kesan sama ada kesan positif atau kesan negatif. Teryata, kesan-kesan jajahan kuasa-kuasa asing ini banyak memberi kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial penduduk di Tanah Melayu. Penjajahan kuasa-kuasa luar terhadap Tanah Melayu terjadi disebabkan faktor-faktor seperti kuasa pemerintahan yang lemah, sumber ekonomi yang banyak dan banyak lagi. Ini akan dibincang kan dalam tajuk yang lain.
Jika dilihat kini, Malaysia mempunyai masyarakat majmuk. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompokkelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik. Kelompok-kelompok ini bercampuran tetapi mereka tidak bergantung antara kaum lain dan amat berpegang kuat kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang tersendiri.
Penjajahan di Tanah Melayu oleh kuasa-kuasa asing bermula dengan kedatangan dan serangan oleh Portugis ke Melaka. Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Kedatangan dan serangan Portugis ke Melaka berpunca daripada sedikit perselisihan faham, Sultan telah menahan beberapa pedagang Poryugis yang datang berdagang ke Melaka. Alfonso De Alburqaque tiba di Melaka pada Julai 1511 dan menghantar utusan meminta Sultan Melaka membebaskan orang Portugis dan membayar gantirugi. Keengganan baginda telah menyebabkan Melaka diserang dengan 800 orang Portugis dan 600 orang India. Tentera seramai 1400 orang ini telah menambahkan lagi jumlah masyarakat berbilang kaum pada ketika itu. Pada 24 Ogos 1511, Portugis telah berjaya menawan Melaka.
1
Seterusnya, Tanah Melayu telah dijajah oleh Belanda. Sewaktu Belanda menjajah Tanah Melayu, berlaku rampasan takhta oleh Belanda. Pada tahun 1597, Belanda menyerang Kota Portugis Melaka.Pada tahun 1606, Johor berpakat dengan Belanda untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa. Pada tahun 1636, kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis dan akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 14 Januari 1641. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Coutinho telah menyerahkan kuasa kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe.
Akibat pergolakan politik dan perebutan takhta di Kedah dan Johor, British telah mengambil kesempatan untuk menakluk Pulau Pinang dan Sigapura. Disini bermulalah penjajahan oleh British. Manakala melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, secara langsung Melaka telah diserahkan oleh Belanda kepada pihak British. Ketiga-tiga wilayah ini telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-negeri Selat. Penjajahan British di Tanah Melayu bertujuan memenuhi keperluan permintaan bahan mentah untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap dan mencari peluang baru untuk pelaburan dibarat.
Selepas itu, Tanah melayu telah dijajah pula oleh Jepun. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga turut memberi Kesan serba sedikit terhadap pembentukan masyarakat Malaysia yang sedia wujud pada hari ini. Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu dipanggil sebagai Malai Baru oleh Jepun dan ianya diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura. Sementara itu di Singapura yang dikenali sebagai Snoyan telah diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu. Pada tahun 1945 Jepun telah meletakkan senjata dan berundur dari Tanah Melayu.
Selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu pada tahun 1945, British kembali memerintah. Kedatangan semula Inggeris membawa usaha-usaha perpaduan melalui pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum.Namun begitu sokongan rakyat terhadap mereka luput sama sekali kerana merasakan mereka lemah dan tidak mampu menentang Jepun selama 5 tahun penaklukan Jepun di Tanah Melayu.Perkara ini membawa kepada tuntutan kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu berbilang kaum daripada pihak British.


Kesan dari penjajahan British telah memberi impak positif dan negatif kepada pembangunan dan keamanan negara yang dapat dinilai perkembangannya dari masa ke semasa hingga ke hari ini.

1.1PENJAJAHAN BRITISH DI TANAH MELAYU
Kronologi British menguasai negeri-negeri selat
Kejatuhan Pulau Pinang ke tangan British pada tahun 1786 hanya melalui tipu daya Kapten Francis Light merupakan titik tolak kepada permulaan kolonialisme British di Tanah Melayu. Dalam membahaskan kesan kolonialisme terhadap struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan, penakrifan tentang kolonialisme harus dirungkaikan. Menurut Nadel dan Curtis, kolonialisme bermaksud imperialisme seperti dilihat daripada kaca mata penting penjajahan dan semua kolonialisme dimengertikan sebagai perkembangan imperialisme, tetapi bukan semua perkembangan imperialisme bererti kolonialisme. Secara am nya, kolonialisme bermaksud penindasan, penghinaan atau eksploitasi orang-orang peribumi. Oleh yang demikian, kolonialisme ialah bentuk penjajahan politik satu kuasa ke atas kuasa yang lainnya.
Perbincangan seterusnya tertumpu kepada persoalan siapakah masyarakat tradisional tempatan? Golongan ini merupakan penduduk awal yang mendiami Tanah Melayu iaitu orang Melayu dan mengamalkan sistem politik bersifat feudal dan mengamalkan ekonomi sara diri. Masyarakat tradisional tempatan mempunyai kehidupan sosioekonomi yang tersendiri sebelum kedatangan kolonialisme British. Justeru, perbahasan ini akan membincangkan kedatangan kolonialisme British telah memberi kesan kepada struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan. Kesan kolonialisme sebenarnya telah mengubah politik, ekonomi dan sosial masyarakat tradisional tempatan iaitu penguasaan oleh pihak British.

Kuasa Pemerintahan Raja dan Pembesar adalah Terhad.
Struktur politik masyarakat tradisional sebelum kedatangan British adalah berbentuk feudalisme. Sistem ini telah memberikan kuasa mutlak kepada raja atau sultan.

Masyarakat feudal sangat memerlukan perlindungan dan perhubungan peribadi yang saling bergantungan antara yang kuat dengan yang lemah, dan dalam masyarakat ini setiap orang terikat dengan sistem itu. Namun, kesan daripada kolonialisme British telah menyebabkan kuasa raja menjadi terbatas kepada penasihat agama dan adat istiadat orang Melayu. Hal ini dapat dibuktikan melalui Perjanjian Pangkor 1874 menyebabkan kehilangan kuasa oleh Raja Muda Abdullah dari Perak. Keadaan ini sekaligus memperlihatkan kehilangan kuasa raja dan pembesar serta perubahan struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan.
Kesan yang jelas dapat dilihat dalam aspek penguasaan ekonomi oleh raja. Ketika dahulu raja adalah pemilik tanah dan penguasa ekonomi kerana memiliki tanah dan boleh mengurniakan tanah kepada sesiapa yang dikehendakinya terutamanya pembesar. Keadaan ini telah memberi faedah kepada sultan atau raja hasil daripada pungutan cukai. Hal ini dapat dibuktikan apabila Sultan Abdullah di Perak menyewakan hak memungut cukai di Muara Sungai Perak sebanyak $24,000 setahun dan Menteri Larut ketika zaman kemuncak pemerintahannya pada tahun 1870-1872 mendapat $180,000 setahun daripada lombong-lombong di Larut. Kehadiran kolonialisme British telah menghakis kuasa pembesar dan sultan dalam pemilikan tanah dan penguasaan ekonomi masyarakat setempat. Hal ini rentetan daripada pengenalan dasar ekonomi yang berbentuk bebas atau lebih dikenali sebagai dasar laissez-faire. Keadaan ini telah menyebabkan kemasukan pelabur-pelabur asing untuk melabur dalam sektor ekonomi yang berkembang seperti perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport. Perkembangan ini telah mendorong pemodal mendesak British supaya campur tangan di negeri-negeri Melayu seperti Perak, Selangor dan Sungai Ujong sekitar tahun 1875. Fenomena ini menjadi tunjang kepada kehilangan kuasa pembesar dan raja dan jika terdapat kuasa, mereka hanya berkuasa memungut cukai untuk British dan mereka diberikan gaji atau elaun. Penjelasan ini jelas mengungkapkan kolonialisme British telah mengehadkan kekuasaan sultan dan pembesar dan mengubah struktur politik masyarakat tradisional tempatan kerana tampuk pemerintahan dikuasai oleh British.

Pengenalan Sistem Residen
Struktur sosioekonomi telah berubah kesan daripada kolonialisme British. British telah memperkenalkan sistem residen yang memberi tamparan kepada penguasaan ekonomi masyarakat tradisional tempatan. Perubahan struktur sosioekonomi adalah berbeza mengikut negeri dan pemerintahan residen itu sendiri. Di Perak, Hugh Low telah berjaya mengekalkan sistem feudal masyarakat tradisional Melayu iaitu para pembesar menjalankan hasil kutipan cukai dalam bentuk tunai namun mereka diberi gaji atau elaun walaupun terikat dengan peraturan British.
Tetapi berlainan pula dengan halnya di Pahang iaitu residennya J.P.Rodger telah menghapuskan sistem feudal masyarakat Melayu secara langsung dengan melantik beberapa pegawai Inggeris untuk mengutip cukai dan ini telah melenyapkan kuasa Dato’ Bahaman untuk mengutip cukai. Walau apapun keadaannya, kehadiran kuasa residen yang diperkenalkan oleh British telah menyebabkan perubahan besar dalam struktur sosioekonomi masyarakat tradisional temapatan. Hal ini disebabkan kehilangan kuasa pembesar mengutip cukai dan mereka hanya menjadi pekerja bagi British yang dibayar gaji sekaligus melenyapkan sistem serah yang diamalkan sebelum kedatangan kolonialisme.
Pengenalan sistem residen oleh kolonial memberikan kesan kepada struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan. Kehadiran residen bertujuan untuk mengkoreksi minda mereka mengikut kepakaran masing-masing dalam menjalankan dasar British. Setiap perkara pula perlu mendapat persetujuan gabenor Negeri-Negeri Selat (NNS) dan Pejabat Tanah Jajahan di London. Kita dapat menilai bahawa semua ini telah mengubah struktur sosioekonomi. Perubahan ini adalah disebabkan penguasaan residen menafikan kuasa raja atau sultan yang memerintah. Hal ini dibuktikan apabila J.W.W. Birch yang menjadi residen bertindak sesuka hati memperkenalkan dasar-dasar British tanpa mempedulikan kuasa Sultan Abdullah yang memerintah Perak ketika itu. Keadaan ini telah menyebabkan kuasa sultan semakin luntur dan hanya sebagai boneka oleh British. Oleh itu, pengenalan sistem residen merupakan kesan kolonialisme yang mengubah struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan dari aspek kekuasaan sultan dan penguasaan ekonomi oleh British.
British memperkenalkan Undang-undang Tanah
Kolonialisme British telah mengubah kaedah pemilikan tanah yang dipraktikan sebelum ini iaitu sistem hakmilik tanah secara adat tidak bersesuaian dengan sistem ekonomi bebas.

British telah memperkenalkan beberapa undang-undang tanah untuk mengeksploitasi ekonomi secara maksimum. Antara undang-undang tanah yang digubal ialah dan dikuatkuasakan sebagai Peraturan 19 tahun 1830 menggariskan peruntukkan kuasa kepada Inggeris untuk mengutip cukai sepersepuluh daripada hasil pertanian. Pelaksanaan ini menunjukkan perubahan ataupun kesan daripada penjajahan British iaitu masyarakat tradisional tempatan harus membayar cukai kepada kerajaan British. Hal ini berbeza pada zaman feudal yang mengamalkan sistem serah.
Di samping itu, British juga berhak terhadap tanah yang tidak diusahakan atau tanah hutan. Keadaan ini sekaligus mengubah lanskap kehidupan sosioekonomi masyarakat Melayu untuk mengubah corak ekonomi sara kepada ekonomi kapitalis acuan British.
Di samping itu, kesan kolonialisme British adalah pemilikan tanah perlombongan yang dahulunya dikuasai oleh golongan pembesar Melayu kini jatuh ke tangan British. Pada tahun 1857, kawasan perlombongan dikuasai oleh pembesar seperti Raja Malik di Jeram, Raja Bot di Lukut, Raja Mahadi di Klang dan lain-lain kawasan. Kawasan perlombangan ini telah dikuasai oleh British dan mengubah struktur sosiekonomi masyarakat tradasional tempatan melalui undang-undang tanah. Hal ini dibuktikan apabila Pejabat Tanah British mengeluarkan undang-undang yang membahagikan tanah diseluruh negeri kepada empat jenis dan hak milik ke atasnya mesti dituntut oleh Pejabat Tanah dan salah satu daripadanya ialah tanah rezab untuk perlombongan. Pengenalan undang-undang tanah oleh Pejabat Tanah merupakan kesan daripada kolonialisme British yang telah mengubah struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan.
Pembentukan Masyarakat Majmuk
Menurut J.S. Furnivall, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang tinggal berkelompok mengikut kaum dalam unit politik yang sama dan setiap kelompok mengamalkan agama, adat resam, bahasa, pemikiran, kerjaya dan cara hidup sendiri. Perhubungan mungkin wujud antara satu sama lain tetapi hanya di pasar atau kedai yang menjalankan urusan jual beli. Dasar imigran British menggalakkan imigran Cina dan India berhijrah dan mencuba nasib di Tanah Melayu peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Kemasukan golongan imigran yang semakin pesat telah memecahkan dominasi orang Melayu di Malaysia kerana sebelum kedatangan British masyarakat Melayu merupakan satu rumpun bangsa yang mengamalkan pertanian sara diri. Kesan imigrasi dapat dilihat di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada tahun 1898 yang menunjukkan perbezaan yang jelas dalam pertambahan penduduk. Masyarakat Peribumi meningkat sebanyak 34.9 peratus, Cina naik sebanyak 83.4 peratus dan India peningkatannya mencecah 188.8 peratus. Kesannya telah menyebabkan penguasaan golongan imigran Cina dan India terhadap Tanah Melayu yang dahulunya dimonopoli oleh orang Melayu. Terbuktilah bahawa kolonialisme British telah mengubah struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan yang telah membentuk masyarkat yang berbilang kaum di Tanah Melayu. Kedatangan imigran Cina, India dan imigran dari Kepulauan Melayu ke Tanah Melayu telah membentuk satu masyarakat majmuk serta organisasi sosial dan budaya yang berbeza daripada sebelumnya kesan daripada kolonialisme British.
Perkembangan Infrastruktur
Umum mengetahui bahawa British mempunyai matlamat tersendiri di sebalik penjajahannya di Tanah Melayu iaitu mengaut seberapa banyak secara maksimum keuntungan daripada pengeksploitasian terhadap kekayaan hasil bahan mentah khususnya bijih timah di Tanah Melayu dan objektif ini sebenarnya dapat dicapai melalui kemajuan dalam infrastruktur iaitu dengan mewujudkan beberapa jaringan perhubungan bagi memudahkan proses penghantaran sumber secara berkesan serta efisien. Perkembangan infrastruktur ini telah memberi kesan terhadap sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan kerana dahulunya mereka menggunakan pengangkutan air untuk perhubungan. Hal ini dapat dibuktikan bandar Kuantan di Pahang didirikan berhampiran Sungai Kuantan, bandar Diraja Pekan terletak berhampiran Sungai Pahang, Kuala Kangsar berhampiran Sungai Perak, Kota Tinggi berhampiran Sungai Johor, bandar Kuching berhampiran Sungai Sarawak, Kinabatangan berhampiran Sungai Kinabatangan dan bandar-bandar yang lain. Perkembangan infrastruktur ini adalah kesan kolianilisme British yang memberi perubahan dalam lanskap sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan. Di samping itu, kemajuan dalam bidang komunikasi juga wujud dalam Tanah Melayu yang telah wujud talian telegraf antara Kuala Lumpur dengan Melaka pada tahun 1886. 7. Penubuhan persekutuan 1895 telah memantapkan sistem perhubungan serta komunikasi setiap negeri di bawah British dengan terbinanya sambungan sistem perhubungan yang sedia ada di setiap negeri bagi meningkatkan keberkesanan eksploitasi terhadap sumber alam khususnya bijih timah dan ladang getah di negeri-negeri berkenaan kerana kos pengangkutan bijih timah akan dapat dikurangkan dan diangkut dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat untuk dieksport. Kepesatan perhubungan dapat dibuktikan dengan pendapat Amarjit Kaur yang mengemukakan bahawa sejarah pembinaan jalan kereta apa di Semenanjung terbahagi kepada tiga fasa iaitu peringkat pertamanya pembinaan jalan kereta api yang pendek-pendek pada tahun 1885 hingga 1896 dan akhirnya berkembang pesat. Akhirnya dengan kemajuan sistem perhubungan telah mengubah struktur sosiekonomi masyarakat tradisional tempatan kerana kewujudan sistem perhubungan tanpa sempadan.
Selain itu, penyeragaman melalui Persekutuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada 1895, Frank Swettenham berjaya juga membuka jaringan jalan kereta api merangkumi seluruh Tanah Melayu iaitu menghubungkan Taiping ke Sungai Larut terus ke Port Weld yang dibina pada tahun 1885, diikuti jalan kereta api Kuala Lumpur ke Sungai Kelang setahun kemudian dan dilanjutkan ke Kelang melalui jambatan Connought pada tahun 1890. Keadaan ini membolehkan para pemodal menerokai kawasan pertanian secara liberal atau bebas sekaligus mengubah corak kehidupan masyarakat tradisional tempatan. Lantaran dasar British yang inginkan penguasaan ekonomi akhirnya memberi kesan terhadap struktur sosioekonomi masyarakat tempatan.
Di Sabah, pembinaan jalan kereta api bermula pada tahun 1900 apabila jalan kereta api pertama dibina menghubungkan Beaufort dengan Jesselton dan diteruskan pembinaannya sehingga Tenom pada tahun 1905 sepanjang 116 batu. Pembinaan ini secara tidak langsung telah membantu kegiatan pembukaaan ladang-ladang getah dan mengubah struktur masyarakat peribumi Sabah. Hal ini berbeza dengan negeri Sarawak yang tidak wujud jalan kereta api kerana keadaannya muka bumi yang berbukit bukau dan hanya wujud jaringan jalan raya yang dibangunkan oleh keluarga Brooke. 
1.3 FAKTOR CAMPUR TANGAN BRITSH DI NEGERI-NEGERI
Beberapa faktor yang berjaya menarik minat British untuk menguasai Tanah Melayu ialah disebakan Tanah Melayu kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah, lada hitam, emas, arang batu, buah pala, bunga cengkih, tanaman tebu dan gambir. Pada awal abad ke-19, lada hitam, buah pala dan bunga cengkih merupakan tanaman utama di Pulau pinang. Tanaman tebu pula bermula di Batu Kawan, Seberang Perai sebelum tahun 1800. Selepas tahun 1874, tebu mula ditanam di Kerian, Perak. Selepas tahun 1850, perlombongan bijih timah merosot di Melaka dan penanaman ubi kayu meningkat. Lada hitam dan gambir merupakan eksport utama Johor sehingga awal abad ke-20. Belanda telah menguasai perdagangan bijih timah Tanah Melayu dan memaksa sultan-sultan menandatangani perjanjian jual beli bijih timah.
Sebelum tahun 1874, kerajaan British enggan campur tangan dalam negeri-negeri melayu. Huru-hara yang berlaku di negeri-negeri Melayu menggugat perdagangan British. Pergaduhan sering berlaku dikalangan pembesar Mealyu dengan kongsi gelap Cina. Pedagang British mendesak kerajaan British mencari kawasan pertanian kerana kawasan di Negeri-negeri Selat berkurangan. Pedagang-pedagang British banyak bergantung pada perdagangan di negeri-negeri Melayu. Kerajaan British ingin melindungi kepentingan pedagang-pedagangnya dan menjaga kepentingan ekonomi mereka. Pembesar di negeri-negeri Melayu meminta bantuan British untuk menyelesaikan huru-hara. Kerajaan British di England menyambut baik permintaan pembesar-pembesar Melayu. Kerajaan British sedang melaksanakan dasar campur tangan untuk meluaskan pengaruh mereka. British tidak melepaskan peluang apabila pembesar dan negeri-negeri Melayu meminta bantuan.
PENJAJAHAN EROPAH TELAH MELAHIRKAN PLURALITI DALAM MASYARAKAT
Perkembangan sejarah Malaysia memperlihatkan proses pembentukan masyarakat plural yang ada pada hari ini. Ianya bercirikan pemaksaan dan perbezaan. Pertemuan dan pertembungan budaya-budaya besar dunia seperti Arab Pra-Islam, Hinduisme, Buddisme,Arab Islam dan Eropah (yang diwakili oleh Portugis, Sepanyol, Belanda dan British) telah melahirkan satu ciri fenomena social dalam masyarakat Melayu iaitu kewujudan kepluralitian budaya dan masyarakat Melayu.Ciri pluralisme alam Melayu sebelum kedatangan orang Eropah adalah fleksibel.        Walaubagaimanapun, ianya dirombak, diubah suai, dan sebahagiannya terhapus dengan kedatangan kuasa kolonial dan imperial Eropah. Kuasa-kuasa besar ini seterusnya memperkenalkan sistem kerajaan mereka yang menggalakkan perkembangan masyarakat pluralistik. Akibat daripada terlaksananya undang-undang kolonial dan wujudnya masyarakat pluralistik serta diikuti dengan terbentuknya negara bangsa, rangka, dan cara mengupas perkembangan baru turut mengalami perubahan. Apabila penjajah British datang menjajah masyarakat Melayu khususnya di Tanah Melayu, Eropah telah mengalami perubahan Epistemologi iaitu pemisahan antara negara dan agama. Akibat daripada perselisihan antara para agamawan dan saintis di Eropah, ilmu pengetahuan terpisah kepada agama dan sains moden. Agama tidak lagi menjadi faktor penting dalam kehidupan duniawi manusia. Kesannya, agama berada satu pihak yang lain dan kehidupan duniawi berada pada satu pihak yang lain. Dasar ini diteruskan oleh British terhadap masyarakat Melayu.
Masyarakat Plural bermaksud masyarakat yang mengandungi dua atau lebih unsur atau peringkat sosial, terdapat saingan tetapi tidak bercampur. Unsur-unsur ini hidup dalamsatu unit politik. Dalam konteks masyarakt di Alam Melayu, masyarakat plural merujukkepada tiga komuniti etnik utama iaitu Melayu, Cina, dan India walaupun terdapat pelbagailagi kaum di Malaysia. Masyarakat plural juga boleh di definasikan sebagai masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua-dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu. 
Manakala, menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi merekayang telah mengakibatkan wujudnya kelompok-kelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik. Kelompok-kelompok ini bercampuran tetapi mereka tidak bergantung antara kaum lain dan amat berpegang kuat kepada agama,bahasa, budaya,idea-idea dan cara hidup yang tersendiri. Dalam memahami intipati masyarakat majmuk yang menumpukan semenanjung Malaysia sahaja, perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat majmuk. Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka lagi melalui proses perdagangan yang dijalankan. Walau bagaimanapun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah masyarakat majmuk. Penggunaan istilahmasyarakat majmuk itu sendiri hanya bermula pada penghujung abad ke-18 dengan adanya peranan pihak British. Malaysia yang dikenali Tanah Melayu pada suatu ketika dulu pernah dijajah oleh tiga negara yang berbeza iaitu Portugis, Belanda, British dan Jepun (J.S Furnivall, 1939:2).
Pembentukan masyarakat majmuk juga bermula selepas British membawa masuk imigran asing, antaranya kaum cina, dan india. Penghijrahan beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu berlaku sekitar kurun ke-19 hingga kurun ke-20. Kemuncak kedatangan imigran Cina berlaku pada tahun 1891 dimana hampir separuh penduduk Perak, Selangor dan Sungai Ujong terdiri dari orang Cina. Antara 1895 - 1927 kira-kira 6 juta orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu. Orang Cina bertumpu di kawasan perlombongan bijih timah yang awal di Lukut dan Sg. Ujong. Selain itu, mereka terlibat dengan perladangan gambir dan lada hitam di Johor melalui Sistem Kangchu, dan sistem tiket kredit. Melalui sistem tiket kredit, orang yang tidak mampu membayar tambang sendiri dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Mereka terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa sehingga hutang mereka dijelaskan. Kumpulan imigran ini dikenali sebagai “singkheh” dan mereka menjadi bebas setelah habis mambayar hutang tambang perjalanan mereka

RUMUSAN KESAN PENJAJAHAN BRITISH TERHADAP MALAYSIA.
  1. POLITIK
Kesan penjajahan eropah terhadap kewujudan pembentukan pluraliti masyarakat majmuk di Malaysia dapat dilihat dengan jelas dari segi aspek politik. Dari segi politik kita dapat melihat bahawa kedatangan eropah banyak membawa kepada perubahan dari segi politik atau pentadbiran dan juga perundangan pada masa itu, yang secara tidak lansung turut memberi kesan terhadap pembentukan masyarakat pluraliti di Malaysia. Penjajahan British di tanah melayu telah membawa bersama dasar-dasar pentadbiran yang selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu pengetahuan. Prinsip, sistem, struktur dan dasar yang diamalkan dalam pemerintahan mereka adalah jauh berbeza dengan sistem dan dasar pemerintahan yang telah sedia ada dan diguna pakai diTanah Melayu. Ini dapat dilihat dengan jelasnya melalui perubahan epistemologikal yang besar iaitu dari segi perpisahan diantara agama dan negara. Kesannya di alam melayu ialah pemerintahan negara telah dikawal secara lansung oleh penjajah, manakala segala perkara berhubung dengan agama danadat istiadat telah diberi kuasa dan di bawah pengawasan sultan melayu sendiri. Kesan penjajahan eropah juga telah membawa perubahan terhadap politik negara dimana telah wujudnya sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa diantara tiga unsur penting iaitu; legislatif, eksekutif dan juga badan kehakiman diperkenalkan. Ini dapat dilihat dengan jelas sekali perubahan yang telah dibawa berdasarkan perbezaannya dengan pentadbiran alam melayu yang telah sedia ada iaitu, sebelum penjajahan eropah, sistem pentadbiran adalah dibawah kuasa mutlak raja-raja dimana tiada pengagihan bidang kuasa. Seperti yang dapat kita lihat, perubahan didalam pentadbiran ini, iaitu pengagihan kepada tiga bidang kuasa iaitu eksekutif, legislatif dan juga kehakiman telah diteruskan didalam operasi dan pentadbiran negara sehingga ke hari ini, dimana setiap unsur penting tersebut mempunyai bidang kuasa mereka yang tersendiri..Perbincangan ini berkisar pada aspek dasar imigrasi, Jabatan Perlindungan Orang Asing dan Undang-undang buruh. Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. . Dalam hal ini Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti indenture, kangany, kontrak, dan bebas.Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi merancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya. Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris memastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris.
Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi. 
  1. EKONOMI
Kesan penjajahan Eropah dari aspek ekonomi, dapat dilihat melalui kewujudan sistem ekonomi dualisme. Sistem ekonomi dualisme merujuk kepada dua tumpuan ekonomi yang berbeza namun ianya bergerak seiringan dengan garis etnik. Dua bentuk eksploitasi ekonomi utama yang dilakukan oleh penjajah ialah perlombongan dan perladangan getah. Penjajah Eropah telah mewujudkan pembahagian etnik berdasarkan pembahagian pekerjaan dimana Melayu berada dalam sektor kerajaan dan pertanian, manakala Cina sebagai pelombong dan peniaga, dan orang India sebagai pekerja estet dan ladang. Sistem ini banyak memberi kesan negatif tehadap masyarakat pada ketika itu. Antara kesan negatifnya ialah, aktiviti berdasarkan etnik, ia berlaku apabila orang Melayu bekerja sebagai peladang dan tinggal di kawasan yang tidak maju, manakala orang Cina bekerja sebagai ahli perniagaan dan tinggal dikawasan maju dan orang India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet. Ini juga member kesan kepada perbezaan yang besar terhadap bangsa apabila etnik sebagai dasar utama, kesannya ialah mereka akan menerima pendapatan berdasarkan apa yang mereka lakukan, ini seterusnya menjadikan orang Melayu dan India lebih miskin berbanding orang Cina yang bekerja sebagai ahli perniagaan. Kadar kemiskinan juga turut bertambah disebabkan sistem etnik ini.
Sistem ekonomi penjajah tertumpu kepada perdagangan moden yang berasaskan perusahaan getah dan perlombongan bijih timah. Sistem ekonomi ini berasaskan pasaran bandar dan diletakkan di bawah kawalan British. Sistem ini banyak melibatkan kumpulan etnik Cina dan India. Manakala sistem ekonomi tradisional ialah sektor pertanian di mana komoditi utamanya ialah penanaman padi dan perikanan. Teknik pengeluaran, pemasaran, dan tenaga kerja didominasi oleh etnik melayu dengan berteraskan budaya Melayu luar bandar atau budaya Melayu tradisional. Secara tidak langsung, ekonomi dualisme ini telah melambangkan agihan tenaga kerja mengikut tiga etnik utama di Malaysia. Etnik Melayu tertumpu di sektor pertanian tradisional iaitu pekebun kecil getah, kelapa, pesawah padi, dan nelayan kecil-kecilan. Dalam sektor ekonomi moden pula, ianya didominasi oleh kumpulan etnik Cina di mana mereka menceburi aktiviti perlombongan, perkilangan, dan perkhidmatan.
Ketidakseimbangan antara etnik jelas dilihat dalam sektor ketiga di mana separuh daripada sektor ini didominasi oleh etnik cina manakala etnik Melayu dan India hanya sedikit sahaja. Sektor ini menjadikan jurang etnik menjadi lebih luas lagi. Jika dilihat kini, dalam pembangunan ekonomi Malaysia, terdapat beberapa polisi diperkenalkan untuk memajukan ekonomi negara. Ini termasuklah Polisi Ekonomi Baru (New Economic Policy), Polisi Pembangunan Nasional (New Development Policy) , Polisi Visi Nasional (National Vision Policy), dan Visi 2020.Semua ini di wujudkan dan diperkenalkan agar Malaysia terus maju dari segi ekonomi dan memberi semangat agar rakyat terus pandang ke hadapan bahawa negara tidak boleh dijajah lagi.

INSTITUSI KEWANGAN DAN INSURANS.

Masyarakat Melayu telah menggunakan sistem mata wang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka untuk tujuan melicinkan urusan perdagangan. Selain mata wang emas, perak dan timah yang digunakan di Melaka, pelbagai mata wang primitif lain igunakan di Tanah Melayu seperti :Dinar emas di Kelantan,Wang dan kupang emas di Terengganu, Jongkong tampang di Pahang.

Pedagang Eropah telah memperkenalkan penggunaan mata wang asing di Tanah Melayu.Mata wang perak Sepanyol diperkenalkan pada 1580.Pada 1897, Kerajaan British menubuhkan sebuah pesuruhjaya iaitu Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas bagi Negeri Selat di bawah Ordinan XIII..Pengenalan wang kertas ini menyebabkan wang kerajaan Melayu semakin terhapus.Untuk mempercepatkan dan melicinkan urusan kewangan, pihak penjajah telah menubuhkan institusi kewangan atau bank.Ia bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelabur.
Sistem pinjaman yang diperkenalkan telah memajukan dan memesatkan lagi industri getah dan bijih timah. Penubuhan bank turut memperkenalkan sistem kewangan moden yang berorientasikan keuntungan dengan mengenakan kadar faedah yang tinggi.Dana dari luar juga dapat disalurkan ke Tanah Melayu dengan lebih cepat dan mudah.Bank juga dapat bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimpot dan menjadikan perniagaan
antarabangsa lebih licin.Bank pertama di Tanah Melayu ialah Mercantile Bank, pada 1859.

Bank Eropah lebih mengutamakan pedagang Eropah manakala pedagang tempatan hanya boleh mendapatkan perkhidmatan bank melalui orang tengah atau komprador.Komprador ialah ahli masyarakat tempatan yang diberi kepercayaan oleh bank menjadi penaja kepada peminjam.Awal abad 20, pemodal tempatan mengambil inisiatif menubuhkan bank sendiri.Kwong Yik Bank adalah bank tempatan pertama, diikuti oleh Bank of Malaya, Ban Hin Lee Bank..Bank perdagangan di Sarawak adalah seperti Kwong Lee Bank dan Sarawak Chinese Banking Corporation Limited.Orang Melayu menubuhkan Malay National Banking Corporation Bhd tetapi tidak bertahan lama.

PERKHIDMATAN INSURANS.
Perkhidmatan insurans juga telah meningkatkan kegiatan perdagangan antarabangsa.
Antara insurans yang penting ialah : 
oinsurans maritim kelautan
oinsurans kebakaran
oinsurans harta
oinsurans perniagaan dan kemalangan
o insurans nyawa
Keperluan perkhidmatan insurans maritin berkait dengan peningkatan pengangkutan laut dalam sektor perdagangan. Insurans maritim untuk melindungi dagangan dan kapal pedagang.
Insurans kebakaran wujud kerana sering berlaku kebakaran seperti kebakaran pada 1881 yang memusnahkan hampir keseluruhan bandar Kuala Lumpur.
Di peringkat awal , syarikat insurans di Tanah Melayu adalah cawangan atau wakil syarikat insurans asing yang beribu pejabat di luar negara.Akhir abad ke 19, barulah muncul syarikat insurans yang berpusat di Singapura dan Pulau Pinang seperti Straits Insurance Limited dan Khean Guan Insurance Limited. Pada 1917, insurans nyawa telah diasingkan daripada insurans kebakaran.Pada tahun 1948, enakmen enakmen ini digantikan dengan Ordinan Syarikat Insurans Kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurans Nyawa. 
Sektor Perkilangan.

Sebelum abad ke 20, aktiviti ekonomi kerajaan British di Tanah Melayu tertumpu kepada pengeluaran bahan mentah.Hampir semua barang perkilangan yang diperlukan diimport. Ini memperlahankan perkembangan perusahaan perkilangan di Tanah Melayu kerana wujud persaingan dengan barang perkilangan yang diimport.Sektor prkilangan di Tanah Melayu telah dimajukan untuk keperluan eksport.1923, Syarikat Shum Yip Leong mendirikan dua buah kilang menghasilkan kasut getah untuk dieksport ke China.Kilang Kasut Bata, syarikat Fung Keong, Kinta Rubber Works menghasilkan barangan berasaskan getah.Syarikat United Engineers pula mendirikan kilang membina kapal korek, kapal kecil dan mesin memproses getah.Perusahaan lain ialah mengetin nenas di Johor oleh syarikat Perancis dan kemudiannya diambilalih oleh pengusaha China.ebanyakkan kilang diusahakan oleh orang asing. Orang Melayu terus tercicir.

  1. SOSIAL
Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum penjajahan Eropah terbentuk melalui proses semulajadi. Mereka datang bersama-sama keluarga secara sukarela untuk menjalani kehidupan serta mencari kekayaan. Kehidupan di Tanah Melayu yang berlandaskan kebebasan dan tanpa paksaan telah mewujudkan interaksi yang mesra dengan penduduk tempatan. Terdapat unsur-unsur akomodasi dalam kehidupan masyarakat pluralistik pada zaman itu. Mereka telah berkahwin dengan penduduk tempatan secara sukarela. Ini dapat dilihat melalui perkahwinan antara orang Cina dan masyarakat tempatan yang melahirkan masyarakat Cina Baba. Walaupun perkahwinan campur telah berlaku antara mereka tetapi mereka masih lagi mengamalkan budaya kehidupan orang Melayu. Selain itu, budaya dan adat resam yang dibawa olah mereka juga turut diterima oleh penduduk tempatan dengan hati yang terbuka.
Pembentukan masyarakat pluralistik selepas kedatangan Eropah adalah berbeza dengan zaman sebelumnya. Ini dapat dilihat daripada imigrasi penduduk Cina dan India ke Tanah Melayu yang digalakkan oleh British untuk kepentingan ekonomi mereka. 17. Oleh kerana tujuan kedatangan mereka adalah untuk memenuhi keperluan ekonomi British, maka interaksi antara kaum tidak berlaku. Mereka hanya menjalankan kehidupan dalam kelompok masyarakat masing-masing. Namun begitu, kehidupan yang harmoni tetap wujud di mana mereka tetap menjalani hidup berasaskan sistem sosial masing-masing tanpa mengganggu antara satu sama lain. Kehidupan yang harmoni ini telah berterusan sehingga ke hari ini.
Sistem Pendidikan
Penekanan aspek ini juga menjuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia.Sebelum kedatangan British, kanak-kanak Melayu hanya mendapat pendidikan di surau, sekolah pondok dan masjid. Sistem pendidikan Melayu yang paling tua dan berpengaruh adalah persekolahan pondok. Pondok yang pertama didirikan ialah pada tahun 1820 oleh Tuan Haji Abd. Samad bin Abdullah. Pendidikan masyarakat pada masa itu berfokuskan kepada aspek-aspek seperti membaca dan memahami Al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum-hukum agama serta penguasaan menulis, mengira dan membaca.
Namun, kehadiran kolonialisme British telah memperkenalkan sistem pendidikan vernakular. Penubuhan sekolah Melayu oleh British adalah untuk memberi kemahiran membaca, menulis dan mengira. Penubuhan sekolah ini telah bermula pada tahun 1821 apabila Penang Free School membuka cawangannya di gelugor dan diikuti dengan penubuhan Sekolah Melayu di Teluk Belanga (1855) dan di Kampung Gelam (1856). Walau bagaimanapun, kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang lebih daripada setakat memberikan pendidikan dasar selama empat tahun, kecuali latihan perguruan sebagai peringkat tertinggi pendidikan Melayu. Pengenalan sistem latihan perguruan ini yang menjadi pemangkin perubahan dalam struktur masyarakat tradisional tempatan. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia.
Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia. Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.
Perbandaran

Makna : perubahan dari pekan kecil atau kampung kepada sebuah bandar hasil pertambahan fungsi atau kegiatan ekonominya.Proses perbandaran berlaku kerana perkembangan pesat ekonomi terutamanya di kawasan yang kaya dengan sumber semula jadi dan di pusat kegiatan ekonomi penjajah. Pekan berhampiran kawasan lombong biasanya akan: Mengalami pertambahan penduduk, Berfungsi sebagai tempat mengumpul hasil lombong,Menjadi pusat mendapatkan barang keperluan pelombong. Perusahaan perlombongan akan menambah fungsi bandar. Pekan menjadi bandar seterusnya menjadi pusat pentadbiran, perbankan dan sebagainya.Kuala Lumpur dan Seremban adalah contoh bandar yang muncul hasil perusahaan bijih timah manakala Miri,muncul hasil perlombongan petroleum.
Bandar baru berfungsi sebagai pusat perniagaan, pusat pentadbiran yang lengkap dengan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air bersih, sekolah, pusat kesihatan dan institusi kewangan.Kebanyakkan penduduk bandar adalah orang China. Melayu di kawasan perkampungan dan India di ladang getah.Perkembangan sistem pengangkutan dan pertanian komersial turut mempengaruhi kewujudan bandar. Bandar.
Kuala Lumpur misalnya berkembang kerana kedudukan strategiknya
19.. 
Ia menjadi penghubung beberapa bandar dan kawasan lain dengan wujudnya jalinan jalan raya dan jalan keretapi utama. Peningkatan pengeluaran bijih timah dan getah menjadikan pelabuhan Kelang, Melaka dan Pulau Pinang sebagai bandar pelabuhan
Kuching muncul sebagai pusata pengumpulan gambir dan lada hitam sejak 1840 an.
Kesimpulan : pembinaan infrastruktur ditumpukan di kawasan yang boleh memberi keuntungan kepada ekonomi British sahaja.
Sistem Pengangkutan dan Perhubungan.

Perkembangan pesat perlombongan dan pertanian turut menyebabkan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu.Jalan keretapi dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport.Menjelang 1904, semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak, Negeri Sembilan dan Selangor telah mempunyai perkhidmatan keretapi.Jalan keretapi menghubungkan Seberang Prai dengan Siam disiapkan pada 1918 dan 1931 jalan keretapi menghubungkan kwasan timur dengan sempadan Siam pula disiapkan.1923, jalan keretapi Tanah Melayu disambung hingga ke Singapura. Pembinaan jalan keretapi telah menggalakkan pembukaan tanah baru di kawasan pedalaman untuk penanaman getah.Di Johor , orang Eropah hanya melabur dalam penanaman getah selepas terdapatnya jalan keretapi.
Perkhidmatan keretapi bukan sahaja mempercepatkan perjalanan malah dapat membawa muatan yangbanyak.Pembinaan jalan raya pula menggantikan jalan denai dan kereta lembu untuk mengangkut bijih timah dan getah..Pengenalan kenderaan bermotor pada 1902 menyebabkan penggunaan jalan raya bertambah.Perkembangan pesat ekonomi turut memperkembangkan sistem perhubungan seperti telegraf, telefon, perkhidmatan pos,radio dan perkhidmatan udara.Ini membolehkan perhubungan dalam negeri dan antarabangsa dijalankan dengan lebih cekap dan cepat.
. Perkhidmatan Kesihatan.

Perkhidmatan kesihatan merupakan keperluan asas yang mendesak pada zaman penjajahan British.Kemasukan imigran yang ramai menyebabkan kepadatan penduduk bertambah dan tidak diurus dengan baik. Bekalan air bersih juga tidak mencukupi menyebabkan penyakit mudah merebak.Untuk mengawal wabak penyakit British menubuhkan hospital serta pusat kesihatan.Hospital terawal di bina di Taiping dan Kuala Lumpur pada tahun 1898.
Selain pusat kesihatan dan hospital, pusat kesihatan kecil turut dibina.
1913, hospital dibina di Sabah seperti di Jeselton, Sandakan, Kudat dan Tawau.
Di Sarawak, perkhidmatan kesihatan hanya tertumpu di Kuching. Selepas 1921, barulah pusat perubatan kecil dibina di Sri Aman dan Sibu.
Ada juga hospital yang dibina hasil sumbangan orang ramai seperti Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur yang memberi perkhidmatan khusus kepada pelombong bijih timah Cina. Institut Penyelidikan Perubatan turut dibina pada 1900 untuk mengawal wabak penyakit. Institut ini bertanggung jawab mengkaji punca penyakit dan langkah-langkah pencegahan yang patut diambil.Sanitary Board telah ditubuhkan di Kuala Lumpur untuk mengawas kebersihan dan kesihatan bandar.Ia kemudiannya ditubuhkan pula di Perak.Pada tahun 1911, Sanitary Board dipecahkan kepada dua bahagian:Tanggungjawab menjaga kebersihan bandar dijalankan oleh Sanitary Board.
Tanggungjawab aspek kesihatan diambil alih oleh Jabatan Kesihatan.


PENUTUP
Penjajahan British di Tanah Melayu meninggalkan kesan yang sangat mendalam terutama nya dari aspek politik, ekonomi dan sosial.Ketiga-tiga aspek tersebut mengalami perubahan yang sangat mendadak dan mengubah terus Tanah Melayu menjadi negeri jajahan yang memberikan keuntungan kepada pihak British.Kesan yang paling ketara sehingga hari ini ialah kewujudan masyarakat majmuk yang berbilang kaum.Kaum Cina dan India dibawa ke Tanah Melayu oleh British sebagai tenaga kerja untuk eksploitasi ekonomi pihak British.Pola petempatan mengikut kaum yang diujdkan semasa penjajahan British juga masih kekal sehingga ke hari ini.Dengan merujuk sistem pentadbiran British, kerajaan Malaysia sekarang terus berjaya membentuk negara Malaysia yang maju dan aman makmur.

RUJUKAN
AsnarulKhadi Abu Samah dan Jayum A. Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang:
Universiti Putra Malaysia.
Auni Haji Abdullah(2005).Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam Sejarah Melayu.Kuala Lumpur:Darul Fikir.
Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya (1983). Sejarah Malaysia. Selangor :
Macmillan Pub (M) Sdn Bhd.
Joginder Singh Jessy.(1979). Sejarah Tanah Melayu 1400-1959. Kuala lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian Pelajaran Malaysia.
Yew Chee Wai.(1992).Revisi Lengkap PMR Sejarah KBSM.Selangor:Sasbadi Sdn Bhd






























22.

3 comments:

Anonymous said...

THANKS FOR YOUR HELP

Unknown said...

Thank you very much
May God bless you abundantly

Pertiwi Gesang . .. Bagaimana saya mendapatkan pinjaman Medis saya dari ibu yang jujur, Rika Anderson said...

Saya Puan Pertiwi Gesang dari Pangkal pinang, inilah email saya jika anda ingin menghubungi saya: pertiwigesang@gmail.com. Saya ingin berkongsi keterangan saya di platform ini tentang bagaimana saya mendapat pinjaman $ 6,300 untuk modal teroka daripada pemberi pinjaman sah kerana saya telah jatuh ke hutang dan saya telah cuba meminjam wang dari bank dan peminjam dalam talian tetapi saya selalu gagal dan saya juga penipuan sehingga saya melihat kesaksian ibu Ashraff Nabilah mengenai platform ini tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari RIKA ANDERSON LOAN COMPANY. Saya menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Rika Anderson, minggu lepas, saya memohon pinjaman dari ibu Rika dan saya terkejut, pinjaman saya telah diluluskan dan selepas 3 jam permohonan saya, jumlah 90 juta telah dipindahkan ke akaun bank BCA saya. Saya ingin menasihati semua orang untuk mencari syarikat pinjaman sah untuk menghubungi Cik Rika Anderson, Ketua Pegawai Eksekutif RIKA ANDERSON LOAN COMPANY melalui e-mel ini: rikaandersonloancompany@gmail.com atau W / S: +1 (914) 705-7484 dan mendapatkan pinjaman .
E-mel Rika Anderson: rikaandersonloancompany@gmail.com
W / S: +1(914)705-7484
E-mel Pertiwi: pertiwigesang@gmail.com