Saturday 23 November 2013

PERBANDINGAN GOLONGAN KATA GANDA

1,0              Pengenalan
Morfologi ialah bidang kajian linguistik yang mengkaji bahasa dari aspek pembentukan dan penggolongan perkataan. Satu ciri yang menarik tentang perkataan dalam bahasa Melayu ialah kehadirannya dalam pelbagai bentuk. Satu aspek kepelbagaian ini ialah perbezaan yang timbul antara bentuk tunggal dan bentuk yang mengalami penggandaan.
Tatabahasa atau nahu, merupakan peraturan bagi menggunakan golongan atau komponen kata bahasa Melayu dengan betul.(Sulaiman Masri et al,2006: 19). Penggolongan kata dalam bahasa Melayu telah mengenal pasti beberapa golongan perkataan. Antaranya ialah kata ganda yang terhasil daripada proses penggandaan. Penggandaan merupakan antara proses umum pembentukan perkataan bahasa Melayu yang terbahagi kepada penggandaan penuh, separa, berima dan bebas (juga dikenali sebagai penggandaan berentak bebas (Nik Safiah et al, 2006)).
Amnya penggolongan kata dalam bahasa Melayu masih rencam (kabur) kerana terdapat beberapa penggolongan kata yang masih belum tuntas (sempurna). Ini menimbulkan salah faham dan perbezaan pendapat di kalangan ahli dan pelajar bahasa berhubung penggolongan kata.  Terdapat perbezaan dari segi penggolongan kata ganda di kalangan ahli bahasa, dan menimbulkan pertindihan antara golongan kata ganda yang berbeza. (Mohd Yunus Sharum, 2011).Justeru perbincangan mengenai perbezaan atau persamaan di antara




2.0            Konsep/definisi Kata Ganda

          Menurut Nik Safiah Karim et. al (2009),dalam Tatabahasa Dewan, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.Misalnya, kanak-kanak, lelaki ,bertubi-tubi,membohong-bohongi dan sebagainya.
Ahmad Khair (2012) dalam Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu mendefinisikan kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan mengulang atau menggandakan kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Bentuk kata yang diulang itu dikenali sebagai kata dasar, manakala bentuk ulangan itu disebut sebagai kata gandaan.Antara contoh kata ganda : angan-angan, setiausaha-setiausaha,bebola, makanan-makanan dan lain-lain.
Kata ganda ialah sejenis kata kompleks disebabkan jenisnya yang terdiri daripada dua morfem atau lebih.(Asmah Hj.Omar,2008:35)Kata dasar yang digandakan boleh boleh terdiri daripada kesemua jenis bentuk,iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk.Kata nama boleh mengalami proses penggandaan untuk melahirkan makna-makna tertentu.Kata kerja ganda melalui proses yang hanya menggandakan kata dasar tanpa melibatkan sebarang imbuhan.Kata adjektif ganda ialah perkataan yang terhasil daripada proses mengulang kata dasar adjektif.

3.0            Bentuk Kata Ganda

Berdasarkan Tatabahasa Dewan (TD) terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu
i.                    Penggandaan penuh
ii.                 Penggandaan separa
iii.               Penggandaan berentak
Manakala Pembentukan Kata Bahasa Melayu (PKBM) menyatakan ada empat jenis penggandaan yang boleh berlaku pada kata dasar nama, iaitu:
(i)                  penggandaan penuh
(ii)               penggandaan separa
(iii)             penggandaan berentak
(iv)             penggandaan semu
Keempat-empat jenis pula terdiri daripada sub jenisnya seperti rajah 3.0
                        Rajah 3.0 : Jenis Kata Ganda menurut PKBM


3.1              Penggandaan penuh

3.1.1   Penggandaan penuh menurut Tatabahasa Dewan
Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.Contoh-contohnya seperti berikut:
            i.          Penggandaan penuh kata nama tunggal:
            meja-meja, ayat-ayat, rumah-rumah, budak-budak
            kawan-kawan, daun-daun, batu-batu, ikan-ikan
                                    ii.         Penggandaan penuh kata nama berimbuhan
dengan awalan
dengan akhiran
dengan apitan
pemimpin-pemimpin
pelatih-pelatih
kekasih-kekasih
Makanan-makanan
jualan-jualan
jabatan-jabatan
persatuan-persatuan
kemahiran-kemahiran
pengakuan-pengakuan
           


iii.               Penggandaan kata nama majmuk
                                    Penggandaan kata nama majmuk terbahagi kepada dua.
a.      Kata majmuk yang dieja terpisah dan hanya bahagian awal kata
                                          sahaja yang digandakan.Contohnya seperti berikut :
                                                kertas kerja                            kertas-kertas kerja
                                                rumah sakit                            rumah-rumah sakit
                                                mata pelajaran                       mata-mata pelajaran
b.      Kata majmuk yang dieja bercantum akibat kelaziman
                                          penggunaan,dan seluruh kata digandakan. Contohnya :
                                                setiausaha                             setiausaha-setiausaha
                                                jawatankuasa                        jawatankuasa-jawatankuasa
                                                suruhanjaya                         suruhanjaya-suruhanjaya

3.1.2  Penggandaan penuh menurut Pembentukan Kata Bahasa Melayu
Kata ganda penuh berlaku apabila seluruh kata dasar, sama ada kata dasar itu mempunyai imbuhan atau tidak digandakan atau diulang. tanpa sebarang perubahan bentuk serta diberikan tanda sempang (-).  Terdapat dua jenis kata ganda penuh, iaitu:
i.                          penggandaan penuh kata tunggal. Contohnya:

makan       à makan-makan

sama         à sama-sama

sungai       à sungai-sungai
 






ii.                       penggandaan penuh kata berimbuhan. Contohnya:


kehendak       à kehendak-kehendak
 pelari             à pelari-pelari
persatuan      à persatuan-persatuan
 










3.2              Penggandaan separa
3.2.1    Penggandaan separa mengikut Tatabahasa Dewan
Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh-contohnya seperti berikut:



i.                    Penggandaan separa kata nama tunggal:
Penggandaan separa kata nama tunggal melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar. Bunyi-bunyi vokal dalam suku kata pertama perkataan yang digandakan itu mengalami perubahan menjadi vokal tengah, iaitu e pepet. Contohnya :

laki
pohon
rambut
lelaki
pepohon
rerambut

ii.                 Penggandaan separa kata berimbuhan

a.      dengan awalan
i.kata kerja:
ber-
berlari-lari
berbual-bual
berkata-kata
ter-
teresak-esak
tersipu-sipu
tersenyum-senyum
di-
ditanya-tanya
disepak-sepak
diludah-ludah
meN-
mencari-cari
menari-nari
cari-mencari
tari-menari
                                               
ii.kata adjektif:
se- :  sepandai-pandai, sebaik-baik, seluas-luas

b.      dengan akhiran
Kata nama
Kata kerja
Kata adjektif
-an
sayur-sayuran
kenang-kenangan
orang-orangan
-kan
risik-risikan
doa-doakan
tanya-tanyakan
-i
amat-amati
selidik-selidiki
bayang-bayangi

-an
jadi-jadian
mati-matian
kasih-kasihan




c.       dengan apitan
i.kata kerja:
ber-….-an
bersalam-salaman,berkasih-kasihan, bertikam-tikaman
meN-…..-kan
memburuk-burukkan, meremeh-remehkan,
meN-…..-i
mengawas-awasi, mengulang-ulangi,membohong-bohongi
di-…..-kan
dimanja-manjakan,ditakut-takutkan,diagung-agungkan
di-……-i
dibayang-bayangi, dimarah-marahi,dihalus-halusi

ii.kata adjektif
ke-…-an : kemerah-merahan, kebodoh-bodohan,
           
            3.2.1    Penggandaan separa  Pembentukan Kata Bahasa Melayu
Kata ganda separa berlaku apabila sebahagian kata dasar diulang. Kata ganda separa terdiri daripada penggandaan kata tunggal, dan penggandaan kata berimbuhan.
(i) Penggandaan separa kata tunggal
Penggandaan jenis ini melibatkan kata dasar tunggal diulang dan melibatkan pengulangan suku kata pertamanya serta letak pengulangan itu di depan kata dasar. Bunyi vokal dalam bentuk penggandaan ini akan mengalami pelemahan, iaitu menjadi vokal e pepet. Contohnya:

kuda    à  kukuda    à  kekuda

tikus     à  titikus      à  tetikus

pohon à popohon    à  pepohon
 



                       



                        (ii) Penggandaan separa kata berimbuhan


berturut           à   berturut-turut

berkali           à   berkali-kali
ternganga     à   ternganga-nganga
Penggandaan jenis ini hanya melibatkan kata dasar utama  digandakan, dan tidak melibatkan imbuhannya sekali. Daripada contoh di bawah, penggandaan separa berlaku pada bahagian belakang kata dasar. Contohnya:




3.3              Penggandaan berentak
3.3.1   Penggandaan berentak Tatabahasa Dewan
Penggandaan berentak kata nama ialah proses yang menggandakan kata dasar jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu.Dalam penggandaan jenis ini, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.Terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :
i.                    Penggandaan berentak kata nama pengulangan vokal.
ii.                 Penggandaan berentak kata nama pengulangan konsonan.
iii.               Penggandaan berentak kata nama bebas.
Penggandaan berentak kata nama pengulangan vokal

sayur                      sayur-mayur  
lauk                        lauk-pauk
kuih                        kuih-muih
Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal tertentu.Penggandaan tersebut mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya:



Penggandaan berentak pengulangan konsonan
Penggandaan yang mempunyai cirri-ciri persamaan bunyi konsonan tertentu. Contohnya:

warna                     warna-warni  
kayu                       kayu-kayan
suku                       suku-sakat
 






                             Penggandaan berentak bebas kata nama
            Penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada   

anak                  anak-pinak  
sedu                  sedu-sedan
saudara            saudara-mara
            pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya :




3.3.2  Penggandaan berentak Pembentukan Kata Bahasa Melayu
Penggandaan berentak kata nama ialah proses menggandakan kata  dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan jenis ini, seluruh kata dasar digandakan manakala bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Terdapat tiga jenis penggandaan berentak kata nama, iaitu:


  (a) penggandaan berentak penggulangan vokal. Contohnya:

saki          à saki-baki
karut       à karut-marut
kuih        à kuih-muih
               

                                   

                                           (b) penggandaan berentak pengulangan konsonan. Contohnya:

asal              à asal-usul
tanah          à tanah-tanih
gunung       à gunung-ganang
         




rumput      à rumput-rampai
anak           à anak-pinak
 semak       à semak-samun
                                    (c) penggandaan berentak bebas. Contohnya:              





3.4              Penggandaan Semu dalam Pembentukan Kata Bahasa Melayu


 labi           à labi-labi
 kanak       à kanak-kanak
labah        à labah-labah
Penggandaan semu kata nama ialah bentuk kata ganda seperti kata ganda penuh tetapi apabila kata dasarnya dipisahkan dengan kata ulang, kata dasar itu tidak memberikan sesuatu makna khusus. Contohnya:




4.0            Fungsi Kata Ganda
4.1 Tatabahasa Dewan
            4.1.1 Kata Nama Ganda
Kesemua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal,kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan.Ada tiga jenis penggandaan yang melibatkan kata dasar jenis kata nama iaitu penggandaan penuh,penggandaan separa dan penggandaan berentak.
                         Jadual 4.1  : Pembentukan Kata Nama Ganda
4.1.2 Kata Kerja Ganda
            Kata kerja juga diterbitkan melalui proses penggandaan, iaitu
            Proses yang hanya menggandakan kata dasar tanpa melibatkan   
            sebarang imbuhan.Kata dasar mengalami penggandaan penuh,
            separa dan berentak, iaitu berdasarkan rentak tertentu dalam kata
            dasar.

                                                 Jadual 4.2  : Pembentukan Kata Kerja Ganda   
4.1.3 Kata Adjektif  Ganda
Kata adjektif ganda ialah perkataan terhasil daripada proses
mengulang kata dasar adjektif .Kata adjektif ganda dibentuk
melalui penggandaan penuh, separa dan berentak.
                            
Jadual 4.3  : Pembentukan Kata Kerja Ganda
4.2  Pembentukan Kata Bahasa Melayu
Ahmad Khair (2012) dalam buku Pembentukan Kata Bahasa Melayu menyatakan pembentukan kata ganda terbahagi kepada tiga ,terdiri daripada:
i.                    Kata Nama Ganda
ii.                 Kata Kerja Ganda
iii.               Kata Adjektif Ganda
Kesemua bentuk kata ganda tersebut boleh digandakan  pada kata tunggal, terbitan melalui penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.
4.2.1        Kata Nama Ganda





4.2.2        Kata Kerja Ganda

4.2.3        Kata Adjektif Ganda
         



5.0            Aspek Makna Penggandaan

5.1            Tatabahasa Dewan
Terdapat  lima aspek makna penggandaan kata nama dan empat makna bagi kata kerja ganda.Hanya satu makna bagi kata adjektif ganda.
5.1.1  Makna       Kata  Nama         Ganda
5.1.2  Makna Kata Kerja Ganda
                   5.1.3  Makna Kata Adjektif Ganda
                              Penanda darjah penghabisan
                              Contoh : sepandai-pandai ,sekeras-keras , selemah-lemah

5.2            Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu
Perkataan-perkataan yang terbentuk melalui proses penggandaan mempunyai beberapa makna tertentu.
Terdapat sekurang-kurangnya lima aspek makna penggandaan kata nama ganda , empat makna bagi kata kerja ganda dan tiga makna bagi kata adjektif ganda.

6.0            Perbandingan
Dari segi memberikan  takrif kata ganda  antara Tatabahasa Dewan (TD) dan Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu (PKBM) menyatakan definisi yang sama iaitu kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Dalam membahagikan jenis kata ganda terdapat perbezaan antara TD dan PKBM.TD menyatakan terdapat tiga jenis kata ganda iaitu kata ganda penuh, kata ganda separa dan kata ganda berentak, manakala PKBM menyatakan empat jenis kata ganda iaitu penambahan kata ganda semu.Dalam PKBM, kata ganda semu ialah bentuk kata ganda seperti kata ganda penuh tetapi apabila kata dasarnya dipisahkan dengan kata ulang, kata dasar itu tidak memberikan sesuatu makna khusus.Contoh yang diberi seperti kanak à kanak-kanak , labah àlabah-labah.Dalam TD Kata ganda labah-labah termasuk dalam kata ganda penuh sebagai penanda nama haiwan.
TD menjelaskan kata ganda penuh dengan lebih terperinci contohnya TD membahagikan kata ganda penuh kepada tiga jenis iaitu kata ganda penuh nama tunggal, kata berimbuhan dan kata majmuk.Penggandaan kata nama majmuk terbahagi pula kepada dua.
i. Kata majmuk yang dieja terpisah dan hanya bahagian awal kata  sahaja    yang digandakan.Contohnya seperti berikut :
                                                kertas kerja                            kertas-kertas kerja
ii. Kata majmuk yang dieja bercantum akibat kelaziman   penggunaan,dan      seluruh kata digandakan. Contohnya :
                                                setiausaha                             setiausaha-setiausaha

Dalam menghuraikan penggandaan separa, TD memperincikan dengan lebih teliti contohnya penggandaan separa kata berimbuhan yang dipecahkan kepada imbuhan awalan , akhiran, apitan  beserta imbuhan yang berkaitan berbanding PKBM yang menghuraikan secara ringkas sahaja iaitu Penggandaan separa kata tunggal dan kata berimbuhan
Walau bagaimanapun, TD dan PKBM mempunyai persamaan dalam menghuraikan penggandaan berentak kata nama dan kata kerja ganda yang terdiri daripada pengulangan vokal, pengulangan konsonan dan bebas.Begitu juga dengan kata adjektif ganda.
Namun begitu terdapat perbezaan yang nyata dari segi pemberian aspek makna penggandaan bagi kata adjektif ganda.TD menyatakan hanya satu makna bagi kata adjektif ganda iaitu penanda darjah penghabisan.Antara contoh perkataannya seperti sepandai-pandai dan sekecil-kecil..Manakala PKBM menghuraikan tiga makna bagi kata adjektif ganda iaitu sifat jamak, contoh perkataan baik-baik,malu-malu merupakan kata ganda penuh.Makna kedua ialah menyerupai sifat kata dasar. Contoh perkataan kata ganda penuh berimbuhan seperti kebiru-biruan dan kecil-kecilan.Makna kata adjektif ganda yang ketiga iaitu kesangatan.Contoh perkataaan yang diberi daripada kata ganda berentak : gelap-gelita, segar-bugar.





7.0            Kesimpulan
Buku pedoman tatabahasa seperti Tatabahasa Dewan, Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu, Nahu Melayu Mutakhir dan sebagainya  merupakan bahan teks yang banyak memberi input tentang maklumat morfologi, khususnya kata ganda.Oleh yang demikian sebagai guru dan penyelidik bahasa dalam memahami tatabahasa Melayu amat perlu mempelajari peraturan berbahasa yang baik dan betul.Memetik kata Prof Asmah Haji Omar, ‘ Yang baik dan betul itu tidak dating daripada satu tatabahasa sahaja’.
Berdasarkan pandangan dan rumusan beberapa orang sarjana bahasa, dapat disimpulkan bahawa penggandaan ialah proses morfologi yang menerbitkan kata dengan cara mengulang sebahagian atau keseluruhan elemen yang terdapat dalam kata dasar. Kata yang terhasil daripada proses penggandaan disebut kata ganda. Hasil penelitian terhadap buku Tatabahasa Dewan dan buku Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu hanya terdapat sedikit perbezaan dalam mengkategorikan jenis kata ganda dimana di dalam Tatabahasa Dewan tiada Kata Ganda Semu sebagaimana yang dinyatakan di dalam buku Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu.Walau bagaimanapun dalam menghuraikan setiap jenis kata ganda, Tatabahasa Dewan lebih terperinci dan jelas sekali berbanding Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu.Oleh yang demikian, Buku Tatabahasa Dewan merupakan salah satu korpus utama bahasa Melayu dan menjadi pegangan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia.





8.0     RUJUKAN

Ahmad Khair Mohd Nor,( 2012). Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd

Asmah Hj.Omar, (2008).Nahu Kemas Kini:Panduan Bahasa Yang Baik dan Betul.Kuala Lumpur:PTS Professional Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood, (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Sharum, M.Y. (2011) ‘Pentakrifan Set Kata Ganda Bebas dalam Bahasa Melayu’. ‘Seminar Etnosains dan Etnomatematik Rumpun Melayu’. Mathematical Research Institute (INSPEM), UPM, Serdang, Malaysia. 2nd July 2011
Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.


Sulaiman Masri,et al, (2006) .Bahasa Melayu : Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran.Kuala Lumpur: Utusan Publication 

No comments: