1.0 Pengenalan
Bahasa
apa pun jua, samada lisan mahupun tulisan adalah alat untuk menyampaikan
maksud, fikiran, ilmu, berita, dan lain-lain dalam hubungan antara
manusia.Bahasa sebagai anugerah Tuhan kepada manusia menurut Kenneth L.Pike
mempunyai ciri-ciri khas dalam tatabahasanya dan tetap berubah dari masa ke
semasa.Sekiranya tidak berubah dan berkembang dengan tuntutan zamannya, maka
bahasa itu pasti akan berkubur seperti halnya dengan bahasa Sanskerta,Greek,
dan lain-lain lagi.
Bidang tatabahasa adalah salah
satu bidang yang paling rumit dalam bahasa Melayu.Penghasilan sebuah tatabahasa
pegangan merupakan satu daripada usaha menghasilkan bahasa standard dengan
sistem pengekodan yang sesuai untuk memungkinkan bahasa itu berfungsi dengan
baik.Nik Safiah Karim,Farid M.Onn,Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood.(1986)
, ahli bahasa dari tiga buah universiti bertanggungjawab mengusahakan buku
Tatabahasa Dewan Cetakan Pertama yang bertujuan menyediakan satu huraian
terhadap bahasa Melayu yang dapat digunakan sebagai sumber rujukan oleh semua
penutur bahasa Melayu.
2.0 Huraian
konsep tatabahasa
Tatabahasa
merupakan satu daripada aspek bahasa yang penting yang perlu dikuasai oleh
seseorang untuk membolehkannya menguasai bahasa yang dipelajari dengan cekap
dan berkesan.
2.1. Definisi
Perkataan tatabahasa seperti
yang digunakan oleh ahli bahasa Melayu moden seperti Asmah Hj. Omar (1968,1972), Asyraf(1974) Nik
Safiah Karim dan Zaharah Buang (1970) adalah sama seperti yang dimaksudkan oleh
ahli-ahli tatabahasa tradisional yang menyebutnya sebagai nahu .Menurut Kamarudin
Hj Husin(1986), tatabahasa merupakan satu
bidang yang menerangkan peraturan penggabungan kata-kata untuk
menimbulkan bunyi dan ayat dengan menggunakan formula dan peraturan-peraturan tertentu. Secara umumnya
tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis.
2.2 Morfologi
Nik Safiah Karim
(1996) :
Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata
dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi
ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna.
Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil
daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata
ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi
dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama. Kesimpulannya, morfologi bahasa
Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam
bahasa Melayu.
Rajah
1.1 : Huraian tentang morfologi mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan
2.2.1 Pembentukan Kata
Dalam bahasa Melayu mempunyai
beberapa cara membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat
tunggal, contohnya baju, tidur dan bunga.
Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara
pengimbuhan ialah menyanyi dan tertidur.
Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah kereta api dan lampu isyarat.
Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah budak – budak dan comel – comel.
2.2.2 Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan
imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis
imbuhan iaitu awalan, akhiran dan sisipan. Imbuhan – imbuhan ini apabila
digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai
golongan kata iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
Abdullah Hassan (2004) : Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar
untuk membentuk kata terbitan. Terdapat
empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan.
Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata
terbitan daripada pelbaagai golongan, kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif.
2.2.3 Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses
yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami
penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan
secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu
Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata
dasar.Contoh: ikan-ikan ,kawan-kawan, kedai-kedai
Penggandaan separa ialah
proses yang mengulangi sebahagian kata dasar sahaja. Contoh: lelangit, bebola, kekuda
Penggandaan Berentak
ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam
kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan
bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.Contoh:
kuih-muih, compang-camping, hingar-bingar
2.2.4 Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan
dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.
Sebagai contoh, tali dan pinggang masing-masing mempunyai makna
tersendiri, tetapi apabila dirangkaikan membentuk kata majmuk tali pinggang. Kata majmuk dieja terpisah dan
bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang
penyisipan unsur lain.
2.2.5 Penggolongan kata
Penggolongan
kata merupakan penjenisan kata berasaskan fungsi tatabahasa.Dalam bahasa Melayu
, terdapat empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja,kata adjektif dan
kata tugas.Contoh:
Kata nama
|
pokok, kucing,
rumah,kakak
|
Kata kerja
|
tidur, menangis,
berdoa, terpijak
|
Kata adjektif
|
merah, sayang,
baik, tinggi
|
Kata tugas
|
di, kerana,
bukan, ialah
|
2.3 Definisi sintaksis
Cabang
ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau
konstruksi ayat.Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang
menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Sintaksis
dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur dan
binaan atau konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz . 2008).
2.3.1 Ayat
Ayat
ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan
mengandungi makna yang lengkap. Binaan sintaksis pula merujuk kepada binaan
yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai binaan ataupun konstituen
dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Ayat boleh
terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang
pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi
intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et.al,
2006). Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama,
iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk
oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu
frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama
(FS). Hasil dari binaan perkataan,
frasa. klausa, ialah satu ayat.
2.3.2 Struktur Binaan Subjek dan Predikat
Subjek
|
Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa
perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.
|
Predikat
|
Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang
menerangkan subjek.
|
Contoh:
Subjek
|
Predikat
|
1. Encik Qayyum
2. Abang tiriku
3. Pegawai polis itu
|
guru besar di sekolah baru itu.
sedang tidur di bilik sebelah.
amat cekap.
|
Ayat di atas boleh juga disongsangkan dengan melakukan pendepanan predikat dan
meletakkan subjek di belakang.
Subjek
|
Predikat
|
4. Guru besar di sekolah baru itu
5. Sedang tidur di bilik sebelah
6. Amat cekap
|
Encik Qayyum.
abang tiriku.
pegawai polis itu.
|
2.3.3 Frasa
- Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri
daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu
perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
- Frasa tidak boleh dipecahkan
kepada subjek dan predikat.
- Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa
iaitu FN, FK, FA dan FS
- Menurut
binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.
2.3.4
Ragam Ayat
Ayat
boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut pola-pola yang .Terdapat
dua jenis ragam dalam ayat. Ragam ayat
terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang
mengutamakan subjek asas sebagai judul.
Ayat
pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul. Hubungan antara ayat
aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek
dan objek ayat berkaitan.
Contoh:
1.
Amar membeli bola itu. (ayat aktif)
2. Bola itu dibeli oleh Amar. (ayat
pasif)
2.3.5 Jenis Ayat
Ayat
dapat dibahagikan kepada empat jenis;
i) Ayat
penyata
ii) Ayat tanya
iii) Ayat perintah
iv) Ayat seruan
a)
Ayat Penyata
Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu
pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan
tentang sesuatu hal. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan.Contoh: Saya sudah memiliki kereta baru.
Kereta itu kereta Exora.
b)
Ayat Tanya
Ayat
tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan
nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh wujud dengan
kata tanya atau tanpa kata tanya.Contoh:
Mengapa kamu menangis?. Kamu sakit?
c)
Ayat Perintah
Ayat
perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu
tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti
nama orang kedua seperti awak, kamu, anda, engkau dan sebagainya.Contoh: Silalah masuk. Janganlah malu-malu.
d)
Ayat Seruan
Ayat
seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan
dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti
marah,takut,gembira,sedih dan sebagainya. Contoh kata seru ialah oh, amboi,
wah, cis, aduh dan sebagainya. Menurut Abdullah Hassan (2005), ayat seruan
lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan sedih, suka, gembira, duka ,
terkejut, marah, hairan dan lain-lain.Contoh:Wah, tingginya menara itu! , Nah,
ini kadnya!
1.0
Analisis kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid
di dalam bilik darjah
Analisis kesilapan dalam pengajaran pembelajaran bahasa amat penting kerana ia
dapat digunakan untuk mengenal pasti aspek-aspek kelemahan murid dalam
penguasaan bahasa agar dapat diusahakan strategi dan kaedah yang sesuai bagi
mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Mengikut Bell (1981),kesalahan dimaksudkan kepada
penggunaan bentuk-bentuk bahasa yang tidak sesuai dengan konteks sosial yang
telah ditentukan oleh masyarakat penutur.
Secara umumnya, kesalahan-kesalahan penggunaan
tatabahasa yang dilakukan oleh murid dapat dibahagikan kepada beberapa aspek
seperti ejaan, tanda baca, fonologi,intonasi, morfologi, sintaksis, dan
semantik.
3.1 Kesalahan ejaan
i. Kata berakhiran (–i) : Kesalahan
penggunaan akhiran –ki bagi menggantikan akhiran –i pada kata dasar yang
berakhir dengan huruf k.Contohnya:
ii.
Kata berakhiran (-an): Kesalahan ejaan terjadi apabila
akhiran –kan digunakan pada kata nama terbitan yang kata dasarnya berakhir dengan
huruf k.Contohnya:
iii.
Awalan pinjaman: Kesalahan ejaan berlaku apabila awalan
pinjaman seperti pra-, dwi- pro-, dan anti- dieja terpisah daripada kata dasar
atau dengan sempang.Contohnya:
iv.
Kesalahan tidak merangkaikan awalan pinjaman dengan kata dasar yang
bermula dengan huruf besar bagi kata nama khas dengan tanda sempang.
Contohnya:
3.2 Kesalahan pengimbuhan
Tidak
mengetahui bentuk sesuatu kata yang betul dan tepat oleh pengimbuhan.
i.
Kesalahan penggunaan awalan meN- Contohnya:
ii.
Tidak mengetahui perubahan makna sesuatu kata oleh
pengimbuhan.Contohnya :
iii.
Menggunakan
imbuhan yang salah.Contoh :
Ayah merasa
marah. ( X ) Ayah berasa marah ( / )
3.3 Kesalahan penggandaan
i. menjamakkan kata ganda yang membawa makna
jamak. Contoh:
ii tidak meletakkan
tanda sempang bagi kata ganda kerana keliru antara kata ganda dengan kata majmuk. Contoh :
3.4 Kesalahan kata tugas
3.4.1
Kata hubung
i.
Perkataan daripada golongan kata yang lain digunakan sebagai kata
hubung.Contoh:
ii. Menggunakan dua
kata hubung serentak. Contoh :
3.4.2 Kata sendi
i. Kata sendi daripada digunakan pada tempat
dari. Contoh :
ii.
Kata sendi dari digunakanpada tempat daripada. Contoh :
3.5 Kesalahan binaan ayat
Ayat aktif
|
Ayat pasif
|
|
Salah
|
Betul
|
|
Saya membeli van itu daripada Dali.
|
Van
itu saya membeli daripada Dali.
|
Van itu saya beli daripada Dali.
|
Murid-murid mesti menjawab semua
soalan itu.
|
Semua
soalan itu mesti murid-murid menjawab.
|
Semua soalan
itu mesti murid-murid jawab.
|
Kamu mestilah menyiapkan kerja
itu hari ini.
|
Kerja
itu mesti kamu menyiapkan hari ini.
|
Kerja
itu mesti kamu siapkan hari ini.
|
i. Kesalahan tidak menggugurkan imbuhan meN-
ii.Kesalahan menyisipkan kata
lain antara pelaku dengan kata kerja pasif. Contoh :
Salah
|
Betul
|
Buku itu saya telah baca.
|
Buku
itu telah saya baca.
|
Buku itu saya tidak baca.
|
Buku
itu tidak saya baca.
|
Kerja itu kamu mesti siapkan hari
ini.
|
Kerja
itu mesti kamu siapkan
hari ini.
|
2.0
Rumusan
Pada
dasarnya tatabahasa adalah meliputi hal-ehwal perkataan (morfologi) dan
hal-ehwal penggunaan serta susunan perkataan untuk membina rangkai-rangkai kata
dan ayat
(
sintaksis ).Ayat merupakan unsur atau
unit tatabahasa yang paling tinggi kerana semua unsur lain terdapat
didalamnya. Aktiviti menganalisis
kesalahan memerlukan pengetahuan yang mendalam tentang selok-belok bahasa yang
diajarkan, kalau tidak, bukan sahaja kesalahan murid tidak dapat dikenal pasti
malah berkemungkinan guru sendiri melakukan kesalahan.Oleh itu, untuk menjadi
penganalisis kesalahan bukanlah perkara yang mudah,seorang guru bahasa mestilah
cekap dan berupaya memperbetulkan kesalahan yang telah dikesan dilakukan oleh
murid-murid.Tambahan pula, matlamat pengajaran pembelajaran bahasa Melayu
adalah untuk memartabatkan bahasa yang mantap dan murni.
BIBLIOGRAFI
Abdullah
Hassan (2004). Morfologi:Siri Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah
Hassan (2005). Linguistik Am.Bentong:
PTS Profesional
Asmah
Hj.Omar (1986) Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamarudin Hj. Husin (1986). Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa.Subang Jaya:
Penerbitan Sarjana
Kementerian Pendidikan Malaysia
(1993).Buku Panduan Khas,Bahasa Malaysia: Tahun Dua.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mohd Ra’in Shaari et.al
(2011).Modul KRB 3033 Penghantar Bahasa Melayu.Tanjung Malim:Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nik Safiah Karim et.al (1996;
2006). Tatabahasa Dewan. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd.